Perbincangan pengguna:Suparman
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu! |
---|
Salam sejahtera Suparman! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu! Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:
Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan. |
Welcome to the Malay Wikipedia! |
---|
The following are relevant wiki links for users based here mainly for InterWiki purposes.
See also our list of local administrators. Should you require any assistance here, you may contact me or any one of our ambassadors listed at our embassy. You may also leave a message there for the attention of the whole Malay Wikipedia community. Should the assistance you require be technical in nature, please leave a note with one of our administrators. To sign your message, please type four tildes (~~~~) after it if you are using your local Malay Wikipedia account, or the InterWiki link {{:[Wikipedia language code]: [Name of your page] | [Your personal ID] }}, followed by five tildes (~~~~~) to allow for the date to accompany your message if you are using your foreign Wikipedia account. It would be preferable if you could indicate which Wikipedia language version you are from (meaning the one you most regularly use) to simplify any referencing or liaison that may follow. Enjoy your stay here at the Malay Wikipedia. Cheers! |
—Arrazzaz, 02:00, 11 Mac 2009 (UTC)
Fakta
[sunting sumber]Sila masukkan rujukan sahih atau tuduhan dianggap fitnah dan akan dipadamkan. Yosri (bincang) 11:40, 12 Mac 2009 (UTC)
- Sia berikan rujukan sahih yang membuktikan tuduhan anda dalam tempoh 24 jam atau anda akan disekat kerana menabur fitnah pada rencana Mohd Ali bin Mohd Rustam. Ini merupakan amaran kedua dan terakhir. Yosri (bincang) 01:20, 19 Mac 2009 (UTC)
- Tuduhan tanpa rujukan akan diundurkan. Saya tidak akan memberi amaran lagi. ...Aurora... (b) 15:37, 25 Mac 2009 (UTC)
Saya ulangi kembali apa yg pernah saya sebut tahun lepas. Jika anda ingin suntingan anda kekal di Wikipedia ini, lebih baik anda patuhi perkara2 berikut:
- Bersifat ensiklopedia, bukan berita. 10 tahun dari sekarang, penting ke benda yg anda tulis tu?
- Neutral, bukan propaganda. Anda sering menuduh dan menceritakan keburukan orang Malaysia.
- Sertakan rujukan. Tanpa rujukan sahih, tulisan anda boleh dianggap fitnah. YouTube dan blog sendiri tak diterima.
- Gunakan bahasa Melayu. Jika anda ingin menulis dalam bahasa Indonesia, sila ke Wikipedia Bahasa Indonesia.
- Letak di bahagian yg sewajarnya. Bukan di bahagian atas rencana. Kalau tak tahu sangat, ikut kronologi. ...Aurora... (b) 14:15, 26 Mac 2009 (UTC)
Hak cipta
[sunting sumber]Tolong jangan letak bahan hak cipta (keratan akhbar), meskipun di laman perbincangan. Dan tolong jangan jadi troll. ...Aurora... (b) 15:35, 25 Mac 2009 (UTC)
Jangan melakukan suntingan bersifat berat sebelah
[sunting sumber]Suntingan anda di dalam rencana Kebebasan media di Malaysia sudah diundurkan semula ke versi sebelumnya kerana suntingan anda didapati dilakukan secara berat sebelah kerana marahkan tindakan oleh Barisan Nasional terhadap lawannya. Saya perlu mengingatkan saudara supaya tidak berat sebelah dalam suntingan saudara. Jika ada dakwaan seperti yang saudara nyatakan itu, sila kemukakan bukti berupa petikan dari sumber rujukan yang sahih dan tepat. Jangan terlalu mengikut emosi. Di samping itu, gaya penulisan juga perlu diubah bagi mengelakkan suntingan yang berat sebelah. - Hezery99 (bincang) 05:01, 31 Mac 2009 (UTC)
Sebenarnya saya yang berpendapat bahawa tindakan kerajaan begitu salah. Tetapi saya nampak cara anda menulis telah jelas menunjukkan pendapat anda yang berat sebelah, mungkin menimbulkan ketidakpusahatian pihak BN dan penyokongnya. --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 10:09, 31 Mac 2009 (UTC)
- Saya cukup terganggu dengan tag yg anda tulis pada bahagian ringkasan setiap kali anda membuat suntingan. Sekiranya anda ingin membuat ulasan politik, sila lawati blog2 yg berkenaan, dan bukannya di sini.Zamwan (bincang) 13:58, 31 Mac 2009 (UTC)
