Pikolo
Penampilan
Alat tiup kayu | |
---|---|
Pengelasan | Alat tiup kayu |
Lingkungan dimain | |
D5 hingga B♭7 |
Pikolo (Sebutan Bahasa Itali: /ˈpikkolo/) ialah sebuah alat tiup kayu yang bersaiz separuh daripada seruling.[1] Muzik pikolo ditulis 1 oktaf lebih rendah daripada not yang sebenarnya.
Mengikut sejarah, pikolo dahulunya tiada kekunci, dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan fif yang secara tradisinya mempunyai 1 bahagian, ruangan yang lebih kecil dan menghasilkan bunyi yang lebih tajam. Terdapat beberapa lagu untuk pikolo sahaja, oleh penggubah seperti Samuel Adler, Miguel del Aguila, Robert Dick, Michael Isaacson, David Loeb, Polly Moller, Vincent Persichetti, dan Karlheinz Stockhausen.