Permainan video di Malaysia
Industri permainan video di Malaysia ialah industri besar dan hobi di Malaysia yang merangkumi pengeluaran, penjualan, import/eksport permainan video.[1][2][3][4][5] Pada 2019, Malaysia ialah pasaran permainan video ke-21 terbesar di dunia, dengan jumlah pendapatan sebanyak USD100 juta diperoleh.
Dengan sokongan kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), industri permainan video di Malaysia menyaksikan perkembangan pesat dan dianggap sebagai salah satu pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Malaysia memasuki industri permainan video pada 1990-an, terutamanya pada 1994 apabila Motion Pixel, sebuah studio kecil Malaysia ditawarkan oleh LucasArts dan JVC untuk bekerjasama untuk permainan bernama Ghoul Patrol. Sejak itu, Malaysia mula mengambil serius dalam industri permainan video.
Seiring dengan industri animasi, permainan video adalah salah satu fokus utama MDEC untuk pembangunan kandungan digital.
Industri permainan antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Malaysia ialah rumah kepada Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios yang pertama dan satu-satunya, yang dikenali sebagai Studio Malaysia untuk rantau Asia Tenggara dan berfungsi sebagai studio sokongan teknikal untuk beberapa permainan video. Ia diketuai oleh Hasnul Hadi Samsudin, bekas Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Toys And Games in Malaysia". Euromonitor.com. Dicapai pada 2009-04-26.
- ^ Dillon, Roberto (12 April 2011). The Golden Age of Video Games: The Birth of a Multibillion Dollar Industry. CRC Press. ISBN 9781439873236. Dicapai pada 4 January 2017 – melalui Google Books.
- ^ Abaza, Mona (11 January 2013). Debates on Islam and Knowledge in Malaysia and Egypt: Shifting Worlds. Routledge. ISBN 9781136126024. Dicapai pada 4 January 2017 – melalui Google Books.
- ^ "Microsoft Word - 12418" (PDF). Tojet.net. Dicapai pada 2017-01-04.
- ^ Wolf, Mark J. P.; Iwatani, Toru (1 May 2015). Video Games Around the World. MIT Press. ISBN 9780262527163. Dicapai pada 4 January 2017 – melalui Google Books.