Perhimpunan Agung UMNO 1987
Penampilan
Perhimpunan Agung UMNO 1987 diadakan pada 24 April 1987 di PWTC, Kuala Lumpur. Pertandingan diadakan untuk memilih Presiden UMNO yang ketika itu disandang oleh Mahathir Mohamad.
Ada dua calon yang bertanding iaitu Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dari Kelantan. Semua Bahagian UMNO di Kelantan mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai calon Preside UMNO tetapi Bahagian Kok Lanas mencalonkan Mahathir. Ini kerana Bahagian Kok Lanas diketuai oleh Abdullah Ahmad yang pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir.