Pergi ke kandungan

Plat sambung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plat sambung pada Jalan kereta api Bluebell.

Dalam istilah kereta api, plat sambung - fishplate adalah batang logam yang kemudiannya dilekatkan pada hujung dua landasan kereta api bagi menyambungkan keduanya semasa pembinaan landasan. Dalam model pengangkutan berlandasan, plat penyambung sering kali adalah kepingan tembaga, nikel atau perak yang disorong pada kedua landasan.

Peranti ini dicipta oleh William Bridges Adams pada May 1842, kerana tidak berpuas hati dengan sambungan skaf (scarf joint) yang digunakan pada masa itu. Ia pertama kali digunakan pada Kereta api Eastern Counties pada 1844. Dia memfail paten di England, Ireland dan Scotland tetapi, kononnya melalui cara tidak sah, paten tersebut diberikan kepada James Samuel, jurutera ECR.


Pengganas

[sunting | sunting sumber]

Salah satu kaedah paling mudah bagi sabotaj pada landasan kereta api adalah mengalihkan plat sambung dalam gelap atau pada landasan terpencil. Ini merupakan cara paling biasa dalam negara yang mempunyai landasan kereta api yang panjang dan luas di mana ramai penduduk masih bergantung kepada kereta api bagi perjalanan, seperti India. Kemalangan kereta api Rafiganj dan kemalangan kereta api Jaunpur adalah dua contoh terkini bentuk keganasan ini.

  • Ellis, C. Hamilton (1958). Twenty Locomotive Men, Ian Allan Ltd, London.