Persatuan Kembara Malaysia
Persatuan Kembara Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti kembara, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Presiden persatuan ini ialah bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Dr Mohd Khalid Yunus.
Ekspedisi Merdeka De'Everest pada 2007
[sunting | sunting sumber]Pada 2007, seramai 11 ahli persatuan ini berjaya mendaki Gunung Everest melalui laluan Kathmandu, Nepal. Ia diadakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.
Khalid mengalami masalah "mabuk gunung" ketika dalam perjalanan dari Kem 3 ke kem 4 pada paras ketinggian 7,200 meter dan terpaksa turun ke kaki gunung. Peserta yang berjaya sampai ke puncak ialah Idris Said, Ahmad Reduan Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad, Mohd Rofi Kori dan Muhammad Fauzan Hasan.
Misi Perdana De'Everest 2011
[sunting | sunting sumber]Pada 26 Januari 2010, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah melancarkan pra pelancaran projek ini yang akan diadakan pada 2011. Laluan Tibet , China akan digunakan.Pendaki akan melalui kawasan luas yang kosong. Kos RM2.5 juta ini mendapat mendapat restu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri akan melancarkan projek ini pada April 2010.
Latihan telah dimulakan termasuk menakluki puncak Gunung Kilimanjaro ,negara Tanzania pada Disember 2009. Sebagai persediaan, peserta juga akan menakluk Pergunungan Alpine di New Zealand pada Mac 2010. Latihan ini bertujuan bagi tujuan menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlampau sejuk serta paras oksigen yang rendah.
Peserta projek ini ialah Roslizawati Rashidi (27 tahun, pakar pemakanan), Mohd Khalid Yunus, Mohd Illaham Ishak (36 tahun, jurutera komunikasi), Shahrul Azuan Shahruddin (30, guru), Zainul Fikri Mohd Idrus (31, tentera), Mohamad Shaheir Sabaruddin (27, pelajar Universiti Teknologi Mara) dan Mohd Dendera Billah Zamzuri (30, usahawan).
Senarai pendaki Gunung Everest dari Malaysia
[sunting | sunting sumber]- 1997 - M. Magendran dan Mohanadas Nagappan
- 2004 - Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Rozali.
- 2006 - T. Ravichandran.
- 2007 - Idris Said, Ahmad Reduan Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad, Mohd Rofi Kori, Muhammad Fauzan Hasan. Marina Ahmad adalah wanita pertama Malaysia mendaki Gunung Everest.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khalid Ketuai 7 Pendaki Takluk Puncak Everest 2011 mStar Online