Perhimpunan Masyarakat Indonesia
Perhimpunan Masyarakat Indonesia (PERMAI) di Malaysia merupakan pertubuhan NGO yang menjaga kepentingan masyarakat pendatang Indonesia di Malaysia. Pejabat operasi PERMAI di Tingkat Bawah, Lot 21, Pasaraya UO, Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur, Malaysia.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]PERMAI ditubuhkan pada 17 April 1977, adalah sebuah pertubuhan yang dinaungi Duta Besar Indonesia di Malaysia Tan Sri Dai Bachtiar bertujuan antara lain untuk memupuk rasa tanggungjawab dan perpaduan masyarakat Indonesia yang dianggarkan tidak kurang daripada dua juta orang berada di Malaysia, bagi menjaga nama baik bangsa mereka.
Isu sensitif
[sunting | sunting sumber]Perhimpunan ijni menyeru isu sensitif antara Malaysia dan Indonesia tidak digembar-gemburkan demi hubungan baik jiran serumpun Indonesia dan Malaysia.
Ketua Umumnya Teuku Rizal Ghading menyatakan perbezaan daripada segi budaya, adat, komunikasi dan cara pergaulan di tempat orang tidak dapat dielakkan. Contohnya kes Manohara Odelia Pinot dan penderaan Siti Hajar dan Nirmala Bonat Kes itu sudah diambil tindakan undang-undang dan mereka yang bersalah pasti akan terima hukuman.