Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Polar/Arkib2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama samaran

[sunting sumber]

Hai Polar, terima kasih kerana mengambil masa untuk memikirkan beberapa nama samaran untuk saya. Saya meminta maaf kerana tidak menjawab anda lebih dahulu, kerana kini, otak saya dipenuhi dengan penyelidikan terhadap Wikipedia, Jimmy Wales, dan lesen GNU.

Gagasan untuk memperoleh nama samaran yang berbau kewanitaan tertimbul sewaktu saya menghubungi beberapa pengguna dan langsung tidak terdapat sebarang balasan. Sewaktu itu, saya berfikir. Memang terdapatnya beberapa pengguna, umpamanya Cool Cat, di Wikipedia Bahasa Inggeris yang tidak hendak mengemukakan jantina mereka. Saya tidak tahu alasan mereka pada waktu itu. Saya cuma sedar sewaktu mencuba menghubungi beberapa pengguna dalam Wikipedia Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, saya pun telah fikir balik sewaktu hendak memilih nama baru. (Kan banyak U-turn kini? Otak memang dalam pergolakan.) Nama samaran berbau kewanitaan cuma akan menarik "pengguna-pengguna" yang bukan ikhlas nak menyumbang di portal ini. Mereka memang mempunyai niat yang lain. (Saya bukan bermaksud bahawa kesemua pengguna yang tidak menjawab mempunyai niat. Ada yang memang malas nak menjawab. Tetapi memang saya ada bukti terhadap beberapa orang untuk membuat tuduhan yang sebegini buruk dan hodoh, tetapi tak baguslah kalau saya mengemukakan nama mereka, hehehe.) Lagi baik jika mereka tidak membalas, kan? Tak perlu buang masa menjawab, hehehe — — PM Poon 12:54, 3 April 2006 (UTC)[balas]

Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada

[sunting sumber]

Hai Polar, saya telah curi tengok pesanan anda kepada Master2864. Bolehkah kita buat gotong royong. Memang semua rencana dalam Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada terdapat di Wikipedia Bahasa Inggeris. Kita cuma kena menterjemahkannya.

Oleh sebab penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi, saya akan buat draf terjemahan pertama dan kemudian, anda memperbaik tatabahasanya. Saya rasa istilah tidak menimbulkan masalah yang amat besar kerana saya sering menggunakan banyak kamus, hehehe.

Kalau anda sudi, pilihlah satu rencana daripada senarai itu dan beritahu saya. — PM Poon 02:31, 5 April 2006 (UTC)[balas]

Sepatutnya Master2841.... — Master2841 06:32, 5 April 2006 (UTC)[balas]

Alexander Agung

[sunting sumber]

Hai Polar, terima kasih atas teguran anda. Sebagaimana dengan bahasa Inggeris, memang kekadangnya terdapat gaya yang lebih sedap. Jika anda menemui keadaan tersebut, walaupun tatabahasanya tidak salah, jangan teragak-agak menukarkannya. Setiap perubahan anda dialu-alukan. Bagi saya, ia bukan suatu penghinaan, malahpun setiap perubahan merupakan satu pengetahuan bagi saya.

Saya akan membuat terjemahan pertama berdasarkan rencana dalam Wikipedia bahasa Inggeris dengan penyesuaian menurut budi bicara saya. Oleh sebab mereka mempunyai ramai pengguna, kekadangnya fakta-fakta ditambah sehingga rencana itu terlalu panjang serta aliran juga terjejas. Bagaimanapun, memang rencana mereka seringnya amat sempurna. Saya berasa sebuah rencana dalam talian tidak harus mengandungi lebih daripada empat skrin. Sewaktu rencana melebihi panjang itu, adalah baik jika kita fikirkan cara untuk memisahkan kandungannya.

Selepas saya membuat draf pertama, saya harap anda akan tidak teragak-agak mengubahnya mengikut budi bicara anda. Saya tidak kisah jika anda menyuntingnya sehingga versi pertama langsung tidak wujud lagi. Saya kekadang juga berbuat demikian untuk sebilangan terjemahan pengguna lain, hehehe. Bagi bahagian mengenai "Alexander Agung dan Iskandar Zulkarnain", anda boleh memulakan dalam halaman baru dahulu dan kemudian menggabungkannya dalam rencana utama, jika perlu, ataupun mencipta pautan dari rencana utama ke rencana itu. Tidak perlulah saya menunggu anda, dan anda menunggu saya kerana terdapat banyak lagi rencana yang kena dicipta, hehehe.

Usaha kerjasama ini merupakan usaha yang pertama dalam portal ini. Saya pernah mencadangkan usaha kerjasama untuk rencana tetapi tidak berhasil. Saya amat gembira dengan perkembangan ini.

(P/S: Hai Master2841, saya memang tahu anda akan curi tengok, hehehe. Pesanan ini juga untuk anda. Tidak perlu saya menulis dua kali, hehehe.) — PM Poon 03:39, 6 April 2006 (UTC)[balas]

Alexander Agung

[sunting sumber]

Hai Master2841, oleh sebab rencana Alexander Agung memang terlalu panjang, saya telah memindahkan perincian mengenai hidup peribadinya ke rencana Peribadi dan keseksualan Alexander Agung. Saya tidak akan menterjemahkan rencana ini. Selepas rencana "Alexander Agung", saya akan terus menterjemahkan Seribu satu malam. Master2841 amat minat dengan keseksualan Alexander. Entah mengapa, hehehe. Mungkin kita boleh memintainya membantu rencana sampingan itu.

Untuk rencana utama "Alexander Agung", saya juga akan membahagikan rencana itu menjadi dua, iaitu rencana utama dengan "Pencapaian Alexander Agung" selepas saya menghabiskannya. — PM Poon 04:22, 6 April 2006 (UTC)[balas]

Alexander Agung

[sunting sumber]

Hai Polar, saya mengamalkan "Budi Bicara Budaya Saya", hehehe.

Terjemahan Alexander Agung pun telah "siap", sekurang-kurangnya pada pendapat saya. Panjangnya melebihi sembilan (9) skrin. Bagi saya, ini sudah terlalu panjang, tetapi masih boleh diterima. Terjemahan itu meliputi segala pencapaian Alexander dari kelahiran sehingga kematiannya. Saya berasa ia agak menyeluruh.

