Perpustakaan Diraja, Denmark
Perpustakaan Diraja (Denmark: Det Kongelige Bibliotek ) di Copenhagen merupakan perpustakaan negara Denmark yang juga merupakan perpustakaan bagi Universiti Copenhagen. Ia merupakan antara perpustakaan terbesar di dunia.[1] Perpustakaan ini mempunyai pelbagai khazanah bersejarah dan salinan kepada semua bahan bercetak yang dihasilkan di Denmark sejak abad ke-17 termasuklah buku Denmark pertama yang diterbitkan pada tahun 1782 oleh Johann Snell.[2]
Perpustakaan ini ditubuhkan pada 1648 oleh Raja Frederik III yang telah menyumbang koleksi karya Eropah yang komprehensif. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1793. Pada tahun 1989, perpustakaan ini bergabung dengan Perpustakaan Universiti Copenhagen (ditubuhkan pada 1482) dan pada tahun 2005, ia bergabung dengan Perpustakaan Negara Denmark untuk Sains dan Perubatan, kini Perpustakaan Fakulti Sains Semulajadi dan Kesihata. Nama rasmi organisasi ini sejak 1 Januari 2006 ialah Perpustakaan Diraja, Perpuustakaan Negara Denmark dan Perpustakaan Universiti Copenhagen. Pada tahun 2008, Arkib Cerita Rakyat Denmark bergabung dengan Perpustakaan Diraja.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Den store danske: Det kongelige bibliotek (Danès)
- ^ "Johann Snell" (dalam bahasa Danish). Den Store Danske. Dicapai pada 28 August 2017. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perpustakaan Diraja, Denmark |
- Tapak web rasmi (in English)
- The European Library - Combined access to 48 national libraries in Europe
- Bibliotek.dk - Danish Internet portal for all Danish libraries