Pertempuran Kutná Hora
Pertempuran Kutná Hora | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Hus | |||||||
Jan Žižka berada di hadapan Kutná Hora, oleh Josef Mathauser | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Suci Rom (Salib) | Husit | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Maharaja Sigismund Pippo Spano | Jan Žižka | ||||||
Kekuatan | |||||||
50,000-92,000[1]
| 12,000-18,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2,000-12,000 tentera | Tidak diketahui tetapi lebih kurang daripada Katolik |
Pertempuran Kutná Hora (Kuttenberg) merupakan pertempuran awal dalam kempen Perang Hus yang tercetus pada 21 Disember hingga 22 Disember 1421 antara tentera Empayar Suci Rom dan Husit.
Pertempuran
[sunting | sunting sumber]Jan Žižka kini mengalami penglihatan yang teruk sepenuhnya akibat kecederaan telah membawa 15,000 tentera dan mereka bertembung dengan tentera musuh seramai 50,000 berhampiran kota Kutná Hora pada Disember 1421. Seperti kebiasaan, tentera Žižka memasuki kota tersebut dan meninggalkan tentera garison yang kecil untuk menghalang pihak musuh daripada mengambil alih kota. Saki baki tenteranya telah membentuk sebuah susunan wagon yang berbentuk segi empat di hadapan benteng pertahanan kota.
Tentera salib melancarkan serangan pada 21 Disember. Taborit berjaya untuk terus bertahan sehingga menjelang waktu malam sambil memberikan tentangan yang sengit terhadap musuh. Namun, jumlah tentera yang sedikit tidak cukup mengizinkan mereka untuk melakukan serangan balas. Pada titik ini, penghuni kota yang setia kepada Sigismund bertindak menyerang tentera garison Taborit yang telah ditempatkan di dalam kota. Dengan ini, tentera salib terus menuju dan melangkah masuk ke dalam kota. Žižka kini telah dikelilingi musuh dan beliau ternyata memerlukan sesuatu yang baru untuk menyelamatkan tenteranya.
Semua artileri Žižka telah bersiap di dalam wagon yang kemudiannya diarahkan menjadi satu barisan. Barisan wagon ini dihantar sebelum mereka terus melancarkan serangan ke atas musuh. Ledakan demi ledakan daripada wagon ini telah membunuh dan mengorbankan ramai tentera salib. Sumber-sumber mendakwa Sigismund telah kehilangan lebih daripada 10,000 nyawa dalam pertempuran ini manakala pihak Taborit pula menghadapi kerugian nyawa sekitar 2,000 orang.