Pisang embun
Penampilan
Musa 'Gros Michel' | |
---|---|
Spesies | Musa acuminata |
Kumpulan kultivar | Kumpulan AAA |
Kultivar | 'Gros Michel'[1] |
Asal | tempatan dari Asia Tenggara,[2] ditanam secara terpilih di Martinique, Jamaica[3] |
Pisang embun, pisang ambon[1] atau pisang bunga,[4] turut disebut pisang jelai bunga di Kelantan,[5] ialah kultivar eksport dan varieti pisang utama yang sudah ditanam sehingga tahun 1950-an.[6] Ciri fizikalnya menjadikan pisang embun keluaran eksport yang mantap; kulitnya yang nipis membuatkannya tidak mudah lebam ketika diangkut dan tandan tebal yang ia tumbuh membuatkannya mudah untuk dihantar.[7]
Di Indonesia ia dikenali sebagai pisang ambon putih. Di Filipina pula, ia dikenali sebagai ambon.[1]
Pisang embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya yang besar dan sedap. Ia digemari ramai dan boleh dimakan mentah, tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum isinya menjadi lembik.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c 'Gros Michel' ProMusa. Dicapai pada 3 Ogos 2023
- ^ Marin, Douglas H.; Sutton, Turner B.; Barker, Kenneth R. (1998). "Dissemination of Bananas in Latin America and the Caribbean and Its Relationship to the Occurrence of Radophouls similis". Plant Disease. Scientific Societies. 82 (9): 964–974. doi:10.1094/pdis.1998.82.9.964. ISSN 0191-2917. PMID 30856847.
- ^ Robert J. Lancashire (25 Ogos 2006). "Jamaican bananas and plantains". The Department of Chemistry, University of the West Indies. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 11 Januari 2011.
- ^ Ada Apa Pada Pisang ? pada 13 Oktober 2013.
- ^ Nor Adlin bt Md Yusoff (Mei 2008). CORRELATION BETWEEN TOTAL PHENOLICS AND MINERAL CONTENT WITH ANTIOXIDANT ACTIVITY AND DETERMINATION OF BIOACTIVE COMPOUNDS IN VARIOUS LOCAL BANANAS (Musa sp.) (PDF) (Tesis). Universiti Sains Malaysia.
- ^ Koeppel, Dan (2008-06-18). "Yes, We Will Have No Bananas" (Editorial). New York Times. Dicapai pada 2008-06-18.
- ^ "The History of Banana Flavoring". Lucky Peach (dalam bahasa Inggeris). 2016-05-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2017-04-11.