Pkharuddin Ghazali
Pkharuddin Ghazali D.B.N.S. (Negeri Sembilan), P.J.N. (Malaysia) | |
---|---|
ڤخرالدين غزالي | |
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 23 September 2022 – 6 November 2023 | |
Raja | Abdullah Ahmad Shah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob (2021–2022) Anwar Ibrahim (sejak 2022) |
Menteri | Mohd Radzi Md Jidin (2021–2022) Fadhlina Sidek (sejak 2022) |
Didahului oleh | Nor Zamani Abdol Hamid |
Digantikan oleh | Azman Adnan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pkharuddin bin Ghazali @ Mat Jali 7 November 1963 (60 Tahun) Kampung Selising, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Malaya (BSc) |
Pekerjaan | Penjawat awam |
Bidang pengkhususan | Guru |
Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali @ Mat Jali (Jawi: ڤخرالدين بن غزالي @ مد جالي ; lahir 1963) merupakan seorang penjawat awam dan guru yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia ke-19 sejak 23 September 2022[1] sehingga 6 September 2023.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pkharuddin dilahirkan di Kampung Selising, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia pada tahun 1963. Beliau mempunyai sembilan orang adik beradik dan merupakan anak ke-empat dalam keluarganya.
Pkharuddin memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa dan Sekolah Sultan Alam Shah. Beliau merupakan seorang ahli pengakap pada zaman sekolahnya dan berjaya dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) iaitu Anugerah Pengakap Raja pada tahun 1981. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dengan mengambil program Asasi Sains di Pusat Asasi Sains (Universiti Malaya). Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya dan Diploma Perguruan sebelum memulakan karier beliau sebagai seorang guru.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pkharuddin memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 1989.
Pkharuddin pernah berkhidmat dalam pelbagai organisasi kementerian sepanjang 34 tahun berkhidmat termasuk sebagai Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan,[2] Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan,[3] Pengarah serta Timbalan Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan,[2] Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Kurikulum),[2] dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke-19[2]
Pada 23 September 2022, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan bagi menggantikan Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara pada 29 Julai 2022 sebelum beliau bersara wajib pada 6 September 2023.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah di Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2023)[4]
- Negeri Sembilan :
- Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) – Dato' (2019)
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Pengakap Raja (1981)
- Anugerah Inspirasi CUEPACS (2023)[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ini ringkasan biodata Pkharuddin yang kini dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu". Sinar Harian. 1 Oktober 2022. Dicapai pada 11 Oktober 2023.
- ^ a b c d "Pkharuddin appointed new Education DG". The Star. 30 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2022. Dicapai pada 4 November 2022.
- ^ Fadzlullah, Fawwaz (26 February 2023). "Ensuring quality yardsticks in schools". The Star. Dicapai pada 12 April 2023.
- ^ "Pkharuddin terima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara". Sinar Harian. 6 Jun 2023. Dicapai pada 12 Oktober 2023.
- ^ "Ketua Pengarah Pendidikan terima Anugerah Inspirasi Cuepacs". Sinar Harian. 1 May 2023. Dicapai pada 12 October 2023.