Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan. Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Hai Matthew, imej yang anda muat turun amat sesuai untuk menjadikan imej portret kerana saiznya cukup besar. Bagi saya, imej muka lebih sesuai untuk ensiklopedia berbanding imej seluruh badan. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak suka, anda boleh mengembalikan imej anda. Tahu kan cara memulihnya?
(P/S: Kemungkinan, anda tidak dapat melihat suntingan saya kerana imej lama masih dalam cache komputer anda. Kalau begitu, anda boleh melihat suntingan saya di dalam rencana anda sekiranya anda menukarkan saiz imejnya. Contohnya, kalau anda menggunakan lebar 200px, anda cuma perlu menukarkan menjadi 199px ataupun 201px untuk melihat perubahan. Tidak payahlah menukarkan saiz gambar secara drastik supaya anda masih boleh melihat imej baru dengan saiz yang hampir sama dengan saiz yang anda telah memilih.) — PM Poon16:54, 16 Januari 2006 (UTC)[balas]
Hai Matt, imej baru yang anda muat naik lagi canggih. Kesilapan saya kerana saya "overworked" gambar tersebut dengan menggunakan ciri "Stylized" yang sepatutnya tidak perlu diguna. Apakah perisian yang anda mengguna?
Saya mencipta kategori "Rakyat Malaysia" sewaktu saya masih belum faham akan selok-belok penggunaan kategori. Sebenarnya, ia tidak patut digunakan sebagai kategori dalam rencana, tetapi dalam halaman "Kategori: Ahli politik Malaysia" seperti berikut:
Di bawah halaman "Kategori: Ahli politik Malaysia", masukkan kategori seperti berikut:
[[Kategori: Ahli politik]]
[[Kategori: Rakyat Malaysia]]
Akan tetapi pada masa ini, saya berasa kategori "Rakyat Malaysia" tidak perlu diguna juga. Saya cenderung kepada:
[[Kategori: Ahli politik]]
[[Kategori: Malaysia]].
Walau bagaimanapun, saya masih tidak pasti mana yang lebih bagus kerana saya tidak tahu adanya berapa subkategori dalam kategori "Malaysia" pada masa akan datang. Kalau terdapat banyak subkategori, memang penggunaan "Rakyat Malaysia" lagi bagus. Sebaliknya, kalau tidak terdapat banyak subkategori, lebih baik kita cuma menggunakan kategori "Malaysia" sahaja. — PM Poon02:52, 17 Januari 2006 (UTC)[balas]
Hai Matt, sebenarnya saya sengaja 'mentuakan' gambar itu kerana ia merupakan gambar hitam-putih. Ini adalah cara yang saya mempelajari. Bagaimanapun, gambar anda kelihatan lebih selesa.
Anda mengatakan: Tunku Abdul Rahman misalnya, diletakkan di dalam kategori 'Perdana Menteri Malaysia', 'Sejarah Malaysia', 'Ahli Politik Malaysia' dan 'Kerabat di-Raja Malaysia'.
Sejauh yang saya tahu, ini bukan sistem yang disyorkan oleh en:Wikipedia. Kini, mereka tengah mengemaskinikan kategori mereka kerana dah amat keliru. Konsep terkini ialah lagi kurang kategori, lagi bagus!
Peraturannya adalah seperti berikut: Jika kategori-kategori merupakan hierarki yang sama, cuma subkategori yang terperinci digunakan. Ini disebabkan kategori tahap terperinci akan dijadikan subkategori tahap yang lebih tinggi, dan sebagainya.
Bagi saya, hierarki untuk "Perdana Menteri Malaysia" serta "Ahli Politik Malaysia" adalah seperti berikut:
Malaysia
|
_______________________|______________________
| | | |
Sultan Ahli politik Ahli muzik Ahli sukan
Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia
|
|
________________|__________________________
| | | |
| | | |
Perdana Menteri Menteri Ahli politik dll
Malaysia Malaysia pembangkang
| Malaysia
_____________|____________
| |
| |
Menteri Besar Menteri Persekutuan
Malaysia Malaysia
Untuk rencana "Tunku Abdul Rahman", tidaklah perlu adanya kategori "Sejarah" bagi rencana orang. Bagi saya, "Sejarah" merujuk kepada peristiwa dan bukannya orang, umpamanya "Kemerdekaan Malaysia", "Penubuhan Persekutan Malaysia", "Pilihan raya umum 2004", dan sebagainya.
Kategori "Kerabat di-Raja Malaysia" pun tidak mustahak. Yang mustahak cuma Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan. Kita mesti mengehadkan kategori kerana kalau tidak, kategori Tun Razak akan mengandungi:
Perdana Menteri Malaysia
Presiden UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Menteri Pertahanan
Menteri Pelajaran
Kelahiran 1922
Kematian 1976
Orang Islam
Mangsa kanser, dan sebagainya.
Matt, anda khuatir bahawa pada masa hadapan, terdapat banyak rencana di kategori Malaysia. Sebenarnya halaman Malaysia akan mempunyai subkategori sahaja (serta beberapa rencana yang tidak mempunyai subkategori). Tambahan pula, kalau kategori "Ahli politik Malaysia" hendak dijadikan subkategori bagi kategori "Rakyat Malaysia" pada masa akan datang, senang sahaja. Cuma dikehendaki menukarkan satu halaman kategori "Ahli politik Malaysia" sahaja. Tak susah pun!