Jika anda hendak menterjemahkan bahagian-bahagian yang saya telah tinggalkan, bolehkah anda memulakan rencana sampingan dan kemudian mencipta pautan dari rencana utama ke rencana sampingan. Jika anda hendak memendekkan rencana utama, saya berasa lagi bagus, tetapi JANGAN memanjangkannya lagi. Janganlah kita menyeksa pembaca kita, hehehe.

Terbanyak juga yang saya belajar sewaktu menterjemahkan rencana itu. Otak saya dalam pengolakan, hehehe. Umpamanya:

  • Perlukah kita memperdewakan Alexander Agung? Apakah bezanya antara Alexander dengan ketua-ketua samseng kongsi gelap Cina pada tahun 1960-an di Malaysia? Mengapakah kita tidak memperdewakan mereka, malahpun menggelarkan mereka itu "penjahat" yang harus dikarungkan dalam Zoo Negara, hehehe.
  • Beberapakah nisbahnya askar Alexander berbanding orang-orang yang ditakluknya? Mengapakah kesemua orang itu tidak dapat menewaskan Alexander, ataupun mengepungkannya dari semua arah dan kemudian membunuhnya? Mengapakah orang India tidak dapat menewaskan Alexander? Tak kan seseorang tak letih (walaupun diperbuat daripada besi; besi pun letih juga (metal fatigue)) sewaktu menunggang kuda (bukan menaiki kapal terbang MAS, hehehe) dari Macedonia ke India (walaupun bukan secara berterusan).
  • Adakah pencapaian Alexander bermakna dari segi kemanusiaan? Ya, memang beliau meninggalkan nama. Kalau peninggalan nama memerlukan pengorbanan beratus-ratus ribu orang, baik tinggalkan tahi saje seperti gajah! Ramai lagi orang yang boleh meninggalkan nama tanpa membunuh sesiapa, umpamanya ahli-ahli falsafah seperti Socrates, Aristotle, dan sebagainya, serta ahli-ahli sains seperti Galileo, Copernicus, dan Albert Einstein.
  • Adakah Alexander dapat menikmati pencapaiannya? Tak kan dia dapat menghabiskan 1% daripada kekayaan yang dirampasnya.
  • Kan Alexander seorang yang kejam, yang sudi membunuh orang yang pernah menyelamatkan nyawanya? Tetapi hatinya pun lembut. Sewaktu Hephaestion, teman yang rapatnya, mati, dia telah putus asa. Apakah pentingnya satu kematian kepada seorang yang sudi membunuh beratus-ratus ribu orang tanpa sedikit rasa? Kini, saya faham akan kenyataan, "Tangan yang mengayunkan buaian menakluk dunia", bukannya keunggulan angkatan tentera, hehehe. Saya juga faham akan apa yang Lao Tzu cuba mengatakan sewaktu saya menterjemahkan rencananya: "Kami bekerja dengan kelengkapan, tetapi kekosongan ialah yang kami menggunakan." Apakah itu kekosongan, ataupun "kosong"? Tak kan kosong berguna? Hmmmm.... kan lubang kosong? Kemungkinannya, Alexander terpijak lubang kot, hehehe. Oleh itu, orang Cina kuno berkata: "Wira boleh menewas segala rintangan, tetapi rintangan wanita amat susah ditewas."

Okaylaaa, sebagai orang tua, saya cuma nak menasihatkan anda supaya jangan saje baca fakta-fakta saje sewaktu membaca rencana Alexander Agung. Bacalah, secara kritis, antara garis-garis dan anda akan mendapat lebih maklumat, hehehe. Anda mungkin bertanya: "Kan antara garis-garis tu kosong saje?" Ya, tapi kan Lao Tze yang mengatakan kekosongan lebih berguna daripada nyah kekosongan, hehehe? Terdapat banyaknya pelajaran yang boleh dibelajari sewaktu membaca sesuatu rencana. Fakta-fakta itu tidak amat berguna, selain daripada merangsangkan pemikiran kita terhadap fenomena-fenomena di dalam dunia ini.

Saya akan menterjemahkan Seribu satu malam, mungkin besuk atau lusa. Saya hendak kembali ke rencana Lao Tzu sekejap, hehehe. — PM Poon 21:46, 6 April 2006 (UTC)[balas]

Hikayat Seribu Satu Malam

[sunting sumber]

Hai Polar, saya pun telah siap rencana Hikayat Seribu Satu Malam. Saya tidak bercadang nak menterjemahkan bahagian "Padanan" dan "Muzik" dalam rencananya di Wikipedia bahasa Inggeris kerana saya berpendapat ia tidak begitu mustahak. Jika anda rasa ia harus dimasukkan, anda boleh menyambungkannya.

Adakah anda tahu tentang "kesan Pareto", kekadang digelarkan "Peraturan 80-20"?

Adakah anda mempunyai rencana lain yang anda minat? hehehe. — PM Poon 04:37, 7 April 2006 (UTC)[balas]

Rencana Injil

[sunting sumber]

Hai Polar, pantasnya!! Saya memang nak memberikan pesanan kepada anda, tetapi agak panjang. Ini bukan pesanan yang dimaksudkan, hehehe. Saya akan menulis pesanan itu mungkin lewat hari. Kini, saya tengah menjelajah Wikipedia:Senarai rencana semua bahasa perlu ada untuk mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang rencana-rencana yang perlu diterjemahkan.

Saya nie memang angin kuat. Kini nak menumpukan masa saya bagi pengukuhan bahasa Melayu saya pulak. Oleh itu, saya akan menulis rencana-rencana tentang tatabahasa bahasa Melayu sebelum angin itu hilang, hehehe. Selepas anda memperbaiki mana-mana satu rencana yang diterjemahkan oleh saya (semua tulisan saya adalah terjemahan, hehehe... lebih pantas, kan nak siap cepat?), adalah baik untuk saya jika anda dapat meninggalkan saya satu pesanan pendek. Saya boleh tengok perubahan anda daripada sejarah rencana itu, namun anda tidak perlu membazirkan masa. Jika saya tidak faham mana-mana satu pembetulan, saya akan menulis pesanan kepada anda. — PM Poon 04:42, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Umur saya

[sunting sumber]

Hai Polar, umur saya sekarang ialah 17 tahun. Dan saya akan masuk umur 18 tahun pada 23 Oktober 2006. — Emrrans 08:14, 10 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, saya ingat anda hilang terus! Tetapi saya memang tahu bahawa anda kini tengah mengambil peperiksaan. Bolehkah modem diperbaiki? Bagi saya, baik buang saje, hehehe. Kos pembaikan biasanya terlalu tinggi berbandingkan pembelian baru. Kini, kita sudah menjadi seakan-akan masyarakat Amerika Syarikat. Harap kita tidak terpaksa membuang kereta nanti sewaktu kereta rosak, seumpama mereka!

