Pisang kapas
Penampilan
Musa 'Pisang Kapas' | |
---|---|
Spesies | Musa acuminata |
Kumpulan kultivar | Kumpulan AA |
Kultivar | 'Pisang Kapas'[1] |
Asal | Malaysia |
Pisang kapas atau pisang putar ialah kultivar pisang diploid AA yang boleh ditemukan di Malaysia. Ia sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Pisang ini sesuai dimasak dan dijadikan kuih. Antara kuih yang menggunakan pisang ini adalah jemput-jemput pisang. Pisang ini boleh juga digunakan untuk membuat pisang salai, sama ada disalai menggunakan mesin penyalai atau dijemur di bawah terik matahari.
Bagi peminat pisang salai, mereka akan menjemur pisang ini menggunakan talam atau tikar mengkuang ataupun daun kelapa. Pisang yang digunakan untuk salai diambil semasa pisang ini mula masak, dan belum lebu atau terlalu masak kerana pisang yang masak lambat kering disebabkan lembik.