Pesawat jet
Pesawat jet ialah sejenis kapal terbang yang dipacu oleh enjin jet. Pesawat jenis ini terbang lebih laju berbanding pesawat yang dipacu oleh bebaling dan pada altitud yang lebih tinggi (setinggi 10,000 hingga 15,000 m, atau sekitar 33,000 hingga 49,000 kaki). Pada ketinggian ini, enjin jet di dalam pesawat mencapai kecekapan yang maksimum untuk jarak yang jauh. Enjin di dalam pesawat yang dipacu oleh bebaling pula mencapai kecekapan maksimum pada altitud yang lebih rendah.
Dua orang jurutera, Frank Whittle di United Kingdom dan Hans von Ohain di Jerman, telah membangunkan konsep ini secara berasingan sekitar penghujung 1930-an. Namun begitu, Whittle adalah orang pertama yang berjaya mencipta pesawat jet turbo pertama.
Konsep ini sebenarnya telah pun dibincangkan seawal bulan Ogos 1928 oleh Frank Whittle di Sekolah Penerbangan, Wittering. Tetapi Hans von Ohain pernah menulis kepada Ernst Heinkel bulan Februari 1936 dengan membincangkan rekaan dan keupayaan konsep ini. Bolehlah juga dikatakan bahawa A. A. Griffith yang menerbitkan sebuah kertas kerja pada Julai 1926 berkenaan pemampat dan turbin, yang beliau kaji di RAE, juga berhak diberi penghargaan.