Pergi ke kandungan

Pilihan raya kecil Bayu 1991

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya kecil Bayu 1991 telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Mei 1991 di DUN Bayu, negeri Baling, Kedah ekoran kematian calon BN , Datuk Haji Seroji Harun pada 9 Mac 1991.

Dalam pilihan raya ini, Mohd Sibi Ahmad dari Barisan Nasional/UMNO telah menang. Beliau menewaskan Md Yusof Ismail dari PAS. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Osman Bin Haji Aroff gembira dengan kemenangan itu. Mohd Sibi aktif dalam Bahagian UMNO Baling yang dipimpin oleh Raja Ariffin Raja Sulaiman. Mohd Sibi mendapat 9545 undi sementara calon PAS, Md Yusof Ismail mendapat 3592 undi.[1] Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) ketika itu ialah Datuk Harun Din.

Datuk Seri Sanusi Junid selaku Menteri Pertanian dan ahli parlimen Jerlun/Langkawi menyatakan kurangnya majoriti telah dijangkakan lebih awal.

  1. ^ New Strait Times, 6 Mei 1991