Persidangan Asia Afrika
Persidangan Asia Afrika merupakan persekutuan di antara negara-negara di Asia dan Afrika. Persatuan ini dibentuk pada tahun 1955 di Bandung, Indonesia. Pertemuan pertama berlangsung di Gedung Merdeka, Bandung. Pertemuan ini dibuka oleh Presiden Soekarno dan pada masa itu diketuai oleh PM Ali Sastroamidjojo. Hasil dari presidangan ini berupa deklarasi yang dikenal dengan Dasa Sila Bandung. Persatuan ini dibentuk kerana pada masa itu sebahagian besar negara-negara di Asia dan Afrika sedang dijajah. Sehingga menimbulkan perasaan senasib dan sepenanggungan.
Negara-negara yang hadir pada Konferensi Asia Afrika 1955 antara lain:
Asia: • Indonesia • Filipina • Kemboja • Laos • Vietnam (Utara dan Selatan) • Burma (Myanmar) • China • Nepal • Jepun • Sri Lanka • India • Pakistan • Iran • Afghanistan • Iraq • Syria • Jordan • Lubnan • Arab Saudi • Yaman • Turki
Afrika: • Mesir • Libya • Sudan • Ethiopia (Habsyah) • Pantai Gading • Liberia