Perbincangan templat:Kotak info filem
Penampilan
Box office = pecah panggung?
[sunting sumber]Saya tidak setuju dengan terjemahan ini kerana tidak menghayati konteks penggunaan; frasa 'pecah panggung' bermaksud filem itu menerima sambutan hangat sehingga boleh jadi panggung diisi lebih ramai penonton daripada yang mampu ditampung, sebab itulah dipanggil 'pecah panggung'. Wajarkah filem yang gagal disebut pecah panggung?
Terjemahan box office yang lebih tepat dalam konteks templat ini ialah 'kutipan tiket'. Box office pada pokoknya bermaksud kaunter tiket. — Malurian123 13:51, 26 Disember 2019 (UTC)