Terkejut saya tadi sewaktu membaca buku bimbingan bahasa Melayu UPSR (hehehe...). Pada zaman dahulu, sewaktu saya bersekolah, "ramai" dikhaskan untuk manusia, dan "banyak" untuk nyah manusia saje. Sememangnya, peraturan ini mudah dan kemas. Tadi, saya mendapati bahawa "banyak" juga digunakan untuk manusia jika mereka dapat dihitung, iaitu tidak terlalu banyak seperti penduduk. Saya pandai-pandai "membetulkan" (tanpa tanda petikan ialah menyahbetulkan, hehehe) "kesilapan penggunaan perkataan banyak" dalam rencana pengguna lain!

Kesan Pareto

[sunting sumber]

Kesan Pareto adalah sebuah hukum yang amat praktis untuk penggunaan dalam hidup kita. Ia ditemui oleh Encik Pareto melalui pemerhatian fenomena-fenomena dalam dunia ini. Takrif Kesan Pareto ialah:

Dari segi statistik, bagi setiap populasi yang melebihi 30 unsur, sebahagian kecil daripada populasi itu akan memberikan sebahagian besar sumbangan untuk populasi itu. Dengan kata yang lain, konsep ini menegaskan konsep ketidakseimbangan yang sentiasa terdapat dalam fenomena-fenomena alam semula jadi kita.

Contoh:

  1. Di kebanyakan negara, kurang daripada 20% penduduknya akan memiliki lebih daripada 70% kekayaan negara ini, termasuknya negara Amerika Syarikat dan Malaysia. Oleh itu, ahli-ahli fikir seperti Karl Marx dan pengasas-pengasas negara komunis hendak mengimbangkan pengagihan kekayaan, dengan akibat kecelakaan. Konsep 50-50 memang tidak boleh wujud dalam dunia ini. Paul Getty, salah seorang Amerika Syarikat yang terkaya di dunia pernah mengatakan: "Tidak mungkin! Kalau sekarang, saya membahagikan sama-sama kekayaan saya antara setiap orang di dalam dunia, dalam beberapa saat saje, wang itu akan bertukar tangan dengan akibat, ketidakseimbangan masih akan kekal."
  2. Dalam mana-mana satu mesyuarat, 20% daripada peserta-pesertanya akan menyumbang sekurang-kurang 80% daripada jumlah cadangan dalam mesyuarat itu, manakala 80% daripada peserta-peserta itu akan menyumbang tak lebih daripada 20%. Sama juga, jika anda perlu membuat kerja kumpulan (group work) di dalam sekolah. Banyak ahli (bukan lagi ramai, hehehe) dalam kumpulan anda akan menjadi "pemalas" walaupun mereka memang rajin sewaktu tugas itu merupakan tugas persendirian. Keadaan ini sentiasa wujud di dalam syarikat-syarikat swasta atau jabatan kerajaan, hehehe.

Syarikat General Electric telah dikatakan merupakan syarikat yang pertama menggunakan Kesan Pareto itu pada lewat 1960-an (jika tarikh itu saya tak ingat salah). Mereka mempunyai lebih kurang 3,000 jenis bahan-bahan dalam gudang mereka. Untuk membuat pengiraan stok tahunan yang diwajibkan oleh kerajaan, mereka harus membuatnya dalam beberapa peringkat kerana jenis stoknya terlalu banyak. Cuba fikir, kalau mereka membuat sebulan sekali pun kena mengira 250 jenis setiap kali! Oleh itu, mereka membuat analisa dan mendapati bahawa 5% (iaitu cuma 60 jenis) daripada bilangan stoknya mempunyai nilai sebanyak 95% daripada kesemua stoknya. Dapatan ini menyebabkan kesedaran yang baru, serta penukaran kaedah pengiraan stok mereka. Mereka cuma menumpukan pengiraan yang tepat bagi 60 jenis bahan. Yang lain, seperti pelbagai skru dan dawai, mereka menyimpan dalam tong-tong yang besar dengan tanda-tanda untuk menunjukkan kuantiti yang kasar. Cuba fikir! Kan menjimatkan banyak wang dan masa? Kalau anda pernah buat pengiraan stok (stock check), anda memang tahu bagaimana leceh hendak membuat stock check. Stok kena "dibeku" dahulu; kalau tidak, kelam-kabut nanti.

Sesampai sini, saya harap anda sudah dapat sedikit sebanyak gambaran tentang Kesan Pareto, dan sedar mengapa Kesan Pareto juga digelarkan "Peraturan 80-20". Ia tidak harus merupakan "80%-20%", umpamanya dalam kes General Electric, ia adalah 95%-5%. Yang penting, konsep ini menonjolkan ketidakseimbangan.

Tetapi kesemua ini tidak mustahak. Yang penting adalah apakah kebaikannya untuk anda mengetahui pengetahuan ini? Bagaimanakah anda dapat menggunakan pengetahuan ini dalam hidup harian anda? Memang banyak! Umpamanya, kalau anda cuma hendak mendapat markah 80%, anda cuma kena belajar 20% daripada buku teks anda, hehehe. (Sememangnya, kalau anda hendak mendapat markah 100%, anda harus membaca 100%.)

Kini, kan anda sedar mengapa cuma 20% daripada pengguna Wikipedia Bahasa Melayu menyumbang 80% daripada kesemua suntingan dalam portal ini? Kalau kita hendak mencapai reputasi yang baik di kalangan pengunjung portal ini, kita hanya kena menumpukan masa pada 20% (ataupun kurang) daripada bilangan rencana dalam portal ini. Inilah sebabnya saya mencadangkan perkembangan rencana-rencana yang tertulis dalam Wikipedia:Senarai rencana semua bahasa perlu ada. Kita harus memilih tajuk rencana yang mustahak, bukannya mana-mana satu rencana. — PM Poon 16:47, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Tak marah :) Patutlah anda dapat templat ketagih wiki :) Jangan sampai gagal periksa sudahlah. ...Aurora... 08:59, 13 April 2006 (UTC)[balas]


Selamat berjaya dalam menempuh peperiksaan.. Yosri 10:03, 13 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, nasib baik anda tak bazir wang membeli modem baru! Untuk model Aztech, jika terdapat dua lampu di sebelah kiri, kemungkinan rosak adalah amat rendah. Saya memang gagal dalam percubaan menyelesaikan masalah (problem-solving skills) anda, hehehe.