(P/S: Saya juga telah mengeluarkan kategori "Kelahiran" dan "Kematian" kerana ini dapat diperlihatkan dari rencana tarikh.) — PM Poon22:46, 17 Januari 2006 (UTC)[balas]
Hai Matt, sewaktu saya membuat "templat babel", saya mendapati bahawa saya kena menyimpan semula halaman-halaman pengguna untuk pengguna yang telah memasukkan templat itu sebelum saya membuatnya. Kalau tidak, nama pengguna tidak akan tersusun dalam halaman kategori pengguna. Saya tidak dapat mengetahui alasannya. Memang sejak semalam tadi dah cuba membetulkan masalah. Cuma melalui percubaan "trial and error" baru dapat membetulkan "kesilapan" tersebut tadi.
Sewaktu mencapai halaman pengguna anda, saya mendapati bahawa saya boleh membantu mengemaskan jadual anda. Oleh sebab itu, saya telah membuatnya tanpa bertanya anda lebih dahulu. Bagaimanapun, jika anda tidak suka penyampaian terkini, kembalikan sahaja ke versi yang lama. — PM Poon11:30, 24 Januari 2006 (UTC)[balas]
Pasukan pembangun di Wikimedia sedang membuat beberapa perubahan kepada cara akaun berfungsi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan alat-alat baru dan lebih baik untuk pengguna kami seperti pemberitahuan silang-wiki. Perubahan ini bererti anda mempunyai nama akaun yang sama di mana-mana. Ia akan membolehkan kami memberikan anda ciri-ciri baru yang akan membantu anda menyunting dan berbincang dengan lebih baik, dan membolehkan kebenaran penggunaan alat yang lebih fleksibel. Salah satu kesan sampingannya adalah akaun pengguna kini perlu menjadi unik di semua 900 wiki Wikimedia. Lihat pengumuman untuk maklumat lanjut.
Malangnya, akaun anda bertembung dengan akaun lain yang juga bernama Matthew A. Lockhart. Untuk memastikan bahawa kedua-dua anda boleh menggunakan wiki Wikimedia pada masa akan datang, kami akan menamakan semula akaun anda kepada Matthew A. Lockhart~mswiki. Akaun anda akan dinamakan semula pada April 2015, bersama-sama dengan akaun orang lain.
Akaun anda akan tetap berfungsi seperti sebelum ini, dan anda akan dikreditkan untuk semua suntingan yang anda lakukan setakat ini, tetapi anda perlu menggunakan nama akaun baru apabila anda log masuk. Jika anda tidak suka nama pengguna baru anda, anda boleh meminta akaun anda dinamakan semula menggunakan borang ini.
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian. Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi) Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Buat masa ini, terdapat 24 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian. Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi) Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Buat masa ini, terdapat 24 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.
Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.
Anda sudah terlepas untuk mengundi? Anda boleh mendapat kemaskini terbaru melalui senarai pantau anda. Anda hanya perlu klik butang "(Masukkan ke senarai pantau saya)".
Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk bulan Disember 2017:
Untuk mengundi, anda hanya perlu meletakkan *{{Undi|v}} ~~~~ atau *{{Undi|x}} ~~~~ pada bahagian undian.
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Tekan gambar untuk ke bahagian mengundi. Gambar yang sudah ditutup undian, pautan akan memaut ke laman rencana tajuk gambar tersebut.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Rencana Pilihan sebelum ini adalah Lie Kim Hok. Berikut adalah calon rencana pilihan bagi bulan Disember 2017:
Anda boleh mula mencalonkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2017 bagi pencalonan bulan Januari 2018. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain jika ada.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Anda juga boleh mencalonkan terus ke Rencana Baik tanpa melalui Rencana Pilihan. Berikut adalah rencana baik yang boleh di undi:
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Ruangan Tahukah anda? di Laman Utama memaparkan beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Fakta-fakta berikut akan dipaparkan secara rawak pada setiap masa berdasarkan:
berita semasa
pengetahuan am
rencana terbaru Wikipedia
Jika anda ada sebarang cadangan info yang boleh dikongsi; anda boleh membantu kami dengan mencadangkan atau menyumbang terus ke dalam paparan automatik kami. Baca dahulu peraturan sebelum menyumbang.
Berita ini akan diberikan kepada semua ahli aktif di WBM secara automatik. Jika anda tidak mahu mendapat langganan berita ini, anda boleh menyahlanggan berita ini di sini SNN9508:16, 1 April 2017 (UTC)[balas]
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian. Minggu 16 (Tekan gambar untuk mengundi)Minggu 17 (Tekan gambar untuk mengundi) Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan April, rencana We Can Do It! telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan Mei 2017:
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 23 April 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan. Tiada pencalonan setakat ini. Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang·sumbangan·log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
Pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang meraikannya. Sila amalkan penjarakan sosial dan kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit Covid-19. Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan memberi semangat yang tinggi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu! Terima kasih.
Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia
Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
Hai NAMA PESERTA! Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti cabaran #100hariwiki.
Cipta rencana baru setiap hari selama 100 hari berturut-turut dari 15 Januari 2023 hingga 25 April 2023 dan menangi biasiswa perjalanan penuh ke persidangan antarabangsa Wikimania 2023 di Singapura!
Wikipediawan yang berjaya melengkapkan cabaran akan mendapat beg cenderamata daripada Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia!
Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 2 orang penyelia oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini iaitu Kurniasan dan Azuru79 melebih 3 bulan tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah.
Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu: