Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Ezza3006

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

--Aplikasi-Bot (bincang) 07:58, 6 Disember 2011 (UTC)[balas]

Amalan Gaya Hidup Sihat

[sunting sumber]

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impakpositif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Komponen Gaya Hidup Sihat

[sunting sumber]
 * Makan Makanan Yang Seimbang
 * Mendapat Rehat Yang Cukup
 * Menjaga Kebersihan 
 * Bersenaman
 * Tidak salah menggunakan bahan

Makan Makanan Yang Seimbang

[sunting sumber]

Seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilanmakanan berlemak atau pun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodiumglutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung,darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

Tidak Salah Menggunakan Bahan

[sunting sumber]

Hindari tabiat yang sia-sia seperti :

 * Pengambilan Dadah
 * Meminum Alkohol
 * Pengambilan Candu atau narkotik dan tar
 * Menghidu gam

Menjaga Kebersihan

[sunting sumber]

Seseorang itu perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budayamendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atautempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dangaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkanmengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.

Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah sepertipelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

Bersenam

[sunting sumber]

Aktiviti senaman yang ber mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Seseorang itu perlulah melakukan senaman secara berkala. Melakukan senaman di antara 20 hingga 30 minit setiap senaman. Dalam seminggu kita haruslah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu, atau hujung minggu bersenamlah bersama keluarga.

Dapat Rehat Yang Cukup

[sunting sumber]

Mendapatkan rehat yang cukup amat penting bagi diri seseorang. Apabila dapat rehat yang secukupnye, ia dapat mengurangkn stress atau tekanan pada diri seseorang.Selain itu, dapat memulihkan tenaga kembali,serta melegakan fikiran dan bersedia dengan aktiviti selanjutnya.

Kesimpulan

[sunting sumber]

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masihmemandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalahkesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya