Pergi ke kandungan

Poetic Ammo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poetic Ammo
Juga dikenali sebagai
  • PMO
  • Poetic Ammunition
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreRap, hip hop
Tahun aktif1996–2004
Syarikat rakaman
Positive Tone
Pengkarya berkait
Sheila Majid, Ferhad, Reefa, Lady D, Innuendo
Bekas ahliYogi B
Landslyde
C. Loco
Point Blanc

Poetic Ammo (juga dikenali sebagai PMO atau Poetic Ammunition) ialah kumpulan hip hop Malaysia. Ditubuhkan pada 1996, ia dianggotai oleh Yogeswaran Veerasingam (Yogi B), Nicholas Ong Chong Quan (Point Blanc), dan dua beradik Chandrakumar Balakrishnan (Landslyde) dan Sashi Kumar Balakrishnan (C. Loco). Biarpun kebanyakan lagu nyanyian kumpulan ini dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, mereka juga merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Tamil, dan Kantonis.[1][2][3][4]

Kumpulan ini diasaskan oleh Yogeswaran Veerasingam (Yogi B) pada 1993.[5] Ia pada asalnya dikenali sebagai Poetic Ammunition atau PMO, dengan ahli asalnya ialah Yogi B sendiri dan Anantha Kumar Sothilingam (MC ENA).[5] PMO melancarkan single dengan dua lagu di bawah Kenny Music (Kenny, Remy & Martin), "Run" dan "Only You", dikeluarkan di bawah Positive Tone.[6][7]

Anand kemudian meninggalkan PMO dan Yogi B mula mengadakan pencarian uji bakat bagi mencari ahli baru. Bermula dari situlah pasangan adik-beradik Chandrakumar Balakrishnan (Landslyde) dan Sashikumar Balakrishnan (C. Loco) bersama-sama Nicholas Ong Chong Quan (Point Blanc) dari Ipoh turut serta bersamanya. Mereka akhirnya dikenali sebagai Poetic Ammo. Album sulung mereka, It's a Nice Day to Be Alive dikeluarkan pada Februari 1998 dengan lagu "Everything Changes" dikeluarkan sebagai single pertama.[8][9][10] Album ini melayakkan Poetic Ammo memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6,[11] manakala muzik video untuk "Everything Changes" memenangi MTV Video Music Awards Southeast Asia Viewer's Choice Award.[12]

Pada 5 April 1998, Poetic Ammo bersama-sama dengan Innuendo dijemput untuk membuat persembahan di Hippodrome, Leicester Square, London.[13][14]

Pada tahun yang sama, mereka muncul dalam album kompilasi Tricks & Tales yang mana kumpulan ini menyumbangkan lagu bertajuk "Who Be The Player". Artis-artis lain yang turut menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi itu ialah Naughtius Maximus, Innuendo, Reefa dan Emberz of Soul. Pada Disember 1999, Poetic Ammo menandatangani kontrak bersama Coca-Cola Far East Limited (CCFEL) untuk kontrak awal berbilang tahun bermula pada 2000.[15][16][17]

Album kedua Poetic Ammo, The World Is Yours, dikeluarkan pada Julai 2000. Menerusi album ini, mereka bekerjasama dengan ramai artis jemputan termasuk Ferhad, Adibah Noor dan Sheila Majid.[18][19] "Who Be The Player" yang sebelum ini dimuatkan dalam album kompilasi Tricks & Tales turut dimuatkan dalam album ini, yang merupakan album terakhir Poetic Ammo bersama Landslyde dan C. Loco.[20][21]

Adik-beradik Landslyde dan C. Loco bagaimanapun, meninggalkan Poetic Ammo pada pertengahan 2001, meninggalkan Yogi B dan Point Planc yang meneruskan perjuangan sebagai duo.[22][23] Landslyde kemudian menubuhkan Dragon Red yang mengetengahkan muzik rap rock, manakala C. Loco meneruskan kerjaya solo. Kumpulan ini kemudian mengambil keputusan untuk berehat bagi memberi tumpuan kepada rakaman album baru.[24][25]

Pada Februari 2003, Poetic Ammo melancarkan album ketiga (dan terakhir) mereka, Return of Tha' Boombox. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Asian Stylez" dan "Monay Monay".[26][27] Pada tahun 2004, mereka melancarkan album kompilasi pertama, The Best of Poetic Ammo.[28]

Terdapat perbincangan mengenai kumpulan itu bersatu semula sejak awal tahun 2007, walaupun tiada pengesahan atau penafian rasmi mengenai perkara ini telah dikeluarkan oleh mana-mana ahli.[3]

