Perbincangan pengguna:Ychmatematik/Arkib 1
Selamat datang ke Wikipedia, Ychmatematik/Arkib 1!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Hayabusa future (perbualan) 14:32, 16 Ogos 2005 (UTC)
Cara menyunting makalah wikipedia
[sunting sumber]Salam Saya rasa saya masih jahil, khususnya dalam kerja menyunting itu.
Soalannya:
- Macam mana bubur nota kaki untuk sesuatu ayat?
- Bagaimanakah untuk meletakan sebuah perenggan dalam posisi "tengah"
1. Selamat datang juga dari saya.
2. Semoga anda gembira menyumbang di sini.
Aurora 04:41, 18 Ogos 2005 (UTC)
Terima kasih banyak2 kerana sudi membantu!
Saya bersimpati terhadap halangan yang saudara hadapi itu. Semoga ianya tidak mematah semangat saudara untuk terus menyumbang.
Penyebaran buku/booklet itu dalam format fizikal atau salinan lembut? Sekiranya dalam salinan lembut, anda boleh buka akaun di Geocities and berikan pautannya. Anda juga digalakkan agar aktif di Wikipedia Inggeris di mana terdapat forum chatting bagi tujuan promosi dll. Saya agak kurang mengunjung laman Wiki Inggeris disebabkan kakangan masa.Yosri 09:45, 8 September 2005 (UTC)
Penggunaan templat Babel
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, saya telah membantu anda menggunakan templat Babel. Kan penggunaan templat lebih mudah? Saya baru-baru ini membelajarinya dan amat suka pada penggunaan templat yang bukan sahaja mudah dibelajari tetapi senang diguna. — PM Poon 22:39, 22 Februari 2006 (UTC)
Hai Ychmatematik, adakah anda merupakan pelajar daripada aliran bahasa Cina? Jika ya, bolehkah anda membantu saya memperbaiki terjemahan untuk siri "Dao de jing"? Saya akan membuat draf pertama dan anda mengikut dari belakang. Saya tidak faham akan bahasa Cina kerana tidak pernah belajar bahasa ini, kecuali beberapa bulan kelas malam. Kini, saya menggunakan dua versi bahasa Inggeris untuk perbandingan, tetapi saya masih berasa terjemahan bahasa Inggeris kekadang tidak tepat juga. — PM Poon 11:44, 14 Mac 2006 (UTC)
Dao de jing
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, kalau saya tak minat akan Dao de jing, tak kan saya nak membazirkan masa untuk menterjemahkannya! Sebenarnya, saya membuatnya kerana ia memaksakan saya membaca setiap ayat dengan teliti. Memang dah lama saya cuba membaca pelbagai terjemahan bahasa Inggeris untuk buku ini. Tetapi ia amat membosankan, hehehe.
Terjemahan bahasa Malaysia ini mungkin merupakan usaha sulung di Malaysia. Saya tidak perasan tentang sesiapa yang pernah menterjamahkannya... mungkin di Indonesia. Jika kita memerhatikan Dao de jing, ajarannya tidak serupa dengan apa yang digelarkan Taoisme pada hari ini. Dao de jing langsung tidak kena mengena dengan Tua Pek Kong atau dewa-dewi yang lain. Oleh sebab itu, ajaran Dao je jing lebih tepat digelarkan Laoisme untuk membezakannya daripada Taoisme pada hari ini, hehehe.
Sebenarnya, apa yang digelarkan Taoisme pada hari ini merupakan "agama budaya rakyat" China dan adalah kena-mengena dengan pemujaan nenek moyang. Kebanyakan daripada dewa-dewi merupakan orang China yang termasyhur pada suatu masa dalam sejarah China, umpama Kuan Di Kung, Chu Yuan dan sebagainya. Yang lain merupakan ciptaan legenda. Konsep Taoisme pada hari langsung berbeza dengan konsep dalam Dao de jing yang menegaskan penghidupan yang berharmoni dengan hukum alam semesta. Oleh sebab Dao de jing langsung tidak kena mengena dengan agama Taoisme yang diamalkan di Malaysia, tidak perlulah kita bimbang tentang adakah kerajaan Malaysia akan mengharamkan terjemahan teks ini (seperti dalam kes kitab Kristian).
