Pergi ke kandungan

Pickelhaube

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Topi Pickelhaube tentera Bavaria
Topi kulit Pickelhaube polis Prusia.

Pickelhaube (plural Pickelhauben; berasal dari bahasa Jerman Pickel, "pacak" atau "beliung", dan Haube, "topi bonet", perkataan umum bagi "penutup kepala"), juga Pickelhelm, ialah sejenis helmet bertombak yang dipakai pada abad ke-19 dan ke-20 oleh Tentera Prusia, ahli bomba, dan polis Jerman. Walaupun secara tipikal dikaitkan dengan Tentera Darat Prusia, yang diguna pakai pada tahun 1842–43,[1] helmet itu secara meluas ditiru oleh pasukan tentera lain semasa tempoh tersebut.[2] Hari ini ia masih dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian istiadat di dalam pasukan tentera negara-negara tertentu.

  1. ^ Knotel, Richard. Uniforms of the World. m/s. 129. ISBN 0-684-16304-7.
  2. ^ See "The American Pickelhaube" Diarkibkan 2009-02-02 di Wayback Machine for examples of American military Pickelhaube.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]