Perselisihan faham (epistemologi)
Isu perselisihan diantara rakan sebaya dalam epistemologi membincangkan persoalan bagaimana seseorang harus bertindak balas apabila dia sedang berinteraksi dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan yang sama tetapi tidak bersetuju dengan mereka.[1]
Jenis perselisihan faham
[sunting | sunting sumber]Ahli epistemologi berpendapat terdapat dua jenis perselisihan faham. Salah satu jenis ialah perselisihan faham tentang fakta. Sebagai contoh, perselisihan pendapat tentang persoalan sama ada bumi adalah sfera atau bumi adalah rata. Jenis perselisihan kedua adalah mengenai cadangan untuk membuat tindakan. Contohnya, sama ada seseorang itu perlu pergi ke Itali atau Greece.[2]
Perbincangan falsafah ini terutamanya mengenai "perselisihan rakan sebaya" di mana kedua-dua pihak yang bertikai adalah rakan sebaya epistemik; perkara ini bermaksud mereka mempunyai keupayaan yang hampir sama dari segi maklumat dan intelek.[3]
Jawapan kepada perselisihan faham
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua aliran Sekolah pemikiran tentang cara yang tepat untuk bertindak balas terhadap perselisihan faham. Dua aliran sekolah tersebut ialah (1) Sekolah Pendamai dan (2) Sekolah Teguh. Ahli falsafah yang berbeza memberikan alasan yang berbeza untuk setiap sekolah ini.
Sekolah Pendamai
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini berpendapat bahawa seseorang mesti menganggap kepercayaan rakan sebayanya mempunyai meritnya. Sebagai tindak balas, dia mesti membuat refleksi dengan menyemak semula kepercayaannya sendiri, dengan mengambil kira kepercayaan rakan sebayanya. Pilihannya adalah untuk mengait kedua-dua pendapat dan membuat titik persamaan di tengah. Terdapat juga perselisihan faham, seperti kepercayaan dan kekufuran kepada Tuhan, di mana aliran sekolah pendamai tidak dapat diaplikasi. Dalam kes-kes ini tindak balas yang betul adalah untuk menggantung kepercayaan sendiri. [2] [4]
Sekolah Teguh
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini berpendapat bahawa seseorang mesti berpegang kepada kepercayaan asalnya sendiri walaupun berdepan dengan rakan sebaya yang tidak bersetuju. Satu sebab yang diberikan ialah walaupun dari perspektif orang ketiga kedua-dua pihak yang bertikai berkemungkinan betul, dari perspektif sendiri, seseorang harus mempercayai dirinya sendiri.[2]
Alasan lain yang diberikan adalah berkaitan dengan pertikaian mengenai Tesis Keunikan. Menurut mereka yang menafikan Tesis Keunikan, terdapat kes di mana kedua-dua kepercayaan yang bertentangan dibenarkan. Oleh itu, fakta bahawa wujudnya kepercayaan yang bercanggah tidak semestinya memerlukan salah satu kepercayaan itu tidak dibenarkan. Akibatnya, kewujudan perselisihan faham tidak semestinya memerlukan mana-mana pihak yang bersengketa untuk menukar kepercayaannya.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ For a collection of articles about this issue see: Feldman, Richard; Warhead, Ted A, penyunting (2010). disagreement. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-922608-5.
- ^ a b c "Disagreement" article in the Stanford Encyclopedia of Philosophy Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "SEP" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Kelly, Thomas (2005). Hawthorne, John; Gendler, Tamar (penyunting). The Epistemic Significance of Disagreement. Oxford University Press. m/s. 167–196.
- ^ Matheson, Jonathan (2018-05-14). "The Epistemology of Disagreement". 1000-Word Philosophy: An Introductory Anthology.
- ^ Weintraub, Ruth (2013). "Can Steadfast Peer Disagreement Be Rational?". Philosophical Quarterly. Wiley-Blackwell. 63 (253): 740–759. doi:10.1111/1467-9213.12065.