Pergi ke kandungan

Plaza Kota Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plaza Kota Tinggi
Map
Nama alternatifGedung Harian
Maklumat umum
Jenisperdagangan runcit
LokasiJalan Mawai
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat1°43′51.3″N 103°54′9.7″E Sunting ini di Wikidata
Disiapkan pada1999/2000
Butiran teknikal
Bilangan tingkat5
4 (retail)
Reka bentuk dan seni bina
PemajuMajlis Daerah Kota Tinggi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Plaza Kota Tinggi, dikenali sebagai Gedung Harian, adalah sebuah Pusat Komersial di sepanjang Jalan Mawai, Bandar Kota Tinggi, Johor, Malaysia, dimajukan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi. Selain daripada ruang runcit, pembangunan ini meliputi satu Apartment blok tetapi ia telah dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan oleh Majlis Daerah & telah berdepan dengan krisis kewangan, Plaza ini telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 1999 & apartmen pula pada 2006 tetapi telah ditunda.

Pembangunan Plaza Kota Tinggi telah siap sepenuhnya pembinaan struktur pada akhir tahun 1999-2000. Pembinaan Apartment Blok bermula tiga tahun selepas selesai pembinaan Plaza ini pada tahun 2003 .. Selepas blok apartmen ini telah siap separa, Pembinaan ini telah ditangguhkan berikutan krisis kewangan di Asia & tidak mendapat kelulusan pembinaan oleh Majlis Daerah dan dianggap berbahaya. Sehingga kini, Blok Apartmen ini telah menjadi banggunan terbengkalai.

Plaza Kota Tinggi tenants

[sunting | sunting sumber]
Plaza Kota Tinggi
LokasiJalan Mawai
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
PemajuMajlis Daerah Kota Tinggi
Bil. tingkat5

Keseluruhan Lot di dalam Gedung Harian ini pelbagai aneka restoran, pasar raya, kedai buku, kedai perubatan tradisional, Kedai komputer dan alatan, kedai cd dan media, Kedai Handphone & peralatan kamera, Kedai cenderamata, beberapa butik kecil, salun rambut, kedai-kedai kain dan kedai-kedai lain yang lebih kecil seperti kedai roti, kiosk, dan kedai optikal. Antara penyewa di Gedung Harian ialah:


  • Pustaka Buku Kota (kedai buku dan alat tulis)
  • Marrybrown (Restoran Makanan Ringan)
  • E-One Computer centre (Perkakasan komputer & Perkhidmatan Pembaikan)
  • Y.C Supermarket (Telah Ditutup & telah berpindah ke Pasaraya Baru di Bandar Kluang)
  • Lot Kedai Kain Kemboja - Aras 4 (Kedai Kain & Langsir)
  • Lot Kedai Baju & Seluar - Aras 2-3 (Butik Baju Lelaki & Wanita)
  • Dua Suara (Kedai Cd, DVD & Media)
  • Maybank(Perkhidmatan perbankan)
  • Tukaran Wang Asing & Perbankan Antarabangsa (Servis Perbankan Antarabangsa & Tukaran Wang Asing)
  • PS & PC Games Centre (Berhadapan dengan Kedai Buku) - Aras 1 (Alatan Permainan PC & Playstation )
  • Vision Optical (Kedai Cermin Mata)
  • Mega Jumbo (Kedai Barang Kemas)
  • TKA VirtualLand - Aras 5 (Pusat Hiburan & Riadah)
  • KTV - Aras 5 (Pusat Karaoke)
  • Emmanuel Everstrong Trading - Aras 1 (Kedai alat-alat muzik & aksesori muzik)

Di Gedung Harian, Pertandingan karaoke peringkat Plaza & pertandingan tarian Shuffle diadakan setiap tahun.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Waktu Operasi bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, 7 hari seminggu.

Tandas, Perkhidmatan Tukaran Wang Asing, lif, tangga dan eskalator.

Kedua-dua kemudahan tempat letak kereta dalam banggunan dan luar telah disediakan. Kemudahan tempat letak kereta diluar banggunan terletak di kawasan hadepan & belakang banggunan Plaza Kota Tinggi dan manakala tempat letak kereta tertutup atau didalam banggunan terletak di tingkat atas Plaza Kota Tinggi (Aras 1-2). Kadar parkir dalaman tidak diketahui kadar bayaran tetapi kadar parkir diluar adalah percuma. Mesin Autopay terletak di tingkat bawah pintu masuk tempat letak kereta.