Pergi ke kandungan

Pokok Poinsettia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Poinsettia atau Kastuba
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. pulcherrima
Nama binomial
Euphorbia pulcherrima
Willd. ex Klotzsch

Kastuba (Euphorbia pulcherrima) atau Pokok Poinsettia adalah tanaman subtropika yang berasal dari Mexico bahagian selatan dan Amerika Tengah. Pokok Poinsettia diberi nama menurut duta besar pertama Amerika Syarikat ke Mexico, yang memperkenalkan tanaman hiasan ini ke Amerika Syarikat pada tahun 1825.

Daun bahagian atas yang berwarna merah sesuai dengan warna-warni hiasan Hari Natal, Krismas. Di negara beriklim sejuk, Pokok Poinsettia atau Kastuba digunakan sebagai tanaman hiasan bagi menggantikan bunga yang sukar didapati di musim sejuk.

Dalam folklor Amerika Selatan, Pokok Poinsettia atau Kastuba merupakan tokoh utama dalam mitos penciptaan yang dipercayai oleh suku Kaum Maya sebagai makhluk perkasa dari dunia lain. Dalam bahasa Náhuatl, tanaman ini disebut sebagai cuitlaxochitl (bunga kotoran), kerana benihnya tumbuh di atas kotoran atau najis burung yang makan biji Pokok Poinsettia atau Kastuba ini. Dalam bahasa Sepanyol, tanaman ini disebut sebagai flor de pascua (bunga Paskah), flor de nochebuena (bunga malam Natal), atau arbolito de navidad (tanaman Natal).

Deskripsi

[sunting | sunting sumber]
Braktea dan Cyathia

Tanaman perdu dengan tinggi mulai 60 cm hingga 4 meter. Daun berbentuk daun oval, berwarna hijau tua, panjang sekitar 7-16 cm. Bunga yang disebut cyathia bergerombol di hujung batang tersusun dalam rangkaian dan tidak mempunyai daun mahkota, tapi dibawahnya terdapat daun bagian atas (disebut braktea) yang berwarna merah tua, merah jambu, dan putih. Daun tanaman bagian atas yang berwarna menarik inilah yang sering disangka sebagai bunga.

Kastuba di alam bebas

Di luar habitat asalnya, tanaman ini dibudidayakan di dalam rumah kaca. Tanaman ini amat sinonim dengan keadaan sinar matahari pagi, tapi senang keteduhan di saat hari mulai panas. Di negara beriklim sejuk, tanaman ini tidak tahan cuaca dingin di bawah 10°C dan tidak sesuai untuk ditanam di kawasan luar.

Keluarga Paul Ecke dari Encinitas California terkenal sebagai penghasil varieti Pokok Poinsettia atau Kastuba yang rimbun dan berwarna cerah. Dari lebih 100 varieti yang ada, varieti dengan daun bahagian atas berwarna merah menyala tua (varieti Freedom, Barbara Ecke Supreme, Mrs Paul Ecke, dan Angelica) disukai sebagai tanaman hiasan untuk menyambut perayaan Natal. Beberapa varieti yang kurang popular memiliki daun di bahagian atas berwarna merah jambu (Dorothe), putih, dan krim (Regina, Ecke's White). Selain itu juga terdapat varieti dengan daun berwarna jingga, hijau muda, dan campuran warna krim dan merah menyala.[1]

Setelah dipelihara beberapa lama, Kastuba sering tidak mahu lagi berdaun merah seperti waktu baru dibeli. Tanaman perlu diletakkan di tempat gelap dalam jangka waktu yang lama agar mahu berbunga. Malam yang panjang di musim luruh diperlukan bagi tanaman agar boleh berbunga, dan tanaman tidak mahu berbunga walaupun cuma sedikit sahaja terkena cahaya di waktu malam. Di daerah tropika, tanaman yang tidak mahu berdaun merah boleh diakali dengan menutup bahagian atas tanaman dengan kain atau plastik hitam dan dijauhkan dari sinar matahari.

Pokok Poinsettia atau Kastuba boleh diperbanyak dengan stik, potongan cabang yang tua direndam di dalam wadah berisi air sebelum ditancapkan ke dalam media tanam yang terdiri dari campuran tanah dan pasir. Sebelum dimasukkan ke wadah berisi air, getah yang ada pada batang harus dilap terlebih dahulu.

Kebiasaan menjadikan kastuba sebagai hiasan Natal dimulai dari legenda Mexico. Konon seorang anak miskin tidak mampu memberi hadiah Natal bagi Kristus. Di malam Natal, anak itu mencabut tanaman dari pinggir jalan karena teringat nasehat yang pernah didengarnya, bahwa apa pun hadiahnya asal diberikan dengan hati yang tulus, Tuhan pasti berkenan. Ketika tanaman yang ternyata adalah kastuba dibawa masuk ke dalam gereja, daun-daunnya berubah menjadi merah dengan bunga berwarna hijau. Masyarakat yang mengikuti misa merasa telah menyaksikan keajaiban Natal.

Suku Aztek menganggap Kastuba sebagai lambang kesucian. Berabad-abad kemudian, pendatang di Mexico yang beragama Kristiann menggunakan Pokok Poinsettia atau Kastuba sebagai bunga hiasan untuk Hari Natal.

Referensi dan Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. Cynthia Crossen, "Holiday's Ubiquitous Houseplant," Wall Street Journal, December 19, 2000.
  2.   "Poinsettia/Kastuba (Euphorbia pulcherrima)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-25. Dicapai pada 2009-12-02. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)

Pranala/Pautan luar

[sunting | sunting sumber]