Pada penghujung 2009, Landslyde telah ditemubual bersama kumpulannya Dragon Red, di Hitz.FM MET 10, yang mana beliau menjelaskan sebab pembubaran kumpulan itu. Pada tahun itu, Sashi C. Loco ditemubual dalam rancangan yang sama, dan menyebut bahawa beliau berminat dengan idea perjumpaan semula sekiranya perkara di kalangan ahli diselesaikan. Walau bagaimanapun, tiada perancangan untuk Poetic Ammo dibentuk semula.[3]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
It's a Nice Day to Be Alive
The World Is Yours
  • Dikeluarkan: 25 Julai 2000
  • Label: Positive Tone, EMI
  • Format: CD, kaset
Return of Tha' Boombox
  • Dikeluarkan: 1 Februari 2003
  • Label: Positive Tone, EMI
  • Format: CD, kaset

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Tricks & Tales
  • Dikeluarkan: 22 Disember 1998
  • Label: Positive Tone
  • Format: CD, kaset
The Best of Poetic Ammo
  • Dikeluarkan: September 2004
  • Label: Positive Tone, EMI
  • Format: CD, kaset
Tajuk Tahun
"Everything Changes" 1997
"Kuala Lumpur" 1998
"Peluru Puitis"
"Who Be The Player" 2000
"Tiada Tandingan"
"Somebody's Watching"
"Asian Stylez" 2003
"Monay Monay"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1999 Anugerah Industri Muzik ke-6 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Poetic Ammo Menang
2001 Anugerah Era 2001 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Tercalon
  1. ^ "Poetic Ammo - Biography & History - AllMusic" [Poetic Ammo - Biografi & Sejarah]. AllMusic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-09-29.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  3. ^ a b c "Still poetic in their own ways - Focus | The Star Online" [Masih berpuitis dengan cara mereka tersendiri]. www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-10-04.
  4. ^ "Poetic Ammo beridentitikan tempatan". Utusan Malaysia. 3 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-05. Dicapai pada 2016-10-05.
  5. ^ a b "Poetic history" [Sejarah Poetic] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 3 Jun 2000. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  6. ^ Zainal Alam Kadir (14 Disember 1994). "PMO rappers to release a single" [Rapper PMO bakal lancar single] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  7. ^ Roslen Fadzil (12 Disember 1994). "PMO pecah tradisi". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  8. ^ Saniboey Mohd Ismail (7 Februari 1998). "Poetic pejuang hip hop". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  9. ^ Yushaimi Yahaya (11 Mac 1998). "Poetic Ammo do justice" [Poetic Ammo buat keadilan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 Disember 2020.
  10. ^ Faridul Anwar Farinordin (23 April 1999). "Lunch With This Bunch" [Makan tengahari bersama kumpulan ini] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Oktober 2016.
  11. ^ Jo Lee (10 April 1999). "Poetic Ammo hopes for a big win" [Poetic Ammo harap kemenangan besar] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  12. ^ "Poetic Ammo wins prized nomination" [Poetic Ammo memenangi pencalonan berharga] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. 11 Julai 1999. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  13. ^ Suraya Al-Attas (13 Mac 1998). "Innuendo, Poetic Ammo to perform in London" [Innuendo, Poetic Ammo beraksi di London] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  14. ^ Gerald Chuah (24 Mac 1998). "London, here we come!" [London, kami datang!] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  15. ^ Marina Abdul Ghani (23 Disember 1999). "Hip-hop touch to Coca-Cola" [Sentuhan hip-hop kepada Coca-Cola] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  16. ^ "Coca-Cola taja Poetic Ammo". Harian Metro. 7 Januari 2000. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  17. ^ "Poetic Ammo... laris sebagai model produk". Utusan Malaysia. 2 Oktober 2000. Dicapai pada 5 Januari 2010.
  18. ^ Ahmad Saufi Mansor (6 Julai 2000). "Poetic Ammo, Sheila bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  19. ^ Francis Dass (19 Februari 2001). "Ammo gets more byte" [Ammo dapat lebih bait] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  20. ^ Zainal Alam Kadir (5 September 2000). "Bound to be Chart Topping Ammo" [Ammo pasti akan mendahului carta] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Oktober 2016.
  21. ^ Hafidah Samat (25 Julai 2000). "New "ammo" from Poetic" ["Peluru" baru dari Poetic] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2016 – melalui HighBeam Research.
  22. ^ Haswari Ali (25 Disember 2002). "Poetic Ammo masih bersemangat". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  23. ^ Hanisah Selamat (5 Januari 2003). "Poetic Ammo nafi desas-desus terkubur". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  24. ^ Hanisah Selamat (5 Februari 2001). "Misi 2001 Poetic Ammo". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  25. ^ Hanisah Selamat (11 Februari 2001). "Poetic Ammo tidak perlu pengurus peribadi". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  26. ^ Ellyna Ali (9 Februari 2003). "Persembahan Poetic Ammo hebat". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  27. ^ Terrina Hussein (19 Januari 2003). "Booming again" [Meledak kembali] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  28. ^ Jad Mahidin (3 Oktober 2004). "Poetic Ammo's hip-hop with an edge" [Hip-hop Poetic Ammo dengan kelebihan] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 4 Disember 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]