Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Didie/Arkib4

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Late thank

Terima kasih atas pingat yg anda berikan kpd saya! --Edmund The King of The Woods! 05:07, 28 September 2007 (UTC)[balas]

Maaf kerana lewat emngucapkan terima kasih atas pingat yang telah anda berikan. Saya berjanji akan membantu mengembangkan Wikipedia dengan sedaya upaya. Buat masa sekarang, saya agak sibuk. Oleh itu, saya berharap anda tidak tertanya-tanya mengapa saya tidak lagi menyunting dengan giat dalam menyiapkan WikiProjek Kualiti Proejk. ---MSWiki 06:10, 28 September 2007 (UTC)--[balas]

Kategori

Hai Didie, harap bila anda cipta kategori baru, anda dapat letakkan interwiki dan kategori sekali. Terima kasih.

Memandangkan Wikipedia sudah mempunyai ramai 'bot' yang aktif. Saya rasa bot-bot itu akan melaksanakan tugas mereka iaitu meletakkan pautan interwiki ke semua rencana, adakalanya kategori. Jadi, saya rasa sudah tak perlu untuk saya fikirkan hal itu lagi. Berkenaan kategori, saya akan laksanakan nanti. Akhir sekali, tolong tandatangani pertanyaan anda ye. — Didie 09:35, 28 September 2007 (UTC)[balas]

Senarai ahli Wikipedia

Saya rasa anda tak perlu letak pengguna-pengguna robot ke dlm senarai sebegitu, seperti yg anda buat dlm Wikipedia:Ahli Wikipedia/Jerman. Itu bukan manusia, buat apa nak letak namanya!? --Edmund The King of The Woods! 07:52, 29 September 2007 (UTC)[balas]

Tahniah kepada anda, saudara Didie, kerana dianugerahkan sebagai pengguna yang ketagih wiki

Hai Sheikh Didie, tahniah kepada anda, kerana mendapat anugerah sebagai pengguna yang ketagih wiki, sila lihat laman pengguna anda :) — Imran Al-Sahih 10:57, 29 September 2007 (UTC)[balas]

Selamat berpuasa dan hari raya, maaf zahir dan batin

Hai Sheikh Didie, selamat berpuasa dan hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga anda sentiasa dicucuri berkat. — Imran Al-Sahih 13:01, 29 September 2007 (UTC)[balas]

Sekat

Apa salahnya nama "Ampunk rock"? ...Aurora... 14:26, 2 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Mungkin bunyi nama pengguna itu agak janggal bagi saya. Tapi itu pendapat saya. Jika anda hendak nyahsekat pengguna itu, tiada halangan untuk anda berbuat begitu. — Didie 07:59, 3 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Pemilihan logo untuk Wikiprojek Kualiti Rencana

Anda diminta untuk memberikan pandangan dan cadangan anda tentang pemilihan logo untuk WikiProjek Kualiti Rencana. Lihat laman ini Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana Harap maklum. ---MSWiki 08:50, 4 Oktober 2007 (UTC)---[balas]

Terima kasih atas undian anda. MSWiki 05:54, 5 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih

Didie, saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepadamu kerana memberikan barnstar itu kepada saya. Barnstar itu sememangnya memberikan motivasi kepada saya untuk terus memberikan sumbangan kepada Wikipedia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Acs4b 02:41, 21 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama. Terima kasih juga kerana memberikan barnstar. hehehe — Didie 04:44, 21 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Didie, terima kasih juga kerana memberi saya barnstar. Hafrul 02:28, 22 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Astro

Apa makna satelit TV? Setahu saya terjemahan satellite TV ialah TV satelit. ...Aurora... 14:15, 22 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Setelah saya memeriksa hukum D-M betul-betul. Ternyata pernyataan anda betul. Contohnya; televisyen terestial bukannya terestial televisyen kan. Hmm... Maaflah saya tersilap sikit ye. Tapi anda alihkan tajuk Astro (satelit TV) kepada Astro (Televisyen satelit) bukannya Astro (TV satelit). Jangan malu-malu menggunakan bahasa Melayu yang betul ye. hehehe — Didie 01:16, 24 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Terima Kasih

Terima kasih ke atas pingat barnstar yang diberikan kepada saya, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!! Kulim 03:16, 24 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Penyelia