Saya pernah menghabiskan masa selama lapan bulan di pelbagai biara (monastery) supaya hendak membelajari tafakur. Semasa itu, saya juga membelajari ajaran Budhisme secara mendalam. Didapati saya bahawa Budhisme yang diamalkan oleh kebanyakan penganut agama Buddha itu bukannya ajaran Buddha, hehehe.
Terdapatnya banyak persamaan antara ajaran asli Buddha dengan Laoisme (tak nak panggilnya Taoisme, hehehe). Kebanyakan daripada ajaran Buddha dan Lao Tze cuma dapat difahami melalui otak kanan, berbanding otak kiri.
Saya berasa amat bertuah kerana anda sudi membantu saya. Bolehkah anda bermula dengan puisi pertama dan mengemaskinikan terjemahan supaya lebih tepat. Saya tidak akan menggantikan teks bahasa Inggeris walaupun kekadangnya ia tidak begitu tepat kerana kalau saya berbuat demikian, ia akan menjadi rojak nanti. Biarlah terjemahan bahasa Inggeris berbeza dengan bahasa Cina, dan terjemahan bahasa Melayu berbeza dengan bahasa Inggeris. Jika anda mempunyai apa-apa ulasan, sila tulisnya dalam halaman perbualan yang berkaitan supaya senang dirujuk nanti. Kan ada lapan halaman pada seluruhnya? — PM Poon 16:37, 14 Mac 2006 (UTC)
Anda sudi jadi penyelia?
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, nampaknya anda boleh menyumbangkan dengan taraf yang tinggi dalam Bahasa Melayu, saya kagum. Adakah anda mahu jadi penyelia buat masa nanti? Kerana kita masih kekurangan penyelia. Jika anda ingin menjadi penyelia silalah pergi ke Wikipedia:Penyelia dan kemukakan permohonan anda. — Emrrans 14:53, 19 Mac 2006 (UTC)
Pengguna "Ychmatematik" sekarang adalah sysop Yosri 09:15, 24 Mac 2006 (UTC)
[sunting sumber]Pengguna "Ychmatematik" sekarang adalah sysop Yosri 09:15, 24 Mac 2006 (UTC)
Tahniah
[sunting sumber]Tahniah kerana dilantik menjadi pentadbir. — Master2841 09:47, 24 Mac 2006
Tahniah banyak2 kerana sudah menjadi penyelia. — Emrrans 12:13, 24 Mac 2006 (UTC)
Pendapat baru
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, sila lihat: Perisian MediaWiki dan Kesedaran Baru: Satu pusing besar. — PM Poon
Garis panduan
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, Anda agak aktif membaiki garis panduan. Saya amat gembira, kerana bahagian itu agak terabai selama ini. Teruskan dengan usaha anda yang baik itu. Yosri 12:13, 31 Mac 2006 (UTC)
Rencana pilihan
[sunting sumber]Calonkan rencana pilihan anda untuk laman utama di Perbualan Wikipedia:Calon rencana pilihan. — Master2841 11:23, 2 April 2006
Pemuzik Rock
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, Anda boleh lihat daftar penuh pemuzik rock di penyanyi. Yosri 09:29, 3 April 2006 (UTC)
Bacabaca
[sunting sumber]Hai Ychmatematik En Poon telah berhenti? Baru saja tegur I, berhenti pulak. Pelik! Harap-harap you jangan berhenti lepas ni. 13:05, 4 April 2006 (UTC)
Usaha sama untuk rencana Dao de jing
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, saya baru-baru menghabiskan penterjemahan sebuah rencana usaha sama dengan Polar dan Master2841, iaitu rencana Alexander Agung. Untuk usaha sama itu, saya akan khaskan kepada rencana-rencana dalam Wikipedia:Senarai artikel semua bahasa perlu ada saje.
Bilakah kita harus memulakan usaha sama kita untuk rencana-rencana "Dao de jing"? Mungkin anda boleh kemukakan rangka untuk usaha sama itu. — PM Poon 22:01, 6 April 2006 (UTC)
Rencana-rencana Dao De Jing
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, kita boleh mengarang rencana Dao De Jing secara am tetapi bagi saya, saya ingin menterjemahkan puisi-puisinya semata-mata untuk mengkajinya. Jika terdapatnya pembaca yang minat, okay... jika tidak pun tak apa. Seperti yang saya kata, tugas itu ialah untuk kegunaaan diri sendiri. Kelemahan saya adalah saya tidak faham akan bahasa Cina, hehehe. Oleh itu, kenalah cari seorang yang tahu bahasa Cina untuk membantu.
