Pergi ke kandungan

Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor atau 'Kemudi' adalah persatuan penulis di Selangor yang terhasil dari pertemuan dan perbincangan penulis muda di Institut Trengkas Malaysia (ITM) 3B, Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur pada 11 September 1971. Sambutan yang diterima dari kalangan penulis muda Selangor dan luar selangor pada masa itu sungguh menggalakkan.

Jawatankuasa

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 1971, Mesyuarat penubuhan KEMUDI dengan pembentukan sebuah Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada Dato Abdul Samad Maharudin-(Yang Di Pertua), Dato Dr Mohd Nordin Abdulrahman @ Atondra ,Saring Sirad @ Ismas Saring, ,Salmiah Hj Mat Saman @ S. Hamisal. [1] Sementara Raja Azam Bidin, Dr Ahmad RAzali Yusof,B. Buyung, Shamsuddin Taha dan Umi Kalthum Ahmad telah dipilih sebagia Ahli Jawatankuasa.

Pada 6 Julai 1972, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Tujuan penubuham

[sunting | sunting sumber]

Antara tujuan KEMUDI ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan khas kepada ahli yang menghadapi kecemasan. Sungguhpun soal kebajikan dititikberatkan, ini tidak bermakna KEMUDI melupakan tanggungjawab dalam pengembangan bahasa dan sastera. malah sejak ditubuhkan, KEMUDI dikategorikan sebagai sebuah persatuan yang mantap jika diukur daripada kegiatan kesusteraan yang telah dilaksanakan. Antara kegiatan besar yang telah dilaksanakan ialah Hari Puisi Selangor, Apresiasi Puncak Penyair Asean, Malam Menghening Cipta - Iqbal, Amir Hamzah, M. Ghazali (Punggok) dan Ruhi Hayat, Temu Sastera dan Anugerah Sastera KEMUDI.

Dalam meniti usia yang matang, KEMUDI telah mengorak langkah dengan mewujudkan beberapa biro dalam pentadbiran KEMUDI. Menyedari perkatan Muda dalam nama KEMUDI tidak sesuai, maka pada 3 April 1994 bertempat di rumah Yang Di Pertua KEMUDI, telah diadakan Mesyuarat Agung Khas (Perlembangaan). Pada mesyuarat tersebut ahli yang hadir telah membuat ketetapan menukar nama Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor kepada Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor. Namun begitu akronimnya tidak berubah, masih lagi KEMUDI.

Sebagai langkah untuk terus berada di hadapana dalam arus perdana sastera di Selangor, KEMUDI telah bernaung di bawah Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Sememangnya KEMUDI telah sinonim dengan kegiatan kesusteraan mutahir di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]