Pertanian di Azerbaijan
Pertanian di Azerbaijan menyumbang terhadap 6.2% dalam KDNK Azerbaijan pada 2015 dengan nilai output kasar bidang pertanian Azerbaijan mencecah sehingga kira-kira 5,635.3 juta manat.[1] Bahan-bahan tani yang diusahakan di Azerbaijan termasuklah tanaman kontan, kapas, tembakau, buah sitrus dan sayuran, di mana tiga tanaman yang pertama menyumbang terhadap kira-kira separuh daripada pengeluaran dan yang selebihnya menyumbang terhadap kira-kira 30% daripada jumlah pengeluaran. Hasil-hasil pertanian yang lain termasuklah ternakan hidup dan barangan tenusu.[2]
Kegiatan pertanian Azerbaijan dikawal oleh Kementerian Pertanian Azerbaijan.
Tanaman
[sunting | sunting sumber]Teh
[sunting | sunting sumber]Tanaman teh mula diperkenalkan di Azerbaijan pada tahun 1912 di kawasan Lankaran dengan kilang teh pertama dibina di situ pada 1937 dan diikuti dengan pengeluaran tanaman teh besar-besaran di Azerbaijan.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Azərbaycanda kənd təsərrüfatı" (dalam bahasa Azerbaijan). Dicapai pada 13 April 2019.
- ^ "Azerbaijan - The Economy". Library of Congress.
- ^ Çay haqqında
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Pertanian di Azerbaijan di Wikimedia Commons