Pergunungan Pontik
Pergunungan Pontik | |
---|---|
Biara Sumela di atas Pergunungan Pontik | |
Titik tertinggi | |
Puncak | Gunung Kaçkar |
Ketinggian | 3,937 m (12,917 ka) |
Koordinat | 40°50′N 41°09′E / 40.833°N 41.150°E |
Dimensi | |
Panjang | 1,000 km (620 bt) |
Geografi | |
Negara | Turki and Georgia |
Koordinat banjaran | 40°30′N 40°30′E / 40.500°N 40.500°EKoordinat: 40°30′N 40°30′E / 40.500°N 40.500°E |
Pergunungan Parhar (Bahasa Yunani: Παρχάραι Parkhárai daripada kata Het parhar "tinggi, puncak",[1] Παρυάδρης Paryadres;[2] bahasa Latin: Parihedri[3]) atau Pergunungan Anatolia Utara (Bahasa Turki: Kuzey Anadolu Dağları) merupakan banjaran gunung di utara Anatolia, Turki terbentang sepanjang pesisir selatan Laut Hitam.
Geografi
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/87/Pontic_Panorama.jpg/220px-Pontic_Panorama.jpg)
Banjaran ini memanjang dari timur ke barat, menghampiri pantai selatan Laut Hitam. Ia menjangkau ke timur laut ke Georgia, dan ke barat ke Laut Marmara. Ia termasuk bahagian barat laut Pergunungan Küre, bersama dengan Pergunungan Akçakoca, dan Pergunungan Bolu, mengiringi pantai. Puncak tertinggi banjaran ini ialah Kaçkar Dağı, yang menjulang 3,937 m (12,917 ka) ke udara. Sesar Anatolia Utara dan Sesar Anatolia Timur Laut, yang merupakan sesar bumi yang merentas seluruh banjaran ini dari timur ke barat.
Ekologi
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/Zil_Kalesi.jpeg/220px-Zil_Kalesi.jpeg)
Pergunungan ini biasanya dilitupi hutan tebal, kebanyakannya jenis konifer.
Hutan-hutan daun luruh dan konifer Anatolia Utara meliputi sebahagian besar banjaran ini, manakala hutan campuran Caucasus terletak di hujung timur jauh banjaran dan dinamakan Pergunungan Kaçkar. Di pantai yang sempit di antara pergunungan dan Laut Hitam dikenali sebagai Pontos, adanya hutan daun luruh Euksin-Colchia menempatkan salah seberapa buah hutan hujan iklim sederhana di dunia.
Kawasan ini adalah rumah kepada hidupan liar Eurasia seperti lang sikap Eurasia, helang emas, lang tengkuk timur, helang tompok kecil, geros hitam Kaukasia, serin dahi merah dan perayap dinding.[4]
Keadaan musim sejuk sangat teruk, dan salji turun walaupun pada bulan-bulan musim panas di ketinggian tertentu.[5]
Penara Anatolia, yang terletak di selatan banjaran ini, mempunyai iklim benua dan lebih kering berbanding pesisirnya yang lembap dan sederhana, disebabkan oleh kesan bayangan hujan banjaran.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Karadeniz Ansiklopedik Sözlük Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine. Lihat rencana "Parhar" (penara) dan "Parhal" (kampung).
- ^ Strabo. "Chapter XI". Geographica (35 BC – 23 AD). m/s. xii.4.
- ^ Pliny the Elder. "Chapter VI". Naturalis Historia (77–79 AD). m/s. iix.25.
- ^ Couzens, Dominic (2008). Top 100 Birding Sites of the World. University of California Press. m/s. 73–75. ISBN 978-0-520-25932-4.
- ^ "File:Koppen-Geiger Map TUR present.svg". commons.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2018. Dicapai pada 2021-03-14.
- ^ Pontic Mountains and highlands Diarkibkan 2014-02-26 di Wayback Machine