Pergi ke kandungan

Permatang Kuartza Genting Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permatang Kuartza Genting Klang
Pemandangan Bukit Tabur Extreme dari arah utara
Titik tertinggi
PuncakBukit Tabur Extreme
Ketinggian396 m (1,299 ka)
Geografi
Permatang Kuartza Genting Klang yang terletak di Malaysia
Permatang Kuartza Genting Klang
Permatang Kuartza Genting Klang
Lokasi in Malaysia
LokasiDaerah Gombak, Selangor
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Permatang Kuartza Genting Klang merupakan sebuah daik kuartza yang melalui sepanjang kawasan timur laut Kuala Lumpur, Malaysia dalam kawasan Bukit Lagong-Kanching-Klang Gates. Berukuran lebih 16 km panjang dan 200m lebar, ia adalah yang terpanjang seumpamanya di dunia.[1] Jalur kuartza utama yang lain di Kuala Lumpur terletak di sepanjang Jalan Cheras-Kajang, berukuran 8 km panjang,[2] namun Permatang Kuartza Genting Klang adalah satu-satunya permatang kuartza seumpamanya kerana ia mempunyai empat jenis formasi kuartza. Kawasan tersebut mempunyai lima spesies tumbuh-tumbuhan endemik[2] antara 265 spesies, yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Sejenis haiwan jarang, serow[2] juga boleh ditemui di sini.

Sampel-sampel kuartza yang terdapat di Permatang Kuartza Genting Klang.

Sungguhpun Permatang Kuartza Genting Klang merupakan antara formasi geologi paling unik di Malaysia, ia kurang dilindungi dan terdedah dengan ancaman pembangunan perbandaran. Terbaru, rancangan Lebuhraya Lembah Klang Timur menjadi ancaman terkini terhadap Permatang Kuartza Genting Klang, memandangkan jajaran lebuh raya itu bakal melalui jalur kuartza tersebut.[3]

  1. ^ http://mcleon.tripod.com/quartz-ridge.htm
  2. ^ a b c http://www.wwf.org.my/about_wwf/what_we_do/forests_main/the_malaysian_rainforest/types_of_forests/klang_gates_quartz_ridge/
  3. ^ Cheng Li, Tan (4 Mei 2010). "Path to destruction" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 4 Januari 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]