Piala Konfederasi FIFA 2003
Coupe des Confédérations 2003 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Perancis |
Tarikh | 18 Jun – 29 Jun |
Pasukan | 8 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 3 (di 3 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Perancis (Kejuaraan Ke-2) |
Naib Juara | Cameroon |
Tempat Ketiga | Turki |
Tempat Keempat | Colombia |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 16 |
Jaringan gol | 37 (2.31 per perlawanan) |
Kehadiran | 491,700 (30,731 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Thierry Henry (4 gol) |
Pemain terbaik | Thierry Henry |
Anugerah Permainan Bersih | Jepun |
← 2001 2005 → |
Piala Konfederasi FIFA 2003 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh FIFA. Ini merupakan kejohanan kali keenam dalam sejarah penganjuran Piala Konfederasi termasuk Piala Raja Fahd yang telah dianjurkan pada tahun 1992 dan 1995. Pasukan Perancis mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada tahun 2001.
Kejohanan ini juga menyaksikan insiden tragis di mana salah seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé meninggal dunia akibat serangan jantung semasa perlawanan separuh akhir menentang pasukan Colombia[1].
Pasukan yang layak
[sunting | sunting sumber]Pasukan | Konfederasi | Cara kelayakan |
---|---|---|
Turki | UEFA | Tempat ketiga Piala Dunia FIFA 20021 |
Brazil | CONMEBOL | Juara Piala Dunia FIFA 2002 |
Cameroon | CAF | Juara Piala Negara-Negara Afrika 2002 |
Perancis | UEFA | Juara UEFA Euro 2000 Tuan rumah |
Amerika Syarikat | CONCACAF | Juara Piala Emas CONCACAF 2002 |
New Zealand | OFC | Juara Piala Negara-Negara Oceania 2002 |
Jepun | AFC | Juara Piala Asia 2000 |
Colombia | CONMEBOL | Juara Copa América 2001 |
1 Pasukan Jerman, naib juara Piala Dunia FIFA 2002 dan Itali, naib juara UEFA Euro 2000 menolak untuk menyertai kejohanan ini. Pasukan Sepanyol yang berkedudukan kedua dunia dalam senarai FIFA juga menolak untuk menyertai kejohanan kali ini.
Peringkat kumpulan
[sunting | sunting sumber]Kumpulan A
[sunting | sunting sumber]Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perancis | 3 | 3 | 0 | 0 | 8 | 1 | +7 | 9 |
Colombia | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 2 | +2 | 6 |
Jepun | 3 | 1 | 0 | 2 | 4 | 3 | +1 | 3 |
New Zealand | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 11 | −10 | 0 |
New Zealand | 0–3 | Jepun |
---|---|---|
Laporan | Nakamura 12', 75' Nakata 65' |
Colombia | 3–1 | New Zealand |
---|---|---|
López 58' Yepes 75' Hernández 85' |
Laporan | de Gregorio 27' |
Kumpulan B
[sunting | sunting sumber]Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cameroon | 3 | 2 | 1 | 0 | 2 | 0 | +2 | 7 |
Turki | 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 4 | 0 | 4 |
Brazil | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
Amerika Syarikat | 3 | 0 | 1 | 2 | 1 | 3 | −2 | 1 |
Brazil | 1–0 | Amerika Syarikat |
---|---|---|
Adriano 22' | Laporan |
Peringkat kalah mati
[sunting | sunting sumber]Separuh Akhir | Pentas Akhir | ||||||
26 Jun - Lyon | |||||||
Cameroon | 1 | ||||||
Colombia | 0 | ||||||
29 Jun - Saint-Denis | |||||||
Cameroon | 0 | ||||||
Perancis (Gol Emas) | 1 | ||||||
Tempat ketiga | |||||||
26 Jun - Saint-Denis | 28 Jun - Saint-Etienne | ||||||
Perancis | 3 | Colombia | 1 | ||||
Turki | 2 | Turki | 2 |
Separuh akhir
[sunting | sunting sumber]Tempat ketiga
[sunting | sunting sumber]Akhir
[sunting | sunting sumber]
Penjaring gol
[sunting | sunting sumber]
|
|
Kematian Marc-Vivien Foé
[sunting | sunting sumber]Dalam perlawanan separuh akhir di antara pasukan Cameroon dan Colombia berlangsung, seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé dilaporkan pengsan di atas padang pada minit ke-75[2]. Rakaman televisyen memaparkan tiada seorang pemain yang berada berdekatan Foé semasa beliau rebah berdekatan kawasan tengah padang[3]. Foé kemudian dibawa ke tepi padang dan pasukan perubatan berusaha untuk menyedarkannya selama lebih setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia[3][1]. Kesemua pemain pasukan Cameroon hanya mengetahui mengenai berita kematian Foé semasa mereka berada di bilik persalinan dan sedang meraikan kemenangan ke atas pasukan Colombia[1].
Bedah siasat kali pertama gagal mengesan sebarang sebab kematian Foé, namun begitu bedah siasat kali kedua dijalankan dan Foé dikesan mengalami kegagalan jantung[4]. Ujian air kencing yang dijalankan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga membuktikan Foé bebas dari pengaruh dadah[4].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Marc-Vivien Foe death: His legacy 10 years after collapsing on pitch". BBC. 26 Jun 2013. Dicapai pada 19 Mac 2017.
- ^ "Marc-Vivien Foe: FIFA.com remembers". FIFA. 26 Jun 2013. Dicapai pada 19 Mac 2017.
- ^ a b "Footballer Foe dies during game". The Guardian. 26 Jun 2003. Dicapai pada 19 Mac 2017.
- ^ a b "Autopsy reveals Foe died of 'natural causes'". The Telegraph. 8 Julai 2003. Dicapai pada 19 Mac 2017.