Boleh. Tiada masalah. —Aviator, 07:07, 29 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Nampaknya terdapat pertukaran nama dalam versi terbaru MediaWiki. Selepas ini gunakan MediaWiki:Watchlist-details. ...Aurora... 14:28, 30 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Saya lihat anda menyunting laman pengundian lama, sepatutnya tidak boleh, sama seperti arkib Kedai Kopi atau laman perbualan. ...Aurora... 13:55, 1 November 2007 (UTC)[balas]

Saya hanya tambahkan maklumat calon dengan menunjukkan pautan statistik suntingan calon saje. Bukannya ingin mengubah apa-apa undian ye. Arkib Kedai Kopi saya sunting beberapa hari yang lalu kerana ada lagi perbualan yang tak diarkibkan lagi. Saudara Aurora, memang laman-laman itu sepatutnya dipelihara tetapi jika ada maklumat baru, tak salahkan kalau menambahnya kan. Anda cuba lihat laman pengundian pengguna Edmundkh(sekarang; EdmundEzekielMahmudIsa). Pengguna itu telahpun menukar namanya selepas tamat pengundian. Jadi, jika ada pengguna yang ingin melihat sumbangannya. Ia kelihatan kosong. Sebab itu, saya mengubah kepada nama penggunanya yang baru. hehehe — Didie 01:30, 2 November 2007 (UTC)[balas]

Masih ingat tak anda sekat pengguna ini tahun lepas kerana namanya? Bolehkah anda jelaskan kenapa? Terima kasih! Btw Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. --Edmund The King of The Woods! 17:41, 2 November 2007 (UTC)[balas]

Saya menyekat pengguna ini kerana diminta oleh pengguna Emrrans kerana pengguna ini mempunyai nama yang buruk. Lihat ini - Perbincangan Pengguna:Didie/Arkib1#Sekatkan pengguna Fair tyco83. Sekian...— Didie 23:26, 2 November 2007 (UTC)[balas]

OK Terima kasih. Saya akan tanya Imran. Saya nampak nama ini langsung tiada masalah, jadi apabila ada org minta anda sekat apa-apa nama, sila minta dia jelaskan. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 08:45, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Wow macam mana anda tau dia dari Kuala Lumpur!? --Edmund The King of The Woods! 15:45, 4 November 2007 (UTC)[balas]

Hmmm... Kan identiti Aurora telah diketahui melalui imej MyKad yang dimuat naiknya sendiri. Kenapa nak tanya pulak? Bukan anda dah tahu yang Pengguna:Aurora dan Pengguna:PM Poon(kini; Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana) pernah bertemu dalam alam sebenar. Terpulanglah jika saudari Aurora ingin menukar maklumat itu nanti. Saya cuma agak² aje. Tapi mungkin tepat. hehehe — Didie 06:14, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Memang saya nampak IC itu, tapi saya tak berani pasti bahawa itu dia. Namun adalah kemungkinan besar itu dia. Saya nampak SPR panggil dia "Alizah". --Edmund The King of The Woods! 09:33, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya itu bukan Mykad Aurora. Itu ialah contoh mykad yang digunakan dalam promosi ketika penukaran mykad dahulu. Kalau anda nak tengok, rasanya ada di Jabatan Pendaftaran Negara. Polar 14:57, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Tak ada pun. Boleh tunjukkan pautan tersebut, Polar. — Didie 02:39, 6 November 2007 (UTC)[balas]

Kenapa ye???

Adakah anda memerika siapakah yang memulakan perbincangan itu dahulu? Saya atau Edmund?

Jika bebola anda berat sebelah, jangan masuk campur! Jangan tulis kepada saya lagi. Saya tidak akan menjawab. Tujukan "nasihat" anda kepada Edmund atau simpan untuk kegunaan diri! — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:43, 6 November 2007 (UTC)[balas]

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

maafkan saya.

Maafkan Saya.

Rafzan

Didie bolehkah saya tidak meletakkan single tetapi meletakkan artis sahaja. Saya minta maaf apa yang terjadi.

