Perbincangan pengguna:VoteITP
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu! |
---|
Salam sejahtera VoteITP! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu! Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:
Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan. |
Lihat Contesting Malayness: Malay identity across boundaries By Timothy P. Barnard. Yosri (bincang) 22:42, 21 April 2011 (UTC)
Melayu Minang
[sunting sumber]Salam, Melayu Minang itu memang benar-benar wujud dan asimilasi itu memang benar-benar berlaku, baca rujukan dari Ensiklopedia Etnografi Asia Tenggara di bawah. Maaf jika bertanya, anda ini orang Malaysia kah? Jelas kelihatan anda kurang memahami struktur masyarakat Melayu di Malaysia.
Semua keturunan Minang di semenanjung sudah lama mengidentifikasikan diri mereka sebagai "Melayu berketurunan Minang" atau "Melayu Minang", walaupun banyak aspek budaya minang masih dikekalkan, ciri-ciri budaya Melayu seperti bahasa, pakaian tradisi, makanan tradisi, sudah lama diserap oleh Melayu Minang, satu proses yang berlaku sejak zaman Kesultanan Melaka.
Oh ya, tindakan anda menukar nama subetniknya kepada "Melayu Negeri Sembilan" adalah kurang tepat, kerana konsentrasi masyarakat ini tidak hanya di Negeri Sembilan, tapi juga di sebahagian besar Selangor (terutamanya di daerah Semenyih, Hulu Langat dan Gombak) dan lain2 tempat di semenanjung.(Orhanghazi (bincang) 22:51, 24 April 2011 (UTC))
- Salam lagi
- Saya tidak pernah berniat menetapkan "batasan kebangsaan" di sini, tetapi seharusnya Wikipedia disunting oleh orang yang benar-benar arif tentang sesuatu perkara.
- Saya agak bingung di sini, sejak bila Minangkabau dirujuk sebagai "Melayu Minangkabau" di Indonesia sehingga ia menjadi hal yang sensitif?? Walaupun Minangkabau mungkin memiliki beberapa sub-suku seperti yang anda sebutkan, tapi bukankah taraf minangkabau itu sama dengan suku-suku lain di Indonesia? (seperti Suku Jawa, Bugis, Melayu), dan hanya dirujuk sebagai "Suku Minangkabau"/"Minang"/"Orang Padang" di Indonesia?
- Samada anda suka atau tidak, istilah "Melayu Minangkabau" itu wujud dan digunakan dengan meluas di Malaysia untuk merujuk kepada masyarakat Melayu berketurunan Minang, dan banyak sumber yang menyokongnya. Sementara istilah biasa di Indonesia hanyalah "Minangkabau"/"Minang"/"Orang Padang". Istilah anda, "Melayu Negeri Sembilan" seperti yang sudah saya jelaskan, adalah tidak tepat dan jarang digunakan. Perlu difahami yang negeri-negeri di Malaysia bukanlah seperti provinsi-provinsi di Indonesia yang dilakar selepas kewujudan Indonesia. Ada di antara negeri2 di Malaysia yang sudah wujud hampir 2000 tahun yang lalu seperti negeri Kedah. Jadi, istilah Melayu Pahang, Melayu Kelantan, Melayu Kedah itu bukan dicipta sewenang-wenangnya berdasarkan negeri tempat tinggal masyarakat Melayu, tapi kerana ciri-ciri budaya yang unik bagi setiap sub-suku melayu itu seperti Bahasa (dialek Pahang/dialek Kelantan/dialek Kedah), pakaian tradisi, makanan tradisi dsb yang jelas beragam.
- Agak aneh hal ini menjadi isu di sini kerana menurut pemahaman dan pengetahuan saya, orang Indonesia sendiri menganggap Suku Melayu dan Minang itu adalah dua suku yang berbeza.
- Saya tahu akan kewujudan Sub-Suku Malayu dalam masyarakat Minang. Namun tidak timbul soal istilah "Melayu Minang" ini boleh dikelirukan dengan sub-suku ini kerana sub-suku ini lebih tepat dirujuk sebagai "Suku Malayu (Minang)". Anda harus faham yang di luar Indonesia, "Melayu" itu bukan lagi sebuah kumpulan etnik atau suku biasa. Ia telah menjadi asas kepada nasionalime etnik di Malaysia dan Brunei. Bahkan identiti "Melayu" itu telah diangkat menjadi identiti nasional di Brunei dan Malaysia, berbeza dengan suku-suku lain di Nusantara.
- Berkenaan hal Melayu yang mana, Melayu yang dimaksudkan di sini sudah tentulah Melayu yang beragama Islam, yang budayanya diacu dengan nilai-nilai Islam. Identiti Melayu dengan Islam ini mula dibentuk dan didefinasikan oleh Kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu lain di semenanjung, Sumatera, bahkan di Borneo, dan ia berkekalan sehingga hari ini. Nilai-nilai Melayu ini juga diadaptasi oleh masyarakat Minang di semenanjung yang telah lama menjadi rakyat Kesultanan Melaka. Jadi proses asimilasi di sini bukan dengan Melayu dari zaman Hindu-Buddha, tapi dengan Melayu zaman Islam di semenanjung. Jika anda perhatikan, nilai-nilai Melayu tradisional masih berakar kuat di wilayah-wilayah yang pernah berada di bawah Empayar Melaka dan Johor di Indonesia, terutamanya di kepulauan Riau, Riau, dan bahagian lain di pantai timur Sumatera. Jelas sekali, ini bukan pengaruh dari Adityavarman, atau Majapahit.
- Saya faham yang rencana ini bukan hanya untuk Melayu Malaysia, kerana itu Melayu-Melayu dari wilayah lain juga tidak pernah diabaikan, dan ada dinyatakan. Namun istilah Melayu Minangkabau ini dengan jelas dinyatakan di sini hanya merujuk kepada orang Minang di Selangor dan N9 yang telah berasimilasi dengan Melayu. Oleh sebab itu kerajaan Pagarruyung yang didirikan Minang asli di Sumatera tidak dimasukkan. (Orhanghazi (bincang) 22:51, 24 April 2011 (UTC))