- Jika anda ingin terus menyunting di Wikipedia ini, lebih baik anda patuhi 5 perkara yg saya senaraikan di atas. ...Aurora... (b) 14:09, 31 Mac 2009 (UTC)
- Bukan saya seorang mengundurkan suntingan anda. Saya juga sudah nyatakan sebabnya. Kini terpulanglah kepada anda. ...Aurora... (b) 14:17, 31 Mac 2009 (UTC)
- Tiada masalah, boleh anda ikuti 5 panduan di atas? ...Aurora... (b) 14:28, 31 Mac 2009 (UTC)
Saya serta ahli-ahli Wikipedia Bahasa Melayu yang lain sememangnya sering merujuk kepada akhbar berhubung perkembangan semasa. Namun demikian, tidak bermakna saudara semestinya kena ikut gaya penulisan betul-betul sama macam dalam akhbar, memandangkan gaya penulisan akhbar itu sendiri ada kalanya bersifat berat sebelah. Sebab itulah saya sendiri pun tidak begitu percayakan akhbar sejak akhir-akhir ini. Kami tidak mahu gaya penulisan yang bersifat berat sebelah turut diamalkan dalam Wikipedia kerana ia boleh mengundang kepada pertikaian serta boleh mencetuskan pergaduhan dalam talian, sedangkan Wikipedia adalah sumber ilmiah dan bukannya medan pertempuran politik. Saya juga ada kalanya tidak bersetuju dengan beberapa tindakan kerajaan yang pada pendapat saya adalah salah, tetapi dalam masa yang sama saya perlu memastikan penulisan saya bersifat berkecuali dan saya tidak kisah apabila suntingan saya diperbetulkan jika ia mungkin bersifat berat sebelah. Oleh itu, sila pastikan penulisan saudara bersifat berkecuali dan tidak berat sebelah serta jangan cepat melenting apabila suntingan saudara disunting semula atau dicantas apabila ia berbaur berat sebelah. - Hezery99 (bincang)
Malaysia
[sunting sumber]Suntingan terbaru anda tidak memenuhi syarat yang telah dipersetujui dan telah diundurkan. Anda juga mungkin mahu membaca en:Wikipedia:Single-purpose account. ...Aurora... (b) 13:23, 3 April 2009 (UTC)
- Nampaknya anda masih berdegil dan sering melakukan suntingan yang memburuk-burukkan sesuatu negara atau kerajaan, terutamanya mengenai Malaysia. Sila patuhi peraturan-peraturan menyunting bagi mengelakkan anda daripada disekat. Saya tak akan ulang lagi amaran sebegini kepada anda selepas ini. - Hezery99 (bincang) 13:27, 3 April 2009 (UTC)
- Tiga shj? Lagi dua? Lihat saja suntingan anda diundurkan oleh Malekhanif dan Kamalzack, nasib baik dibetulkan oleh Yosri. Anda juga diberi amaran oleh Hezery99. Ini juga amaran terakhir saya. ...Aurora... (b) 14:33, 6 April 2009 (UTC)
Rujukan yang sahih
[sunting sumber]Jangan guna blog sebagai sumber rujukan kerana ia tidak diakui sah. Yosri (bincang) 04:38, 7 April 2009 (UTC)
- Jangan cuba menipu. Sekiranya sumber menyatakan tuduhan, jangan tukar kepada dilakukan. Ini perbuatan tidak beretika. Jangan masukkan pendapat peribadi seperti jijik, desperado. Tindakan yang berulang kali akan diambil tindakan tanpa amaran lanjut. Kami tidak perlu maklumat yang dipalsukan di sini. Yosri (bincang) 05:00, 7 April 2009 (UTC)
- Jangan juga bold keseluruhan perenggan. Patuhi format piwaian Wikipedia. Yosri (bincang) 05:01, 7 April 2009 (UTC)
Sekatan sementara
[sunting sumber]{{nyahsekat|sebab=Sebab anda di sini ~~~~}}
. Walau bagaimanapun, anda perlu membaca panduan untuk rayuan sekatan terlebih dahulu. Hezery99 (bincang) 06:15, 7 April 2009 (UTC)
Nampaknya anda masih berdegil dengan membuat suntingan bersifat berat sebelah serta menghina negara dan kerajaan tanpa bukti sahih walaupun sudah berkali-kali suntingan anda diundurkan serta sudah berkali-kali diberi amaran oleh para penyelia termasuk saya. Oleh itu saya terpaksa mengambil tindakan dengan menyekat akaun anda. - Hezery99 (bincang) 06:15, 7 April 2009 (UTC)
Re: Pakatan Rakyat
[sunting sumber]Memang ada masalah, sebab Pakatan Rakyat memang ada merangka barisan kabinet versi mereka sendiri iaitu kabinet bayangan. - Hezery99 (bincang) 04:26, 15 April 2009 (UTC)
Kabinet bayangan
[sunting sumber]Berita kabinet bayangan itu adalah berdasarkan berita di The Star, malah Detik Daily.
