Pergi ke kandungan

Pesawat tangki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesawat tangki merupakan sebuah pesawat pengangkut atau pesawat komersil yang telah diubahsuai bagi membawa muatan bahan api bagi melakukan pengisian minyak di udara kepada pesawat tentera dan helikopter.

Idea bagi melakukan pengisian minyak di udara muncul hampir 80 tahun yang lalu. Pada 1920-an, para juruterbang melakukan ujian dengan cubaan untuk menarik bekas gasolin yang ditarik oleh pesawat lain dengan menggunakan pencangkuk. Pada 1921, seorang juruterbang lagak ngeri, Wesley May, membuat demonstrasi "mengisi minyak" di khalayak ramai di Long Beach, California. May telah mengikat bekas minyak di belakangnya dan berjalan ke arah hujung sayap pesawat Lincoln Standard milik beliau. Beliau kemudian melangkah ke tapak sayap sebuah pesawat Curtis JN-4 dan telah menuang lima gelen gasolin ke dalam tangki minyak pesawat Jenny. Kejadian ini telah dimasyhurkan sebagai pengisian minyak "udara-ke-udara" pertama.

Senarai pesawat tangki

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]