Peribahasa bermula dengan huruf "T"
Penampilan
Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "T"
'Peribahasa" | "Maknanya" |
---|---|
Tahu makan tahu simpan. | Memegang rahsia dengan sebaiknya agar tidak bocor atau diketahui orang lain. |
Tangguk di air keruh. | Mencari keuntungan peribadi dalam perselisihan atau kekacuan. |
Telaga di bawah gunung | Seseorang wanita yang membawa keuntungan kepada suaminya. |
Telinga tempayan. | Orang yang degil dan tidak mendengar nasihat orang lain. |
Telur di hujung tanduk. | Sesuatu perkara yang sangat bahaya dan sulit. |
Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. | Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin datang dari sebelah pihak sahaja. |
Tukang tidak membuang kayu. | Orang yang bijaksana tahu menghargai semua orang dan manfaatnya. |
Tinggak kulit pembalut tulang. | Orang yang sangat kurus badanya. |
Tabir sudah tergantung, tikar sudah terbentang. | Orang yang mempunyai sesuatu hajat. |
Tangkap muat | Mengambil apa sahaja yang sempat. |
Tebu masuk mulut gajah. | Binasa sama sekali sudah tidak dapat ditolong lagi. |
Tebal telinga. | Orang yang tidak tahu malu. |
Terlunjuk lurus kelingking berkait. | Zahirnya kelihatan baik tapi hatinya berniat jahat. |
Tepuk dada tanya selera. | Kalau sudah terdesak sesuatu perkara tanya terpulang kepada keputusan kita. |
Teras bertemu beliung. | Dua orang yang berselisihan faham dan masing-masing tidak mahu mengalah. |
Tikus membaiki labu | Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akibatnya merosakkan barang tersebut. |
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. | Tiada orang dapat meneka untung malang nasib seseorang. |
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. | Orang yang ditimpa kesusahan besar. |
Tidak berasas tunas dari tunggul. | Pangkat yang diwarisi oleh sanak-saudara. |
Tunggul terbakar ditengah huma. | Orang yang hitam legam. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kamus perdana peribahasa Melayu (Penulis A.Aida dan Siti Nursakinah) Terbitan Al-Hidayah