Terima kasih atas penerangan anda yang amat mendalam terhadap penggunaan "banyak" dan "ramai". Saya masih keliru sewaktu merujuk kepada askar yang berperang. Sewaktu mereka beratur untuk berperang, kita menggunakan "banyak" kan? Tetapi sewaktu mereka kalah, dan melarikan diri, kita menggunakan "ramai" ke? Kini, cara berperang sudah bertukar, berbandingkan zaman Alexander dan Genghiz Kan. Kini, sewaktu berperang, musuh pun tak nampak, cuma tekan butang seperti permainan komputer, hehehe. Oleh itu, "ramai" digunakan untuk askar dahulu, "banyak" untuk askar sekarang, kan? hehehe.

Tengok ayat anda ini: "Kesan Pareto tu agak menarik kerana ianya suatu strategi yang timbal balik." Ada silap tak? Merujuk Awang Sariyan dalam bukunya, "Kunci Bahasa Malaysia":

Salah: Jikalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ianya akan lumpuh.
Betul: Jikalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ia akan lumpuh.
Nya merupakan bentuk singkat bagi kata ganti diri ketiga tunggal, sebagaimana juga ku untuk bentuk singkat kata ganti diri pertama aku dan mu untuk kamu. Sekiranya ianya boleh digunakan, secara perbandingan, bolehlah pula akukku dan kamumu digunakan sebagai bentuk kata ganti diri. Tetapi tatabahasa Melayu tidaklah mempunyai ketetapan sedemikian dan orang pun tidak pernah menggunakan bentuk tersebut.

Buku Target Formula Bestari UPSR Bahasa Malaysia oleh Penerbitan Sasbadi berkata dalam bab "Kesalahan Umum Tatabahasa"nya: Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya.

Tapi sewaktu saya bersekolah pada zaman dahulu, penggunaan ianya adalah amat popular. Nya menegaskan ia yang dimaksudkan dan bukannya ia yang lain, hehehe. Bolehlah kita menggunakan ianya dalam halaman perbualan, tapi janganlah menggunakannya dalam rencana utama. Kan kita nak menjadi portal yang piawai? hehehe... Tengok siapa yang cakap.... pengguna yang membuat "terpaling" banyak kesilapan, hehehe.

P/S: Janganlah menangis. Kan anda kini tahu akan "Kesan Pareto"? Sifar dalamkan (zero in) bahagian-bahagian yang penting saje. Sebenarnya, saya pernah menjadi pensyarah sampingan untuk kursus diploma. Kalau seseorang pelajar amat pandai, saya pun tak ade bola nak bagi dia 90%, hehehe. Namun, sasarkanlah 80% saje. Dengan ini, anda cuma kena membaca 20% daripada buku-buku anda. Kan senang? hehehe. — PM Poon 02:03, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Polar sila lihat Imej Perbualan:Pentagram.gif dan nyatakan pandangan anda di sana. — Master2841 07:27, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Saya tak pasti sama ada patut buang atau tidak takut pengguna itu marah walaupun saya sedih kerana perkara Black Metal tu masih ada lagi. Master2841 07:40, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Penggunaan ianya

[sunting sumber]

Hai Polar, saya juga suka menggunakan perkataan "ianya" kerana bunyinya lebih sedap. "Ia" macam tak lengkap, hehehe. Menurut Awang Sariyan, jika "ianya" dibenarkan, maka "akuku" dan "kamumu" juga harus dibenarkan. Saya tidak bersetuju kerana orang lain boleh menjadi anak Sultan, kenapa saya tak boleh, hehehe. Oleh itu, jika "ianya" dibenarkan, ini tidak bermakna bahawa "akuku" dan "kamumu" harus dibenarkan secara automatik.

Kini, banyak buku bahasa Melayu mengandungi sebuah bab atau bahagian yang bertajuk "Kesalahan Umum Tatabahasa". Saya berasa bahawa frasa "Kesalahan Umum" itu memang salah, hehehe. Mengapa? Bahasa dicipta untuk penggunaan manusia, bukan manusia dicipta untuk penggunaan bahasa. Kalau kesalahan itu memang umum, ia harus dianggap sebagai betul! Menurut perbendaharaan saya:

"Kesalahan" + "Umum" = "Betul"
"Kesalahan" + "PM Poon = "Salah"

Saya juga keliru terhadap penggunaan ganti nama untuk benda. Nampaknya tiada ganti nama untuknya. Buku tatabahasa mengatakan bahawa "ia", "mereka", dan "nya" hanya boleh digunakan untuk orang dan bukan untuk lain. Jika begitu, kan selalu kena mengulangkan nama benda itu. Saya selalu menghadapi masalah ayat yang terlalu panjang. Jika Dewan Bahasa boleh memperluas perbendaharaan melalui penciptaan perkataan baru berdasarkan bahasa Inggeris, mengapa mereka tidak boleh memperluas ganti nama supaya merangkumi semua benda? Buatlah peraturan baru supaya dapat menggunakanlah "dia" untuk manusia dan "ia" untuk monyet serta benda nyah hidup, ataupun mencipta perkataan baru untuknya berdasarkan "it". Umpamanya, terjemahan untuk "It was establshed in 1985". Jika "ia" tidak boleh digunakan, Dewan Bahasa harus membenarkan "it", iaitu "It diasaskan pada tahun 1985", hehehe. Kan penggunaan "it" tu selaras dengan sistem pembentukan kata pinjaman bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris, dan "they" tu, hmmmm.... "teh", hehehe. Oleh itu, "They are made from tea leaves" menjadi "Teh dibuat daripada daun teh," hehehe. Kan amat berlogik? Tak kan teh dibuat daripada daun lain, kan?

