Pergi ke kandungan

Persatuan Penulis Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Penulis Sarawak (PERPES), atau singkatannya (PERPES), telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 21 April 2012, dengan nombor pendaftaran 0833-12-SWK. Penubuhan PERPES adalah cetusan idea wartawan media massa berbahasa Melayu (cetak dan elektronik), yang membuat liputan pada majlis Hari Pejuang Bahasa 152. PERPES juga akan menjadi payung kepada semua penulis di Sarawak, khususnya kepada golongan wartawan dan bekas wartawan, yang menulis dalam bentuk penulisan ilmiah (deskriptif) dalam medium penulisan bahasa Melayu.

Mesyuarat Protem penubuhan PERPES, julung kali diadakan pada 15 Februari 2012, dengan kehadiran ahlinya seramai 35 orang. Mesyuarat ini telah meluluskan penubuhan Persatuan Penulis Sarawak (PERPES) , dan juga telah memilih Encik Awang Zaidel Bin Awang Jamil, sebagai Presiden Persatuan Penulis Sarawak (PERPES) yang pertama. PERPES beroperasi di No.9, Aras 2, Lot 14448, Seksyen 65 KLTD, The Hub Matang, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. E-mel PENULIS ialah penulissarawak@gmail.com