Piagam Olimpik
Piagam Olimpik merupakan sebuah peraturan dan garis panduan bagi penganjuran Sukan Olimpik dan menguruskan pergerakan berkaitan Olimpik.[1]. Kali terakhir ia disemak adalah pada 9 September 2013.
Diguna pakai oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), piagam tersebut adalah sebuah pengkanunan bagi prinsip-prinsip asas, peraturan dan undang-undang kecil. Bahasa Perancis dan Inggeris merupakan bahasa rasmi bagi Piagam Olimpik. Jika pada bila-bila masa terdapat pencanggahan diantara versi-versi teks yang berbeza, teks dalam bahasa Perancis dijadikan sebagai rujukan.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]Sepanjang sejarah Sukan Olimpik, Piagam Olimpik sering kali diputuskan hasil daripada kontroversi yang berlaku dalam Olimpik. Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan, Piagam Olimpik berfungsi dalam 3 perkara:
- untuk mewujudkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Olimpisme
- untuk berfungsi sebagai undang-undang IOC
- untuk menentukan hak dan kewajipan 4 unsur utama dalam pergerakan Olimpik iaitu IOC, Persekutuan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. "Apakah itu Piagam Olimpik?" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 23 Oktober 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Teks Piagam Olimpik yang terkini
- (Inggeris) Teks Piagam Olimpik (Februari 2010)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.