Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013
Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N1 Kuala Besut Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 24 Julai 2013. Hari pencalonan ialah 12 Julai, manakala pengundian awal dijalankan pada 20 Julai 2013. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kosong selepas kematian ADUNnya A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 akibat barah peparu.[1] Dr. Mokhtar baru sahaja mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) bagi pihak Barisan Nasional (UMNO). Pilihan raya kecil ini ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman daripada BN-UMNO dan Azlan Yusof, atau lebih mesra dengan panggilan Che Long, yang mewakili PAS bagi pihak Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya merupakan muka baharu.[2][3]
Ini merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13.[1] Ia berkemungkinan menjadi satu pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu 2013.[4] Kemenangan PAS akan menyaksikan parlimen tergantung dengan kedua-dua parti campuran memiliki 16 kerusi, dan kemungkinan pilihan raya negeri baharu.[5][6]
Sejarah pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | ADUN | Parti | Lawan | Parti lawan | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|
2013 | A. Rahman bin Mokhtar | BN | Napisah Ismail | PAS | 2,434 |
2008 | A. Rahman bin Mokhtar | BN | Nik Muhammad Zawawi Salleh | PAS | 2,631 |
2004 | Abdullah Che Muda | BN | Nik Muhammad Zawawi Salleh | PAS | 2,027 |
1999 | Nik Muhammad Zawawi Salleh | PAS | Wan Zakaria Abd Rahman | BN | 487 |
Dakwat kekal
[sunting | sunting sumber]Selepas penggunaan dakwat kekal gagal sama sekali dalam pilihan raya umum Malaysia 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan penggunaan dakwat baharu yang lebih baik kualitinya. Para pengundi juga dikehendaki mencelup jari ke dalam dakwat berbanding dicalit seperti sebelumnya.[7]
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi ini.[8][9]
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman | 8,288 | |||
Pakatan Rakyat | Azlan Yusof | 5,696 | |||
Undian rosak | 125 | ||||
Majoriti | 2,592 | +158 | |||
Peratusan mengundi | 13,188 | 79.8% | -6.7% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BERNAMA (26 Jun 2013). "Speaker Akan Maklumkan Kekosongan Kerusi DUN Kuala Besut Kepada SPR Khamis". mStar Online. Dicapai pada 6 Julai 2013.[pautan mati kekal]
- ^ "In Kuala Besut, PAS, Umno settle on new faces". Malaysian Insider. 10 Julai 2013. Dicapai pada 10 Julai 2013.
- ^ "PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya". Harakahdaily. 10 Jul 2013. Dicapai pada 20 Julai 2013.
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (26 Jun 2013). "Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Bakal Berlangsung Sengit - Anwar". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 6 Julai 2013.
- ^ "Odd numbers and hung assemblies". The Sun. 1 Julai 2013.
- ^ "Impact of Kuala Besut by-election". New Straits Times. 11 Julai 2013.
- ^ Malaysiakini (18 Julai 2013). "EC demos new indelible ink, ink stays on ... for now". Malaysia Chronicle. Dicapai pada 23 Julai 2013.
- ^ "BN retains Kuala Besut with bigger majority". My Sinchew. 2013-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2013.
- ^ Abd Shukur Harun (25 Jul 2013). "5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut". Harakahdaily. Dicapai pada 25 Julai 2013.