Lagi satu perkara ialah akronim. Mengapakah kita harus mengikut bahasa Inggeris menggunakan huruf pertama untuk akronim. Keadaan bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris tidak menggunakan imbuhan supaya hampir kesemua akronim mempunyai huruf "P" dan "K". Saya "mengesyorkan" penggunaan kata dasarnya. Umpamanya, akronim untuk "Pertubuhan Persatuan Pembebasan Patani" harus tidak dieja sebagai "PPPP" tetapi sebagai TSBP. Serupa juga dengan "Kaunter Kebudayaan & Kesenian" yang telah diberikan akronim "KKK". Kan "KBS" lagi baik? Oleh itu, "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu" harus dieja TBMS, bukan PKMB, hehehe. — PM Poon 08:35, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Wikipedia:Senarai artikel semua bahasa perlu ada

[sunting sumber]

Hai Polar, sebenarnya saya cuma hendak menyelidiki mana satu rencana yang boleh dikatakan siap dari segi panjangnya. Walaupun sebilangan pautan berwarna biru, rencana-rencana itu cuma mengandungi beberapa ayat, iaitu rencana stub. Jika terdapat kekeliruan, mungkin anda boleh menukarkan tanda-tanda kepada sistem yang tidak akan mengelirukan sesiapa. Bagaimanapun, jangan tulis "siap", kerana perkataan itu tidak berada dalam perbendaharaan wiki! hehehe — PM Poon 12:24, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Big Bang

[sunting sumber]

Hai Polar, terima kasih atas istilah yang tepat. Saya tembak saje kerana tidak dapat istilah itu dalam Dewan Bahasa. Tanpa Dewan Bahasa, saya memang sesat, tak amat berbeza dengan orang buta, hehehe. Adakah istilah untuk "World Wide Web" merupakan "Jaringan Sejagat"? Baru je nak log out, sebab dah lambat untuk janji temu. Nanti saya akan menjawab pesanan anda dengan lebih lanjut sewaktu saya balik ke rumah.

Bolehkah anda cuba membaca rencana Johann Wolfgang von Goethe yang saya baru siap semalam. Rencana itu memang susah untuk saya menterjemahkan. Menurut Kesan Pareto, saya tidak patut menterjemahkan rencana itu, kerana dalam masa yang digunakan untuk berbuat demikian, saya boleh menulis tiga buah rencana lain yang baru, hehehe. — PM Poon 04:58, 19 April 2006 (UTC)[balas]

Big Bang

[sunting sumber]

Hai Polar, pesanan ini cuma untuk berbual-bual saje. Nama "Big Bang" dalam bahasa Inggeris ialah nama sindiran yang diberikan oleh Sir Fred Hoyle untuk the "Great Explosion". Sebagai ateis, Hoyle tidak bersetuju dengan teori ini yang cenderung menyokong Genesis dalam agama Kristian.

Oleh sebab "Big Bang" cuma merupakan nama sindiran, maka saya cenderung berpendapat bahawa nama ini harus diterjemahkan secara harfiah. Jika kita merujuk kepada peristiwa itu, iaitu sebuah letupan yang amat besar, kita harus menamakannya "Letupan Agung" kerana tiada lagi satu letupan yang lebih besar daripada letupan itu.

Bagaimanapun, saya bukan ahli bahasa, hehehe. Tapi ahli bahasa pun boleh silap, kan? Dalam bahasa Inggeris juga terdapat banyak istilah yang dianggap salah (misnomer), tetapi sewaktu istilah itu telah menjadi perkataan biasa, perkataan itu diserapkan ke dalam perbendaharaan sebagai perkataan yang sah. Oleh itu, kalau "Letupan Besar" telah diterima sebagai terjemahan "Big Bang", saya berasa bahawa kita juga harus mengikut.

Saya menggunakan "Dentuman Besar" cuma kerana saya tidak dapat istilah itu daripada Kamus Dewan Bahasa. Bagi saya, penterjemahan yang salah, tetapi dapat difahami, adalah lebih baik daripada meninggalkan perkataan itu dalam bahasa Inggeris. Jika tidak, nanti menjadi tabiat saya sehingga separuh rencana tertinggal dalam bahasa Inggeris, hehehe.

Tetapi untuk "string theory", saya tidak berani menterjemahkannya sewaktu saya mendapati istilah itu tidak berada dalam Kamus Dewan. Saya pernah membacanya dalam "Cosmic Code" ataupun "Brief History in Time" tetapi dah terlupa konsepnya! Kalau saya membaca sekali lagi, saya akan cuba menterjemahannya melalui pemahaman apa yang dimaksudkan "string". Entah "teori rentetan" boleh digunakan atau tidak... ataupun cuma "teori tali"? Jangan sehingga "teori benang"! hehehe. Barangkali anda dah tahu istilah itu, kerana u nie ahli fizik... I nie cuma ali fizik saje, hehehe. — PM Poon 21:08, 19 April 2006 (UTC)[balas]

World Wide Web

[sunting sumber]

Hai Polar, mengikut Kamus Merriam-Webster, huraian untuk "World Wide Web" ialah "a part of the Internet designed to allow easier navigation of the network through the use of graphical user interfaces and hypertext links between different addresses". Oleh itu, penggunaan "jaringan" adalah tidak salah, kerana "web" dalam konteks ini memang bermaksud "jaringan". Kalau kita menterjemahkan "web" sebagai "sarang labah-labah" ataupun "selaput", memang itu salah! hehehe.

(P/S: Tentang "ganggu anda untuk keluar bertemu janji". Tak ganggulah! Kan saya yang buat pilihan untuk menjawab? Sebenarnya, saya hendak pergi menggunting rumput dulu sebelum pergi berjumpa doktor gigi. Menggunting rumput tak perlu temu janji kan? Cuma doktor gigi. Memang doktor itu amat sibuk, tak ada appointment, tak boleh jumpa pulak! Mungkin anda ingat saya tertulis salah. Apa nak kata lagi kalau rambut dah menjadi rumput? hehehe.) — PM Poon 21:25, 19 April 2006 (UTC)[balas]

Pembetulan tatabahasa dalam rencana "Johann Wolfgang von Goethe"

[sunting sumber]

Hai Polar, pembetulan anda yang menyeluruh untuk rencana "Johann Wolfgang von Goethe" merupakan satu peristiwa utama dalam sejarah saya di portal ini. Memang anda merupakan orang pertama yang sudi menolong saya. Saya pernah meminta pertolongan daripada beberapa pengguna yang lain, tetapi tiada seorang pun yang layan. Pendek kata, saya kena belanja anda makan laaaa, hehehe.