Hai Ychmatematik, saya telahpun menterjemahkan bahagian satu, iaitu "Pengenalan kepada Dao De Jing". Saya akan menulis bahagian dua selepas saya pergi ke luar bandar (jika pergi, hehehe).
Saya juga akan menterjemahkan persoalan-persoalan versi Dao De Jing dalam rencana sampingan. Sememangnya, minat kita tidak sama terhadapnya. Walaupun orang awam tidak perlu mengetahui tentang selok-belok versi-versi Dao De Jing, saya sebenarnya lebih minat pada hal itu, hehehe. Memang saya amat berbeza dengan orang ramai dari banyak segi. Sebab itulah terdapatnya banyak percanggahan pendapat sewaktu membincangkan sesuatu.
Saya memang minat mengenai SEGALA konsep Dao De Jing kerana buku itu sungguh pendek. Kalau ia mengandungi 5,000 halaman, berbanding 5,000 askara, memang saya tak nak tengoknya. Saya akan menulis versi pertama untuk Bahagian Dua secara am, dan selepas saya mengetahui isi kandungan Dao De Jing dengan lebih mendalam, saya akan mengemaskinikannya. Bagaimanapun, pengemaskinian akan memakan masa yang agak panjang (mungkin tidak jadi juga, hehehe) — PM Poon 18:17, 7 April 2006 (UTC)
Dao De Jing
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, bolehkah anda menukarkan ejaan nama Cina dalam rencana Dao De Jing ke sistem pinyin? Oleh sebab saya menterjemahkan sebahagian besar rencana itu daripada rencana Wikipedia Bahasa Inggeris yang mengamalkan sistem ejaan Wale-Giles, dan sebahagian lagi daripada sumber yang lain, terdapatnya ketidaktekalan ejaan. — PM Poon 14:02, 10 April 2006 (UTC)
sila melawat perbincangan I Bacabaca 07:48, 24 April 2006 (UTC)
Templat untuk pengguna baru dan pengguna tidak mendaftar
[sunting sumber]Saya telah mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang" dan mencipta templat baru untuk pengguna yang tidak mendaftar. Kini, kita cuma perlu menulis:
- ((sd}} untuk pengguna yang baru mendaftar; dan
- ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.
Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberi tanggapan bahawa pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)
Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:
- {{subst:sd}} ~~~~; dan
- {{subst:td}} ~~~~. — PM Poon 18:07, 12 Mei 2006 (UTC)
??! Salam berkenalan, saya Alistair. Laman pengguna anda mengatakan bahawa anda seorang yang meminati keinterlektualan. Baguslah begitu, saya pun sama. Sila tunjuk ajar.
??????????, ?????! ??, ??????,?????????????????????? Alistair ?????? 06:36, 20 Mei 2006 (UTC)
Salam Ychmatematik
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, Saya gembira melihat anda kembali aktif di sini kerana kebelakangan ini ramai yang berehat. Mungkin kerja terlalu kuat... Yosri 11:13, 24 Mei 2006 (UTC)
- Hai, saya pastinya ingin bersuai kenal. Cuma kadang-kala kerana masa yang terhad, lebih menumpu kepada menterjemahkan rencana. Sekarang ini saya menggunakan laman terjemahan yang agak bagus. Yosri 12:28, 24 Mei 2006 (UTC)
Garis panduan Wikipedia
[sunting sumber]Hai Ychmatematik, buat ape saje yang perlu. Saya cuma memberi pendapat saya sebagai seorang pengguna biasa. Jika anda telah mempertimbangkan alasan-alasan yang saya menimbulkan dan mendapati bahawa pendapat saya itu tidak sah, biarkan saje. — PM Poon 17:15, 30 Mei 2006 (UTC)
- ????????????????? ????? ??????? Alistair ?????? 20:53, 30 Mei 2006 (UTC)