Pergi ke kandungan

Pindaan perlembagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pindaan perlembagaan ialah perubahan formal yang dibuat terhadap teks perlembagaan tertulis sesebuah negara. Di dalam beberapa bidang kuasa, teks perlembagaan itu sendiri diubah; di dalam yang lain, teks tidak diubah akan tetapi pindaan menukar kesan teks perlembagaan.

Kebanyakan perlembagaan menetapkan bahawa pindaan tidak boleh digubal melainkan pindaan telah melalui prosedur khas yang lebih ketat daripada keperluan buat gubalan undang-undang lain. Contoh-contoh prosedur khas ini termasuk supermajoriti di dalam dewan undangan, ataupun kelulusan langsung oleh para pengundi dalam satu referendum, ataupun kombinasi dua atau lebih prosedur khas yang berlainan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.