Peti kanopi
Peti kanopi ialah sejenis peti yang digunakan oleh orang Mesir purba untuk menyimpakan organ-organ yang telah dikeluarkan semasa proses pemumiaan. Apabila takar kanopi mula diguna pada akhir Dinasti Keempat, ia diletakkan di dalam peti khas untuknya. Bukti adat pengebumian berkanopi yang terawal berasal daripada zaman Sneferu, pemerintah Dinasti Keempat namun terdapat juga bukti yang menunjukkan ia sudah dilakukan di Saqqara sejak Dinasti Kedua.[1]
Hubungan dengan budaya Mesir Purba
[sunting | sunting sumber]Peti canopic amat penting dalam budaya Mesir. Peti kanopi mengandungi organ dalaman (visera) mumia dan berkaitan dengan kepercayaan Mesir bahawa hidup di akhirat adalah sama pentingnya dengan kehidupan di bumi. Orang Mesir percaya bahawa segala-galanya perlu dipelihara dengan sempurna untuk ke alam selepas mati dan pengeluaran organ dalaman adalah sebahagian daripada proses pemumiaan.
Perubahan dengan peredaran zaman
[sunting | sunting sumber]Peti kanopi pada awalnya ringkas dan dibuat daripada kayu tetapi semakin lama ia menjadi lebih elegan. Kemudian, sekitar Dinasti ke-21 (1069–945 SM), orang Mesir mula membiarkan organ-organ di dalam mumia. Namun disebabkan sudah beribu-ribu tahun mereka gunakan peti kanopi, mereka tetap meletakkannya di dalam makam, tanpa apa-apa di dalamnya. Peti kanopi tidak lagi digunakan semasa Kerajaan Ptolemaik.
Stail dan bahan
[sunting | sunting sumber]Stail dan bahan peti kanopi berbeza mengikut zaman, namun sentiasa mencerminkan konsep keindahan dan kesempurnaan ideal Mesir.
Zaman Ptolemaik
[sunting | sunting sumber]Petinya nampak seperti keramat kayu yang tinggi dengan lukisan yang terang di tepi dan seekor burung falkon bertenggek di atasnya. Pembuatnya menyalutkan kayu peti dengan geso sebagai lapisan dasar untuk menyerikan catnya nanti. Semua perinciannya memberi kita maklumat tentang agama Mesir purba. Burung falkon di atas melambangkan Sokar, dewa pengebumian dan gambar di sisi menunjukkan pemilik peti itu menyembah Osiris, dewa akhirat; Ra-Horakhti, gabungan dewa Horus dan Ra; empat anak lelaki Horus, masing-masing menjaga salah satu organ si mumia; tiang berwarna, yang mewakili Osiris, dan tiet, yang mewakili Isis. Catannya tidak diukur dengan sempurna dan tepat seperti seni Mesir terdahulu, kerana tamadun Mesir sedang jatuh semasa ia dibuat.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dodson, Aidan, "Canopic Jars and Chests", in Redford, Donald B. (ed) (2001). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, jil. II, Oxford University Press. m/s 231–235
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Shaw, Ian (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280458-7.
- Green, Roger Lancelyn (1964). Ancient Egypt. J. Day Co.
- Grimal, Nicholas (1992). A History of Ancient Egypt. Blackwell Publishing. ISBN 978-0-631-19396-8.