Pierre Webó
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Pierre Achille Webó Kouamo[1] | ||
Tarikh lahir | 20 Januari 1982 | ||
Tempat lahir | Bafoussam, Cameroon | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Fenerbahçe | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
Kouogat | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2000 | Real Banjul | ||
2000–2002 | Nacional | 21 | (15) |
2003–2007 | Osasuna | 114 | (20) |
2003 | → Leganés (pinjaman) | 7 | (0) |
2007–2011 | Mallorca | 113 | (27) |
2011–2013 | İstanbul BB | 54 | (24) |
2013– | Fenerbahçe | 49 | (20) |
Pasukan kebangsaan | |||
2003–2014 | Cameroon | 58 | (18) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:00, 15 Disember 2014 (UTC) |
Pierre Achille Webó Kouamo (lahir 20 Januari 1982), ataupun dikenali sebagai Webó merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Fenerbahçe SK. Beliau bermain di posisi penyerang.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Webó memulakn kerjaya profesionalnya selama tiga tahun di Uruguay dan sertai kelab Club Nacional de Football sambil menjuarai dua gelaran divisyen teratas. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak Copa Sudamericana 2002.
Beliau berpindah ke Eropah pada Januari 2003 dengan menandatangani kelab divisyen dua, CD Leganés secara pinjaman dari CA Osasuna.
Osasuna
[sunting | sunting sumber]Pada musim panas 2003, Webó kembali ke Osasuna dan menjaringkan enam gol pada musim ketiganya dan kelab dari Navarre itu berjaya menduduki tempat keempat La Liga dan layak ke kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2006-07.
Mallorca
[sunting | sunting sumber]Pada 2007, Webó berpindah ke RCD Mallorca dan menghabiskan masanya pada musim pertamanya dengan kecederaan.[2]
Beliau menjaringkan 17 gol pada musim 2009-10 dan kelabnya menduduki tempat kelima dan layak ke Liga Europa. Pada musim berikutnya, Webó menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab. Pada Ogos, beliau berpindah ke Turki.
Turki
[sunting | sunting sumber]Pada 11 September 2011, beliau menjaringkan gol pada perlawanan debutnya untuk kelab pada pusingan pertama liga 2011-12 menentang Galatasaray SK, 2-0.
Pada 31 Januari 2013, Webó menandatangani kontrak dua tahun setengah bersama Fenerbahçe SK sebanyak €3 juta. Beliau sekali lagi menjaringkan gol pada perlawanan debutnya untuk Fenerbahce, tewas 2-1 kepada Sivasspor. Pada 7 Mac 2013, beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas FC Viktoria Plzeň pada pusingan 16 Liga Europa. Pada 12 Mei 2013, Webó bermain buat pertama kali dalam perlawanan derby menentang Galatasaray. Pada perlawanan itu, beliau membantu Fenerbahce menang 2-1 apabila menjaringkan dua gol.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Webó melakukan hatrik untuk pasukan kebangsaan Cameroon ketika menentang Côte d'Ivoire pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 tetapi pasukannya tidak layak ke Jerman untuk beraksi di kejohanan dunia.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Nacional
- Fenerbahçe
Individu
[sunting | sunting sumber]- Penjaring terbanyak Copa Sudamericana: 2002
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of players" (PDF). FIFA. m/s. 7. Dicapai pada 11 June 2014.
- ^ "Nations Cup agony for Webó". BBC Sport. 18 December 2007.
- Halaman menggunakan skuad kebangsaan tanpa pautan comp
- Kelahiran 1982
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Cameroon
- Penyerang (bola sepak)
- Pemain Real de Banjul F.C.
- Pemain Club Nacional de Football
- Pemain CD Leganés
- Pemain CA Osasuna
- Pemain RCD Mallorca
- Pemain Istanbul B.B.
- Pemain Fenerbahçe
- Pemain Piala Negara-Negara Afrika 2006
- Pemain Piala Negara-Negara Afrika 2010
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014