Pesanan untuk tatabahasa ini amat panjang, hehehe. Oleh itu, saya akan menangguhkannya dulu. Nanti anda pening. Kan dah ada dua pesanan yang lain? Saya memang panjang nafas. Dah tua, apa boleh bikin? hehehe — PM Poon 21:36, 19 April 2006 (UTC)[balas]

Teori-teori asal alam semesta

[sunting sumber]

Hai Polar, saya telah menentukan tujuh buah rencana untuk diterjemahkan. Kini, saya tengah menterjemahkan Sejarah teori Letupan Besar, iaitu rencana pertama. Anda boleh menterjemahkan yang lain, ataupun pilihlah rencana-rencana yang berkaitan dengan fizik kuantum supaya kita dapat mengumpulkan sebuah siri yang terbesar mengenai perkara itu dalam portal bahasa Melayu!

Bahasa Melayu

[sunting sumber]

Hai Polar, saya tak pernah dengar perkataan "alaf". Memang saya tertidur sewaktu peralihan alaf, hehehe.

Semua yang saya menulis adalah berdasarkan kamus Dewan Bahasa. Kalau perkataan itu tidak terdapat dalam kamus itu, saya sesat! (Kekadang saya mencipta istilah baru, jika terpaksa tapi jarang, sebab saya tak nak buat lagi banyak kesilapan. Kan kesilapan yang saya buat dah mencukupi? hehehe) Oleh sebab Dewan Bahasa tidak memberikan saya pilihan untuk istilah "millennium", saya terpaksa menggunakan milenium.

Kalau portal Dewan down, saya pun down juga. Beberapa minggu dahulu, selalu down. Oleh itu, saya tidak dapat menterjemahkan sebarang rencana. Saya menulis emel kepada Dewan dan marah mereka teruk-teruk. "Kenapa selalu down? Portal anda boleh digelarkan Portal Sakit Agung!" hehehe. Tak bayar, lagi nak cakap banyak, hehehe. Tapi berkesan! Kini jarang down!

Untuk bahasa Melayu, bukan saya nak menangguhkan disebabkan apa-apa. Kini, angin mari untuk rencana Big Bang. Kena tangkap angin itu sebelum angin itu pulang, hehehe. Bagaimanapun, pembetulan anda dah banyak, saya kena mengkaji dulu. Saya dah baca, ada sebahagian, saya faham, ada sebahagian, saya tidak faham. Oleh itu, kena tanya anda kemudian. Saya juga harap anda boleh tolong mengemaskinikan rencana Mark Twain, tapi jangan dulu. Saya hendak membuat pembetulan dulu sebelum anda menyemaknya.... kerana dah belajar sikit-sikit, bolehlah memperbaiki sedikit sebelum anda menyemak, hehehe.

Kenapakah rencana Mark Twain amat penting bagi saya? Sebab sewaktu saya tidak dapat mencari pengguna untuk menyemaknya, saya meminta dua orang Cina yang merupakan siswazah UUM untuk menolong saya. Selepas mereka membaca rencana itu, mereka memberitahu saya jangan buang masa lagi, sebab bahasa saya banyak teruk. Apa yang saya menulis, mereka tidak faham. Langsung tak boleh repair! Oleh itu, saya hilang keyakinan dan hendak berhenti.

Aurora baru saje menolong saya mengemaskinikan rencana Stephen Hawking. Banyak silap juga. Saya hendak mengkaji kedua-dua rencana itu, serta Mark Twain selepas anda menyemaknya. Saya rasa cukup untuk buat sementara. Tambahkan saya membaca buku-buku UPSR saya (hehehe), saya rasa boleh tahan buat masa ini. Anda pun sibuk, dan anda sudah banyak menolong. Nanti saya masuk tahap kedua, saya akan meminta pertolongan daripada anda lagi, hehehe. — PM Poon 09:43, 20 April 2006 (UTC)[balas]

Rencana-rencana kuantum fizik

[sunting sumber]

Hai Polar, jangan risau. Saya ni penulis rojak. Apa rencana pun saya gasak! Anda pilihlah rencana yang anda hendak menulis. Saya boleh menulis yang lain. Memang banyak rencana kuantum fizik yang boleh ditulis. Tak habislahhh. Bagilah saya daging, anda makan tulang... maksud saya, saya menulis rencana yang mudah, umpamanya, Pengenalan dan Sejarah. Konsep-konsep yang rumit, anda makan. Boleh tak? — PM Poon 09:50, 20 April 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Polar, saya akan meninggalkan rencana-rencana ini untuk anda:

Saya akan menterjemahkan:

Memang anda tak pernah membaca rencana yang saya menulis tentang Penjara Johor Bahru dan Hukuman merotan di Malaysia!. Rencana itu ditulis untuk Wikipedia Bahasa Inggeris pada 7 September 2005 sewaktu saya masih aktif di sana, dan kemudian diterjemahkan dalam bahasa Melayu untuk portal ini pada 8 September. Gambar-gambar canggih tak? Sebenarnya, Penjara Johor Bahru dan Hukuman merotan di Malaysia pada asalnya merupakan satu rencana. Sewaktu saya melihat Wikipedia bahasa Indonesia mengasingkannya menjadi dua rencana, saya mengikut sebab saya berasa itu adalah gagasan yang baik. Rencana itu tidak ada rujukan kerana saya melawat penjara itu dengan keluarga saya, dan kemudian menulisnya berdasarkan demonstrasi dan perbincangan dengan kakitangan-kakitangan. Sewaktu itu, penjara Johor Bahru baru dipindah ke Keluang. Kalau tidak, saya akan bertemu bual dengan banduan-banduan tentang penghidupan percuma mereka yang dibiayai oleh kerajaan.

Pada suatu masa, saya terdengar bahawa ada orang yang lebih suka tinggal di dalam berbanding di luar. Orang India itu akan mencuri ayam, dan sengaja mendedahkan diri supaya boleh masuk penjara. Sewaktu tempoh sampai untuk beliau (hehehe) keluar, dia membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh. Dia memberitahu pegawai-pegawai penjara bahawa dia akan curi ayam lagi kalau mereka tidak bagi, hehehe. Pegawai-pegawai mengatakan bahawa mereka tidak ada kuasa untuk melanjutkan tempoh, dan bersetuju bahawa cuma dengan membuat lagi satu jenayah kecil, bahawa mereka dapat menerimakannya semula, hehehe. Ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa dalam memang baik... kalau tidak, siapa nak melanjutkan tempoh, kan?