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/8/nation/20090408190036&sec=nation
- http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1182 Yosri (bincang) 04:29, 15 April 2009 (UTC)
- Suparman, anda tahu tak apa maksud Kabinet Bayangan? Ia bermaksud peranan berlawanan menteri sah yang diambil oleh parti lawan. Dengan kata lain, seorang "menteri" Kabinet Bayangan adalah pembangkang khusus untuk menteri tertentu sahaja. Kabinet bayangan juga ada di negara lain, dan amalan ini adalah biasa secara tak rasmi bagi mewujudkan suasana "check and balance" dalam kerajaan. Takkan itu pun tak tahu? Sumber yang disertakan oleh saudara Yosri adalah sumber yang memang sahih dan tak ada berat sebelah. Jika anda lakukan lagi perang suntingan, jangan terperanjat kalau kami mengambil tindakan menyekat anda secara kekal. - Hezery99 (bincang) 05:10, 15 April 2009 (UTC)
- Saya hanya memulih pemadaman nama yang saya anggap corengan. Sebelum pengunduran, pemeriksaan carian ringkas menunjukkan adanya berita kabinet bayangan oleh Anwar sendiri. Saya tidak membuat apa-apa dakwaan lebih dari itu selain menyatakan kabinet bayangan itu ada. Sila berikan rujukan sahih jika sebaliknya dan boleh kita betulkan bersama. Saya tidak tahu apa hal dengan kabinet bayangan ini dan mengapa ia menjadi isu, malah saya tidak berniat jahat ketika melakukan pengunduran itu. Jika anda boleh berikan rujukan penafian etc dsb.
- http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/12/mstar_berita/20090412160758&sec=mstar_berita 12 Mar 2009
- http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=13220&Itemid=50 11 Mar 2009
Yosri (bincang) 05:38, 15 April 2009 (UTC)
- Untuk mengelak kekeliruan, boleh anda jelaskan apa status sebenar kabinet bayangan ini, sudah jadi ke belum? Mungkin anda boleh tulis kabinet bayangan 2009. Sekarang saya lihat Anwar dakwa sudah sedia, ahli DAP dan PAS pulak cakap tidak ada, UMNO kata ada. Anda kata tak ada. Anda ke Anwar yang buat keputusan ini? Peninglah. Saya hanya mampu membuat penilaian ringkas mengenai sesuatu topik, tak mampu meneliti kesemua rencana. Sila berikan rujukan sahih bagi fakta rencana. Yosri (bincang) 05:45, 15 April 2009 (UTC)
Suparman, yang tak reti bahasa itu ialah anda sendiri. Kabinet bayangan memang wujud, dan sumber-sumber serta penerangan yang diberikan saudara Yosri itu sudah cukup untuk menerangkan segala-galanya. Kalau anda nak kata kononnya saya atau Yosri atau Aurora atau mana-mana saja penyelia mengundurkan suntingan ikut suka hati bapak kami sahaja, saya rasa lebih baik anda beliakkan kedua-dua biji mata anda dan baca baik-baik tulisan di laman utama yang mengatakan "suntingan yang tidak sesuai akan diundurkan, dan pesalah yang berulang boleh disekat." Lagipun, siapalah anda ataupun saya untuk menetapkan siapa pemimpin kabinet bayangan, itu semua bergantung kepada Anwar Ibrahim sendiri sebagai ketua Pakatan Rakyat. - Hezery99 (bincang) 06:00, 15 April 2009 (UTC)
Laku musnah
[sunting sumber]Tindakan anda meletakkan salinan berita dan bual kosong yang tidak ada kena mengena dengan Wikipedia dianggap sebagai laku musnah.
Ini merupakan amaran terakhir. Jika anda melaku musnah sekali lagi pada halaman, anda akan dihalang daripada menyunting di Wikipedia. ...Aurora... (b) 14:35, 11 Mei 2009 (UTC)
- Yosri tidak meletakkan salinan berita dan memulakan bual kosong. Anda yang buat dan saya dah beri amaran sebelum ini. ...Aurora... (b) 15:04, 11 Mei 2009 (UTC)
- Nak betul2 adil? Patutnya saya dah sekat anda awal2 kerana menggunakan pelbagai akaun dan mengelak sekatan dahulu. Tapi saya tidak berbuat begitu bukan? ...Aurora... (b) 15:14, 11 Mei 2009 (UTC)
- Anda ingin memohon menjadi penyelia tetapi pada masa yang sama anda menentang tindakan para penyelia sedia ada terhadap anda. Anda pernah mempunyai rekod disekat oleh saya, sering memutar-belitkan fakta dan melakukan perang suntingan, mencipta akaun-akaun boneka serta mempertikaikan tindakan para penyelia terhadap anda. Jika anda menjadi penyelia dalam keadaan anda yang sekarang, sudah tentulah anda akan menyalahgunakan kuasa anda dengan menghalalkan kesemua suntingan anda. Sebab itulah permohonan anda ditolak. - Hezery99 (bincang) 09:46, 13 Mei 2009 (UTC)
Tq
[sunting sumber]Timakacih Malekhanif (bincang) 22:40, 15 Mei 2009 (UTC)