Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009
Penampilan
Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009 (INC '09) bertemakan "Memperkukuhkan Rakan Perkongsian Dalam Tenaga Nuklear" diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29-30 Jun dan 1 Julai 2009.
Anjuran
[sunting | sunting sumber]INC '09 dianjurkan oleh Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Persatuan Nuklear Malaysia (PNM) dan Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA).
Tujuan
[sunting | sunting sumber]- Persediaan, pembangunan prasarana, teknologi penjanaan kuasa nuklear, perundangan dan keselamatan serta pengoperasian loji kuasa nuklear.
- Mempromosikan penggunaan kuasa nuklear untuk penjanaan elektrik dalam menghadapi kenaikan harga dan bekalan tenaga yang terhad serta potensi ancaman terhadap alam sekitar ekoran pemanasan global.
- Aplikasi teknologi nuklear dalam sektor perindustrian, perubatan, pertanian, penjagaan alam sekitar dan penyelidikan.
Penceramah dan peserta
[sunting | sunting sumber]- Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad
- Timbalan Ketua Pengarah IAEA Dr Yury A.Sokolov
- Dr Sueo Machi dari Forum Industri Atom Jepun.[1]
Persidangan Antarabangsa Mengenai Neutron dan Serakan Sinar-X (ICNX 2009) juga akan diadakan yang memfokuskan kepada penyelidikan berkaitan teknologi neutron dan serakan sinar-X.