Pengguna:Aviator

Aviator adalah pengguna yang menetap di Malaysia tetapi belajar di Mesir. Adakah perlu kita letakkan status Mastautinnya kepada Mesir atau Malaysia? Polar 13:18, 12 November 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih baik kedua-duanya sekali kerana Aviator pelajar dari Malaysia tetapi belajar di Mesir. — Didie 14:43, 12 November 2007 (UTC)[balas]

Jemputan untuk mengemukakan pendapat tentang cadangan pembukaan Wikiquote ms

Hai Sheikh Didie, adakah anda tak sedar tentang apa yang saya tulis di Kedai Kopi?? Penat lelah tau saya mohon projek ini. Maaflah ye kerana terkasar bahasa dengan anda. Anda dialu-alukan untuk mengemukakan pendapat anda mengenai pendapat anda tentang pembukaan projek Wikiquote ms. Inilah pautannya. — Imran Al-Sahih 05:52, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak sangat kerana memberikan sokongan pembukaan projek Wikiquote ms di meta. Oh by the way, saya minta maaf banyak-banyak sangat kerana berkasar bahasa dengan anda pada pesanan saya di atas, ini kerana saya masa itu dalam keadaan terburu-buru. Sekian salam, jumpa lagi. :) — Imran Al-Sahih 10:22, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Saya telah memasukkan kategori baru dlm artikel tersebut. Didie, bolehkah kita pindah semua kejohanan super series dlm kategori tersebut. Kelly Ho 19:25, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Sudah tentu. Tapi, anda diharap mengemaskinikan rencana Kejohanan BWF Super Series dan yang berkaitannya ye. — Didie 07:21, 15 November 2007 (UTC)[balas]


Penyelia

Didie, bolehkah saya menjadi seorang penyelia. Kelly Ho 11:23, 21 November 2007 (UTC)[balas]

Boleh tetapi anda harus memenuhi syarat-syarat baru yang telah ditetapkan di laman permohonan pentadbir itu terlebih dahulu. Teruskan usaha anda ke arah menggemilangkan Wikipedia ini! — Didie 11:31, 21 November 2007 (UTC)[balas]

Jelaskan

Apa salahnya kalau letak keputusan last 32. Boleh awak jelaskan. Awak, jangan ingat awak ialah penyelia dan saya perlu akur kpd awak. Kelly Ho 08:43, 27 November 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya juga merupakan peminat badminton Malaysia yang amat fanatik. Huh, Malaysia mempunyai ramai pemain badminton yang berbakat dan banyak sudah menempa kejayaan di pentas antarabangsa. Tetapi, jangan besar kepala kerana pihak lawan mungkin akan ambil kesempatan ke atas situasi itu. Ingat tu! Alamak, terkeluar tajuk tapi ada kaitan jugak. hehehe. OK! Saya sebenarnya bukan nak salahgunakan kuasa saya. Saya cuma nasihatkan anda tak perlu membuat liputan keputusan last 32. Hmmm. banyak yang merah, tak cantik dipandang. Jadi, saya pun pendekkan liputan kejohanan kepada keputusan suku akhir saje. Satu lagi, pada rencana BWF Super Series 2007, saya lihat anda membuat banyak perubahan. Saya lihat apa yang anda ubah nampak tak kemas, jika ya pun tak perlulah sampai saiz kotak isi kandungan nampak pelik pulak. Saya harap kita dapat bekerjasama dalam menghasilkan rencana-rencana berkaitan badminton dan kejohanan Super Series. 'Mungkin' anda juga merupakan peminat badminton yang fanatik seperti saya. Saya faham. Tapi, cuba fikirkan yang terbaik. OK. — Didie 09:01, 27 November 2007 (UTC)[balas]


Tarian Remo

Boleh saya tahu kenapa anda padamkan Tarian Remo? Yosri 10:22, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Kerana saya lihat rencana itu tidak memenuhi piawaian penciptaan rencana baru. Tapi, saya rasa jika anda ingin kemaskini rencana itu. Tidak mengapa. Maaflah ye. — Didie 16:18, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Didie, kenapa anda padam laman perbualan orang lain? Saya rasa anda buat begitu tak betul... --King Edmund of The Woods 10:30, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Huh, alamak saya tersilap lagi. Saya sebenarnya ingat pernyataan perbualan itu seakan-akan vandal. Rupa-rupanya, lainlah pulak. Maaflah jugak sebab saya dah buat silap nih. Hmmm. — Didie 16:25, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Hi Didie!

Dearest Didie,

I would really be happy if you could help me translate an article for the .ms wikipedia.

This article could serve as a good basis for the short translation I would love you to help me with:

http://id.wikipedia.org/wiki/Partai_Kemerdekaan_Puerto_Riko

If you could provide a brief translation in Malaysian, that would be wonderful.