Walaupun Tambak Johor dekat sahaja daripada rumah saya, saya masih belum menangkap gambar tambak itu! Oleh itu, rencana Tambak Johor masih tiada gambar.

(P/S: Polar, saya tiada banyak perkara peribadi. Hari itu, perompak nampak saya pun lari. Buang masa, katanya, hehehe.) — PM Poon 10:56, 20 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang Emrrans

[sunting sumber]

Hai Polar. Ya, nampaknya dia amat kecewa dengan saya, hehehe. Bagaimana tentang peperiksaan anda? Kan tinggal seminggu lagi?

Saya telah mengemaskinikan rencana Mark Twain dengan sedaya upaya saya, hehehe. Perkara ini tidak urgent. Mungkin lebih baik anda mengemaskinikannya cuma selepas peperiksaan anda.

Portal Kamus Dewan Bahasa dah down sejak petang Khamis, dan saya turut down juga! Saya akan membeli kamus bercetak yang baik, supaya tak terlalu bergantung kepadanya. Memang portal itu tidak boleh diharap. Sekejap ada, sekejap tak ada. Dah empat hari down dah! Macam sebuah kereta buruk saje, tak tahu bila nak breakdown lagi, walaupun besuk up!

Kini cuma siap dua rencana kerelatifan, masih ada dua lagi, hehehe. Kalau portal Kamus Dewan Bahasa tak down, dah siap semua dah! — PM Poon 09:02, 24 April 2006 (UTC)[balas]

P/S: Kini tidak dapat menterjemahkan mana-mana satu rencana. Terpaksalah mengisikan klassifikasi pokok-pokok dalam jadual rencana masing-masing pulak! hehehe.

Rencana-rencana Mark Twain

[sunting sumber]

Hai Polar, terima kasih kerana mengemaskinikan kedua-dua rencana Mark Twain. Saya telah membaca pembetulan anda dan akan menyalinnya ke dalam wiki saya supaya dapat mengulang kaji, hehehe. Saya harap peperiksaan anda tidak tertimbul sebarang masalah.

Bagi kes Emrrans, memang aneh. Dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan... cuma berundur selepas menerima jawapan saya terhadap soalannya tentang umur saya. Saya tidak sedar apa yang dia tidak puas hati. Mungkin dia kecewa kerana saya terlalu tua, hehehe. Dia kemudian memulihkan halaman penggunanya dan saya memberitahunya bahawa jika dia tidak puas hati dengan saya, itu bukan alasan yang baik atau kukuh untuk mengundurkan diri. Kan masih ada anda, Master2841 dan Che#$%^%$$ di sini? Lagipun, sebagai seorang penyelia, dia juga harus berhubung dengan Yosri, sekurang-kurang sebagai tanda hormat. Kan Yosri dah senang-senang saje memberikannya jawatan penyelia, walaupun sebenarnya, dia masih terlalu baru di portal ini?

Kini dikatakannya dia nak memohon jawatan penyelia di Wikimedia Commons, serta nak mencipta Wikipedia bahasa Minangkabau. Saya cuma memberi pendapat saya yang jujur tentang kedua-dua hal itu saje. Tak kan saya nak membohongnya supaya dapat menggembirakannya? Selama-lama ini, saya memang tidak suka bohong. Oleh itu, banyak orang percaya akan saya kerana walaupun saya membuat kesilapan dalam syarikat dan boleh menyembunyikan kesilapan itu, saya tidak nak berbuat demikian. Kena marah, kena marahlaaaa, takpe. Tak kan satu kesilapan boleh menyebabkan pemecatan jawatan? — PM Poon

che jadi penyelia

[sunting sumber]

hai polar....terima kasih kerana menyokong saya menjadi penyelia....Ayuh kita mulakan sederap langkah...majukan wikipedia bm!! che 18:32, 25 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, saya dah membaca rencana anda dalam halaman pembikinan, walaupun belum diterbit, hehehe.

Saya juga kekadang nak muntah sewaktu menterjemahkan rencana daripada Wikipedia bahasa Inggeris yang sungguh panjang. Oleh itu, kalau tak boleh tahan, saya akan memindahkan sebahagian rencana keluar sewaktu saya siap menterjemahkannya. Apa yang tertinggal akan kelihatan semakin pendek. Kalau tidak, pengsan nanti, hehehe.

Dari mana datangnya "Three Mosquito"? Walaupun anda pernah dengar "Three Musketters", tetapi kini, musket memang tidak digunakan lagi. Kalau saya menulis "Three Pistols", nanti orang salah anggap saya cakap sesuatu yang tidak senonoh pulak, hehehe.

Peninggalan Emrrans amat sayang. Saya memang tidak faham mengapa boleh menjadi begini. Daripada beberapa pesanan terakhir yang dia menulis kepada saya, saya berpendapat bahawa dia amat gelisah dan ingin menghadapi cabaran yang lebih besar. Kemungkinan, pemberian jawatan penyelia yang mudah sahaja telah belakang api (backfire), hehehe. Apa yang diperoleh dengan mudah biasa tidak dihargai.

Kini, mungkin dia nak menumpukan masanya di Wikimedia Commons supaya dapat menjadi penyelia di sana. Saya telah memberitahunya bahawa bukan senang nak menjadi penyelia di sana kerana pesaingan amat hebat. Bagaimanapun, kini Wikipedia bahasa Melayu semakin mendapat lebih banyak pengguna yang kuat. Jangan cakap "Three Musketeers", kini kalau nak lima pun tak ada masalah, bukan seperti dulu, hehehe.

Saya masih mengharap-harapkan... ooophs, hehehe. Saya masih mengharapkan Emrrans akan kembali. Kalau saya tidak salah, dia mungkin akan balik pada suatu hari. Bak kata orang tua-tua, "Ikan pulang ke lubuk, belut pulang ke lumpur. Sirih pulang ke gagangnya, misai pulang ke bibir, hehehe. — PM Poon 19:27, 25 April 2006 (UTC)[balas]

Tiga Nyamuk

[sunting sumber]

Hai Polar, kan saya dah cakap? Tak payahlah takut tak dapat mencipta Tiga Nyamuk! Kan kini ada, ahem..., Munira? Tak perlulah Che lagi! — PM Poon 19:57, 26 April 2006 (UTC)[balas]

Perisian grafik

[sunting sumber]

Hai Polar, apakah jenis perisian yang anda menggunakan untuk grafik anda? Saya tengok askara anda dalam Imej:Pengembangan semesta.png memang canggih. Saya tidak dapat mencapai kualiti itu dengan Photoshop. — PM Poon 17:53, 27 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, mengapa anda mengatakan bahawa Imej:Pengembangan semesta.png anda tidak canggih. Saya telah mengkaji gambar itu. Teks dan garisnya sungguh terang, berbanding gambar rajah Imej:Coord1b.jpg saya. Mungkin ini disebabkan saya menggunakan format jpg dan bukan png atau gif.

