Pergi ke kandungan

Piala Cabaran AFC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Cabaran AFC
Logo Rasmi Bagi Piala Cabaran AFC
Ditubuhkan2006
KawasanAsia (AFC)
Jumlah pasukan8 (Peringkat Akhir)
Juara semasa Palestin
(Gelaran Pertama)
Pasukan paling berjaya Korea Utara
(2 Gelaran)

Piala Cabaran AFC (bahasa Inggeris: AFC Challenge Cup) adalah sebuah pertandingan bola sepak antarabangsa untuk negara-negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" (berdasarkan pembahagian yang dilakukan oleh AFC pada tahun 2006) dibawah Falsafah "Wawasan Asia".

"Falsafah Wawasan Asia", merupakan sebuah program yang telah diasaskan oleh bekas presiden AFC, Mohammed Bin Hammam , tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan taraf bola sepak Asia ke suatu tahap yang lebih baik di semua peringkat. Piala Cabaran AFC, yang mencerminkan Falsafah Wawasan Asia, telah dicipta untuk pasukan-pasukan yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" agar negara-negara ini dapat merasai sendiri pengalaman bermain dalam sebuah pertandingan ala eropah dengan kemungkinan untuk memenangi sebuah trofi pada masa yang sama negara-negara dalam kategori ini berpotensi untuk mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan Piala Cabaran AFC ini.

Edisi pertama bagi kejohanan ini telah berlangsung pada tahun 2006 di Bangladesh dan telah dimenangi oleh Tajikistan. Pemenang Piala Cabaran AFC edisi 2008 dan edisi 2010 layak secara automatik untuk menyertai pertandingan yang lebih mencabar dan berprestij iaitu Kejohanan Piala Asia AFC 2011.

Pemilihan Peserta

[sunting | sunting sumber]

Konfederasi Bola Sepak Asia telah membahagikan 46 negara anggotanya kepada tiga bahagian pada tahun 2006.[1] Meskipun kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu bola sepak bagi negara anggota yang dikategorikan sebagai "kurang membangun", beberapa buah negara yang berada dalam kategori"sedang membangun" dan beberapa buah negara yang berada pada kategori "telah membangun" memilih untuk turut serta dalam kejohanan ini, seperti: India, Korea Utara, Maldives, Myanmar, Tajikistan,dan Turkmenistan dan tidak layak untuk menyertai Pertandingan Kelayakan Piala Asia.

Kesudahannya,tiada sebuah pun negara anggota yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai "kurang membangun" pernah memenangi Piala Cabaran AFC ini.Pada penghujung Mac 2012 Konfederasi Bola Sepak Asia telah meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Kepulauan Mariana Utara untuk menghantar pasukan kebangsaan mereka menyertai kejohanan ini meskipun negara ini bukan anggota penuh Konfederasi Bola Sepak Asia.Pada bulan November 2012 Konfederasi Bola Sepak Asia telah membuat keputusan untuk mengecualikan Pasukan Bola Sepak Korea Utara daripada kejohanan Piala Cabaran AFC edisi akan datang (2014).

Kejohanan Piala Asia AFC 2011 dan 2015 menyaksikan dua slot kelayakan secara automatik telah diperuntukkan kepada johan Piala Cabaran AFC edisi 2008,2010 dan edisi 2012,2014.Walau bagaimanapun,bagi kejohanan Piala Asia AFC 2019,johan Piala Cabaran AFC 2016 dan 2018 akan bermain dalam pusingan kalah-mati bagi merebut dua slot untuk layak menyertai kejohanan Piala Asia AFC 2019 berbanding menikmati kelayakan secara automatik sebelum ini,menentang dua pasukan teratas diantara pasukan-pasukan yang berada di kedudukan ketiga kumpulan dalam Pertandingan Kelayakan Piala Asia 2019.

Berikut merupakan pembahagian Pasukan Kebangsaan di Asia menurut AFC.

15 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "telah membangun"

14 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "sedang membangun"
17 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "kurang membangun"; dan memerlukan masa untuk membangunkan bola sepak mereka, dan turut serta dalam pertandingan ini.

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Separuh Akhir
Juara Jaringan Naib Juara Separuh Akhir Separuh Akhir
2006
Butiran
 Bangladesh Bendera Tajikistan
Tajikistan
4 – 0 Bendera Sri Lanka
Sri Lanka
Bendera Kyrgyzstan
Kyrgyzstan
Bendera Nepal
Nepal
Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Penentuan Tempat Ketiga
Juara Jaringan Naib Juara Tempat Ketiga Jaringan Tempat Keempat
2008
Butiran
 India Bendera India
India
4 – 1 Bendera Tajikistan
Tajikistan
Bendera Korea Utara
Korea Utara
4 – 0 Bendera Myanmar
Myanmar
2010
Butiran
 Sri Lanka Bendera Korea Utara
Korea Utara
1 – 1
(Masa tambahan)
(5 – 4)
(Penalti)
Bendera Turkmenistan
Turkmenistan
Bendera Tajikistan
Tajikistan
1 – 0 Bendera Myanmar
Myanmar
2012
Butiran
Nepal
Nepal
Bendera Korea Utara
Korea Utara
2 – 1 Bendera Turkmenistan
Turkmenistan
Bendera Filipina
Filipina
4 – 3 Bendera Negara Palestin
Palestin
2014
Butiran
Maldives
Maldives
Bendera Negara Palestin
Palestin
1 – 0 Bendera Filipina
Filipina
Bendera Maldives
Maldives
1 – 1
(Masa tambahan)
(8 – 7)
(Penalti)
Bendera Afghanistan
Afghanistan

Pasukan Paling Berjaya

[sunting | sunting sumber]
Pasukan Juara Naib Juara Tempat Ketiga Tempat Keempat
 Korea Utara 2 (2010, 2012) 1 (2008)
 Tajikistan 1 (2006) 1 (2008) 1 (2010)
 Palestin 1 (2014) 1 (2012)
 India 1 (2008)
 Turkmenistan 2 (2010, 2012)
 Filipina 1 (2014) 1 (2012)
 Sri Lanka 1 (2006)
 Kyrgyzstan 1 (2006^)
 Nepal 1 (2006^)
 Maldives 1 (2014)
 Myanmar 2 (2008, 2010)
 Afghanistan 1 (2014)
  • ^: Berkongsi Tempat Ketiga disebabkan perlawanan penentuan Tempat Ketiga belum diperkenalkan.

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Penjaring Gol Terbanyak

[sunting | sunting sumber]
Tahun Nama Pemain Jumlah Gol
2006 Negara Palestin Fahed Attal 8
2008 Korea Utara Pak Song-Chol 6
2010 Korea Utara Ryang Yong-Gi 4
2012 Filipina Phil Younghusband 6
2014 Negara Palestin Ashraf Nu'man 4


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ AFC Challenge Cup 2006. Big Soccer Forum, 17 Juli 2004. Diakses pada 24 Februari 2011.