Perbincangan pengguna:Irsyadhilman
Selamat datang ke Wikipedia, Irsyadhilman!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Selamat menyunting!
[sunting sumber]Terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi sumbangan kepada Wikipedia bahasa Melayu. Saudara boleh menghubungi saya atau mana-mana penyunying atau penyelia jikalau ada masalah. --Malaysiaboy (bincang) 07:47, 14 Februari 2018 (UTC)
Balas:Persoalan
[sunting sumber]Hai. Usah segan menanya. Saya tidak sibuk sangat pun.
- Saya rasa lagi senang berhubung di sini berbanding di Reddit.
- Bilik perbincangan untuk Wikipedia bahasa Melayu di Kedai Kopi. Sebarang kemusykilan boleh ditujukan untuk semua pengguna di sini berpeluang menjawabnya.
- Saudara boleh menjejak perubahan sesebuah laman melalui 'Senarai pantau' (Watchlist) di sebelah kanan atas. Untuk menambah rencana ke dalam senarai pantau ini, klik butang Bintang di sebelah butan 'Lihat sejarah' (View history). Sebarang perubahan berlaku akan terpapar di Senarai pantau.
- Sesiapa yang pernah membuat perubahan di sini dikira penyunting. Namun, 26 Ramadan dan saya merupakan salah satu penyelia (administrator) di Wikipedia bahasa Melayu (WBM). Memang baik rasanya apabila seseorang menghargai sumbangan kita. Berikut senarai penyelia WBM: Wikipedia:Penyelia/Senarai penyelia.
Memandangkan kita di Wikipedia bahasa Melayu, berbicaralah dalam bahasa Melayu, melainkan anda pengguna asing (orang di luar Alam Melayu pun pernah giat menyunting di sini). Kalau saudara mahu teruskan guna bahasa Inggeris, sapa saja saya di Reddit. Saya sekarang sedang mengusahakan tutorial interaktif untuk orang baru di Wikipedia. Belum siap lagi tapi boleh lihat di WP:KW. PS. Saya telah ubah nama pengguna saya dari Malaysiaboy ke Tofeike. --Tofeiku (bincang) 11:19, 15 Februari 2018 (UTC)
Terima kasih saudara Tofeiku atas jawapan-jawapan saudara. Saya berasa kagum melihat senarai-senarai penyelia yang bekerjasama dalam menghasilkan lebih banyak terjemahan dalam Wikipedia Bahasa Melayu di sini.
Saya berharap dapat belajar lebih banyak dan berkenalan dengan lebih rapat bersama saudara dan para penyelia lain dalam Wikipedia BM ini.
Di akhir persuratan ini, izinkan saya menyelit sebuah pantun yang tidak asing bagi masyarakat kita: Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.
Terima kasih, dan semoga menjalani hari yang baik. :)
sunting: saudara dapat maklum balas ini? atau patutkah saya membalas dengan menulis di atas talkpage saudara? maaf, baru nak berkenalan dengan sistem talk page ni. Irsyadhilman (bincang) 12:47, 15 Februari 2018 (UTC)
- Oh ya ada satu lagi. Kalau balas pesanan, bubuhkan
{{@}}
. Contohnya, @Tofeiku:. Ini supaya orang itu diberi peringatan pesanannya telah dibalas. dan setiap kali membalas, letak : dahulu. Orang seterusnya yang membalas akan letak ::, dan seterusnya. --Tofeiku (bincang) 13:05, 15 Februari 2018 (UTC)
- Oh ya ada satu lagi. Kalau balas pesanan, bubuhkan
- @Tofeiku: cubaan membuat secara betul. sunting: baik, dah dapat! terima kasih daun keladi Irsyadhilman (bincang) 13:14, 15 Februari 2018 (UTC) soalan: apakar peranan suntingan kecil di bawah? saya rasa saya faham mengenai 'pantau laman ini'
- Suntingan kecil itu untuk menandakan perubahan kecil telah dibuat. Ini memudahkan para penyunting lain mengetahui suntingan anda yang telah dilakukan itu sekadar minor changes. Ia akan dipapar di Lihat sejarah. --Tofeiku (bincang) 13:19, 15 Februari 2018 (UTC)
- Setakat ini, suntingan saudara baik tetapi terlalu banyak pautan merah. Contoh yang saya dapat lihat, saudara terjemahkan Western world kepada Negara-negara barat. Apabila saudara tekan Western world di Wikipedia bahasa Inggeris, saudara boleh nampak Western world dipautkan dengan Dunia Barat dalam bahasa Melayu. Jadi gunakanlah itu. --Tofeiku (bincang) 14:07, 15 Februari 2018 (UTC)
- Baiklah saudara @Tofeiku:. Saya akui saya menterjemahkan tanpa melihat pautan yang sudah terdapat artikel tersendiri dalam BM. Saya akan proofread semula pautan-pautan merah yang terdapat dalam artikel saya setelah saya selesai menterjemahkan seluruh artikel ini. Terima kasih saudara kerana sudi menyelia kerja pertama saya. :) Irsyadhilman (bincang) 14:22, 15 Februari 2018 (UTC)
- Wikipedia bahasa Melayu menggunakan istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh rujuk di sini. Kami para ahli Wikipedia bahasa Melayu sentiasa guna DBP sebagai rujukan. Setiap kali bertemu dengan istilah sesuatu bidang, silalah lawat laman web itu untuk mengesahkan terjemahan. --Tofeiku (bincang) 14:51, 15 Februari 2018 (UTC)
Selamat datang ke Kembara Wikipedia!
[sunting sumber]- Hai KW! Kami amat teruja yang anda ingin main untuk belajar, sebagai cara yang mesra dan seronok untuk masuk ke dalam masyarakat dan misi kami. Saya rasa pautan ini amat berguna untuk anda bermula.
-- 06:15, Khamis Februari 15, 2018 (UTC)
Misi 1 | Misi 2 | Misi 3 | Misi 4 | Misi 5 | Misi 6 | Misi 7 |
Ucap Helo kepada Dunia | Jemputan ke Bumi | Perubahan Kecil, Besar Impaknya | Sudut Pandangan Berkecuali | Selubung Ketentusahan | Tatatertib | Nampak Baik Bersama |