Jangan belajar Photoshop! Nanti, anda bukan saje menjadi penagih Wikipedia, tetapi anda juga akan menjadi penagih Photoshop, hehehe. Habislah semua masa anda! Photoshop kini ialah perisian grafik yang terpaling baik sekali dalam pasaran. Ia memang tiada tandingan buat sementara untuk memperbaik gambar foto, tetapi keupayaan mengendalikan teks tidak kukuh (ataupun saya tidak pandai mengendalikan teks dengan perisian ini, hehehe).

Sebenarnya, saya dulu menghabiskan sebahagian besar masa saya di en:Wikipedia dan ms:Wikipedia untuk memperbaik gambar. Tetapi saya membuat satu kesilapan yang besar. Apa yang dilihat canggih di monitor saya tidak semestinya melihat canggih di monitor anda atau monitor pengguna lain. Ini disebabkan kita semua tidak menentukur (calibrate) monitor kita, hehehe. Saya baru sedar fakta itu sewaktu menukar monitor CRT saya ke monitor LCD. Terperanjat saya sewaktu saya melihat gambar Mark Twain saya... sehingga nak pengsan, hehehe. Mutu gambar yang kelihatan tiada tandingan di monitor lama saya kini melihat banyak teruk!

Polar, anda nak belajar Photoshop? Tiada masalah, saya memang boleh mengajar anda. Sebenarnya, anda harus belajar pengetahuan ini supaya anda boleh memperbaik gambar daripada kamera berdigit anda. Gambar yang ditangkap oleh kamera berdigit boleh dibuat canggih lagi dari segi terang dan kontrasnya. Umpamanya, sewaktu saya menangkap gambar itu, keadaan cahaya matahari tidak begitu baik. Tak kesah. Saya masuk Photoshop dan mencipta cahaya matahari saya, hehehe. Kekadang, sesuatu benda memburukkan gambar anda. Benda itu boleh dihapus, dan jika saya hendak Dr Mahathir berdiri bersama-sama saya, saya pun boleh menyuruh beliau berdiri rapat di sisi saya, hehehe. Tak percaya saya menyertai Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wakil Malaysia? Takde masalah, saya ada bukti! Baju kot George Bush canggih? Takde masalah juga, hehehe. Saya tidak perlu satu sen pun untuk memakai kotnya. Tak perlulah sewa, macam dulu. Kan banyak yang boleh dibuat?

Polar, saya memberikan anda dua tip dulu, jika anda memang nak belajar Photoshop:

  • Tutupkan semua panel di bahagian kanan: Antara muka Photoshop memang amat menakutkan, khususnya untuk pengguna baru (termasuk saya dulu). Itu adalah satu rintangan besar untuk pengguna baru, tetapi hal yang sama adalah yang menyebabkan perisian ini merupakan THE perisian grafik, hehehe. Semasa anda masuk Photoshop, anda memang berasa keliru sebab nampaknya, tiada tempat yang mencukupi untuk meletakkan gambar anda. Tiada masalah! Tutup semua panel di bahagian kanan, tetapi toobar di sebelah kiri kena dikekalkan, kerana sentiasa diguna. Panel-panel di kanan memang amat berguna tetapi tidak diperlukan pada tahap permulaan. Bila dah expert, anda memang akan membukanya secara automatik, walaupun tidak ditegur.
  • Pinjam buku Photoshop 7 for Dummies dari perpustakaan anda: Ini bukan sindiran. Memang semua pelajar baru ialah dummy, hehehe. Buku itu akan memberikan pengetahuan permulaan yang mencukupi. Saya dulu pun belajar berdasarkan buku itu, kerana ia menerangkan penggunaan alat, satu demi satu, secara sistematik. Jangan beli buku ini, jika boleh. Kini, buku terlalu mahal, hehehe. Lagipun, buku itu tidak perlu disimpan. Apabila dah tahu dasar-dasar Photoshop, buku itu tidak amat berguna lagi. Hmmm.... jangan kasi penerbit buku itu baca ayat ini, mampus saya nanti, hehehe.

Oleh sebab anda sudah tahu menggunakan perisian "Paint", menang tidak susah bagi anda membelajari Photoshop.

(P/S: Baru beberapa hari dahulu, Emrrans pun menegur saya mengarkibkan laman perbualan saya, tetapi sewaktu itu, saya nampak laman itu tidak begitu panjang. Saya akan buatnya pada 1 Mei kerana cuma tinggal 2-3 hari.) — PM Poon 06:19, 28 April 2006 (UTC)[balas]


Pembetulan: Photoshop boleh bikin teks! Saya baru mendapatinya daripada buku Photoshop 7 for Dummies yang kakak saya tolong saya meminjam daripada Perpustakaan Singapura. Saya tidak tekan butang "anti-alias" saje! — PM Poon 11:05, 28 April 2006 (UTC)[balas]

Terima Kasih

[sunting sumber]

Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Alistair 17:25, 30 April 2006 (UTC)[balas]

Wahhh, lu kasi Alistair tunjuk ajar, lu tak kasi saya tunjuk ajar. Tak nak kawan lu lagi lahhh! — PM Poon 18:30, 30 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Polar, beslaa lusa habis periksa. Harap awak berjaya dengan warna-warni yang menerbang, hehehe.

Hari tu, kamus Dewan down hampir lima hari. Sampai hari ini, masih belum dapat angin nak menterjemahkan rencana. Entah mengapa. Kalau tidak, rencana-rencana kerelatifan dah siap! Memang portal kamus Dewan tak boleh diharap, tetapi bagi saya, ia masih merupakan kamus dalam talian yang tiada tandingan.

Kini, terpaksa masuk Halaman Rawak dan membuat sedikit pengemaskinian, iaitu memasukkan kategori dan menyapu lantai :((   — PM Poon 18:58, 30 April 2006 (UTC)[balas]