Piala Thomas 1949
Butiran Kejohanan | |||
---|---|---|---|
Tarikh | 22 – 26 Februari | ||
Edisi | Pertama | ||
Tahap | Antarabangsa | ||
Negara | 3 | ||
Venue | Kelvin Hall Queen's Hall | ||
Lokasi | Glasgow, Scotland Preston, England | ||
|
Piala Thomas 1949 ialah kejohanan pertama Piala Thomas, kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Hanya tiga negara sahaja yang mengikuti kejohanan tersebut, iaitu Malaya (kini Malaysia), Amerika Syarikat, dan Denmark.
Kejohanan ini diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaya memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.[1]
Zon kelayakan
[sunting | sunting sumber]Tiga zon kelayakan telah ditubuhkan, iaitu Zon Pan-Amerika, Zon Eropah dan Zon Pasifik. Pasukan Amerika Syarikat dan Denmark telah dilayakkan ke pertandingan akhir selepas kedua-dua pasukan memenangi zon kelayakan tersebutnya. Disebabkan pasukan Australia dan New Zealand menarik diri daripada pertandingan Zon Pasifik, pasukan Malaya juga dilayakkan ke pertandingan akhir sebagai juara Zon Pasifik.
Zon kelayakan | Tarikh | Tempat perlawanan | Slot | Pasukan yang layak |
---|---|---|---|---|
Zon Pasifik | – | – | 1 | ![]() |
Zon Pan-Amerika | 5 – 13 Disember 1948 | Toronto Pasadena |
1 | ![]() |
Zon Eropah | 3 November 1948 – 21 Januari 1949 | Copenhagen Ilford Leicester |
1 | ![]() |
Total | 3 |
Senarai pemain
[sunting | sunting sumber]Peringkat kalah mati
[sunting | sunting sumber]Perlawanan inter-zone telah diadakan di Scotland dan England. Pasukan Denmark dapat diberikan bye di pusingan pertama dan menantikan pemenang antara perlawanan Malaya-Amerika Syarikat di peringkat akhir.[2] Pasukan Malaya telah menewaskan pasukan Amerika Syarikat 6–3 di Glasgow. Dalam peringkat akhir, pasukan Malaya telah menewaskan pasukan Denmark 8–1 di Preston dan menjadi negara pertama untuk memenangi Piala Thomas.
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Separuh akhir | Akhir | ||||||
21 Februari 1949 – Glasgow | |||||||
![]() |
6 | ||||||
![]() |
3 | ||||||
25 Februari 1949 – Preston | |||||||
![]() |
8 | ||||||
![]() |
1 | ||||||
Bye | |||||||
![]() |
Peringkat separuh akhir
[sunting | sunting sumber]Peringkat akhir
[sunting | sunting sumber]
Juara Piala Thomas 1949 |
---|
![]() Malaya Juara kali pertama |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mike's Badminton Populorum". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-30. Dicapai pada 2011-06-05.
- ^ "MALAYANS CONFIDENT". Malaya Tribune. 1949-02-21. Dicapai pada 2025-01-28 – melalui NewspaperSG.