Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum New Zealand 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya umum New Zealand 2017 telah diadakan pada 23 September 2017 bersamaan hari Sabtu untuk menentukan keanggotaan Parlimen New Zealand ke-52. Pemilihan keanggotaan parlimen terdahulu telah diadakan pada 20 September 2014 dan berakhir pada 10 Oktober 2017 jika tidak dibubarkan lebih awal. Pembubaran Parlimen ke-51 telah dilakukan pada 22 Ogos 2017.[1]

Pengundi memilih 120 orang anggota Dewan Rakyat, dengan 71 anggota pengundi dan 49 anggota senarai.

Pengundi telah memilih 120 orang anggota Dewan Rakyat. New Zealand menggunakan sistem pengundian proporsional bercampur-campur (MMP), yang memberikan dua undian kepada pengundi: satu untuk parti politik dan satu untuk mengundi ahli Parlimen kawasan undian mereka.

Kira-kira 3.57 juta rakyat telah mendaftar sebagai pengundi,[2] dengan 2.56 juta (78.8%) yang keluar mengundi.[3] Pengundian awal terbukti popular, apabila 1.24 juta pengundi melakukannya sebelum hari pengundian, iaitu melebihi gabungan dua pilihan raya terdahulu.[4] Manakala terdapat anggaran 384,000 undian khas, di mana undian tidak akan dimasukkan dalam keputusan sehingga kiraan rasmi diselesaikan pada 7 Oktober 2017.[5]

Parti Nasional, pimpinan Perdana Menteri Bill English telah memenangi pilihan raya dengan sokongan dari Parti Māori, ACT dan United Future. Ini merupakan pilihan raya pertama English sebagai Perdana Menteri, selepas menggantikan John Key pada 12 Disember 2016. Parti pembangkang utama bagi Parti Nasional adalah Parti Buruh yang diketuai oleh Jacinda Ardern, Parti Hijau dan New Zealand First (NZF).

Keputusan awal menunjukkan Parti Nasional memenangi 58 kerusi berbanding 60 pada tahun 2014.[6] Meskipun parti sekutunya, ACT mengekalkan satu-satunya kerusi mereka, kerajaan minoriti Parti Nasional hanya berjaya memperoleh 59 kerusi - kurang dua kerusi majoriti. Parti Buruh pula memperoleh kejayaan besar apabila Jacinda Ardern yang menjadi pemimpin parti sejak tujuh minggu sebelum pilihan raya dengan memperoleh 45 buah kerusi berbanding 32 buah kerusi pada pilihan raya yang lepas. Banyak kerusi yang dimenangi oleh Parti Buruh datang dari kerusi yang dirampas dari Parti Hijau yang telah kehilangan separuh dari kerusinya (dari 14 ke 7) disebabkan skandal penipuan pilihan raya oleh pemimpin mereka, Metiria Turei yang telah meletak jawatan. NZF pula memenangi 9 kerusi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan hanya lima buah parti kembali ke Parlimen - terendah sejak MMP diperkenalkan pada tahun 1996. Ini terjadi disebabkan pemimpin United Future yang juga ahli Parlimen Ōhāriu, Peter Dunne memilih untuk bersara dari politik dan kekalahan penggantinya, serta kekalahan pemimpin Parti Māori, Te Ururoa Flavell dalam pemilihan bagi Waiariki selain jumlah undian di bawah 5% oleh Marama Fox.

Seramai dua tiga orang ahli parlimen mengesahkan tidak bertanding semula dalam pilihan raya umum 2017.

Parti dan calon

[sunting | sunting sumber]

Parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya layak bertanding dalam pilihan raya umum sebagai sebuah parti. Untuk mendaftar, sesebuah parti hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 500 orang ahli, seorang pengaudit dan nama parti yang bersesuaian.[7]

Berikut adalah senarai parti politik yang berdaftar untuk bertanding dalam pilihan raya umum:[8]

Parti Pemimpin Ideologi Pilihan raya 2014 Pilihan raya 2017
% undian parti Kerusi % undian parti Kerusi
Parti Nasional Bill English Konservatisme, Liberalisme klasik 47.04 60 46.03 58
Parti Buruh Jacinda Ardern Demokrasi sosial 25.13 32 35.79 45
Parti Hijau James Shaw Politik hijau 10.70 14 5.85 7
New Zealand First Winston Peters Konservatisme, Nationalisme, Populisme 8.66 11 7.51 9
Parti Māori Party Te Ururoa Flavell / Marama Fox Hak pribumi 1.32 2 1.08
ACT New Zealand David Seymour Liberalisme klasik, Libertarianisme 0.69 1 0.51 1
United Future Damian Light Liberalisme sosial, Social liberalism, Sederhana 0.22 1 0.07
Parti Konservatif Leighton Baker Konservatisme, Konservatisme fiskal, Konservatisme sosial 3.99 0.24
Parti Internet Suzie Dawson erjasama e-demokrasi, kebebasan Internet, Privasi, Pembaharuan hak cipta 1.42 0.02
Parti Mana Hone Harawira Kepimpinan sebenar, hak Māori 1.42 0.13
Legalise Cannabis Jeff Lye Legalisasi kanabis 0.46 0.27
Parti Haram 1080 Mike Downard / Bill Wallace Pembangkang kepada 1080 racun 0.21 0.11
Pari Demokratik New Zealand untuk Kredit Sosial Stephnie de Ruyter Kredit sosial, Demokrasi ekonomi, Nasionalisme sayap kiri 0.07 0.03
Parti Peluang Gareth Morgan Sentrisme radikal, Alam sekitar tidak dijumpai 2.21
New Zealand Outdoors Party David Haynes / Alan Simmons Alam sekitar tidak dijumpai 0.06
Parti Rakyat New Zealand Roshan Nauhria Hak minoriti, Hak budaya tidak dijumpai 0.08

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

% undian Parti

  Nasional (46.03%)
  Buruh (35.79%)
  NZ First (7.51%)
  Hijau (5.85%)
  Peluang (2.21%)
  Māori (1.08%)
  ACT (0.51%)
  Legalise Cannabis (0.27%)
  Konservatif (0.25%)
  Other (0.5%)
  1. ^ "Watch the dissolution of Parliament on Tuesday 22 August". New Zealand Parliament. 15 August 2017. Dicapai pada 6 September 2017.
  2. ^ "Enrolment statistics by electorate". Electoral Commission. Dicapai pada 23 September 2017.
  3. ^ "Preliminary results for the 2017 General Election". Electoral Commission (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-24.
  4. ^ "Advance voting statistics". Electoral Commission. Dicapai pada 23 September 2017.
  5. ^ "Preliminary results for the 2017 General Election". Electoral Commission (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-24.
  6. ^ Phipps, Claire; Roy, Eleanor Ainge (23 September 2017). "NZ First's Winston Peters kingmaker in New Zealand hung parliament – as it happened". The Guardian. Dicapai pada 23 September 2017.
  7. ^ Section 63, Electoral Act 1993
  8. ^ "Register of Political Parties". Electoral Commission. Dicapai pada 25 August 2017.