Pergi ke kandungan

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) didaftarkan pada 14 disember 2009 bagi membantu UMNO menjadi lebih kuat.

Tujuan penubuhannya ialah mempertahankan kesucian Islam dan hak keistimewaan kaum bumiputera selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Selain itu , memartabatkan golongan bumiputera khususnya Melayu merangkumi aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial tanpa mempertikaikan hak kaum lain. Masyarakat Melayu kini memerlukan pembelaan kerana ditekan dari pelbagai sudut.

Organisasi

[sunting | sunting sumber]

Presiden pertamanya ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir .Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin sebagai naib presiden I manakala, Tamrin Tun Abdul Ghafar pula menyandang jawatan naib presiden II.Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad sebagai setiausaha agung. Jawatankuasa ialah Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed, Datuk Seri Dr. Afifuddin Omar dan Tan Sri Abdul Aziz Yassin. [1]