Do you think that it's possible to create this short version of the article for the Bahasa Melayu wikipedia?

Thanks a million, Didie!

Curious&LovelyGirl 06:13, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]

Syarat menjadi penyelia

Saya nak tanya sikit - kenapa syarat menjadi penyelia dah tukar menjadi "perlu mendapat 70% sokongan"? Dan adakah undian berkecuali dikira dlm semua undi ketika mengira peratus sokongan? --King Edmund of The Woods 19:31, 14 Disember 2007 (UTC)[balas]

Hmmm, undian berkecuali dikira dalam jumlah undian keseluruhan tetapi tidak ditambah dalam peratus sokongan. Hanya undian sokongan sahaja yang dikira dalam peratus sokongan. Terima kasih... Satu lagi, syarat menjadi penyelia bertukar supaya syaratnya tampak lebih adil dan ketat. Adakah anda rasa peratus sokongan minimum patut diketatkan lagi kepada 75%, saudara Edmund? Hanya cadangan.— Didie 05:09, 15 Disember 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih baik kita ketepikan saja undian berkecuali, biasanya ini berlaku di wiki yg lain. Mereka yg undi neutral hanyalah org yg suka mengundi tapi tak ada pendirian, atau mereka yg ada alasan utk sokong dan alasan utk bantah tapi seimbang. Jadi utk peratus sokongan, saya rasa kita hanya kira sokongan dan bantahan, selepas itu kira peratus sokongan dlm jumlah ini (tanpa neutral vote). Saya rasa jgn tingkat kpd 75& - kekal saja pd 70%. --King Edmund of The Woods 10:56, 15 Disember 2007 (UTC)[balas]

E-mail?

Hmm... abang/pak cik/(atau apa-apa saja gelaran) Didie, kadangkala saya/kami ada sesuatu yg ingin bercakap dgn anda, tapi tak elok cakap secara terbuka, apa kalau anda letakkan alamat e-mel anda dalam preference anda supaya kami boleh tekan butang "Kirim e-mel kepada pengguna ini" di sebelah kiri semasa dalam userpage atau talk page anda? --King Edmund of The Woods 17:20, 17 Disember 2007 (UTC)[balas]

Ya, sepatutnya saya lakukan. Tapi, saya pun harap semua penyelia Wikipedia Bahasa Melayu turut mengaktifkan tatarajah masing-masing. Sememangnya itu adalah salah satu syarat terbaru sebagai seorang penyelia. — Didie 02:31, 18 Disember 2007 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers.Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 11:51, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Korban juga kepada anda. Terima kasih. — Didie 12:07, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

Undi pilih penyelia

Assalamualaikum. Penyelia Didie,

Merujuk pesanan yang baru anda hantar sebentar tadi, anda berkata:

Boleh anda jelaskan, adakah anda mengundi setuju, bantah, atau berkecuali. Hanya satu pilihan saja. Sekiranya anda masih tidak memilih salah satu daripadanya sebelum tarikh tutup pengundian. Secara automatik, undian anda adalah berkecuali. Jangan kelirukan pihak komuniti. Sekian — Didie 09:09, 23 Disember 2007 (UTC)

  • Mulanya, saya memohon maaf kepada pihak komuniti. Sebenarnya saya tak tahu yang kita di pihak komuniti tak boleh mengundi 2 kali. Kali pertamanya saya mempersetujui Izzuddin sebagai penyelia baru komuniti. Kali kedua pula membantah. Saya baru sedar setelah anda memberi teguran kepada saya bahawa saya mengundi 2 kali.
  • Oleh kerana saya mengundi dua kali, maka saya dengan ini telah mengambil keputusan untuk menggunakan strike pada bantahan saya dalam pengundian tanda mmbatalkan bantahan saya. Saya dengan sukacitanya bersetuju memilih Izzuddin sebagai penyelia.
  • Saya tidak kisah samada Izzuddin menjadi penyelia ataupun tidak, namun saya berharap agar anda dan pentadbir komuniti lain memaafkan saya atas kesilapan itu. Saya tahu, manusia takkan dapat lari dari kesilapan. Maafkan saya.

Terima kasih atas kerjasama anda. Wassalamualaikum.

Saya yang ikhlas dan benar, aamuizz 09:29, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama. — Didie 09:31, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]

Pemeriksa

Sejak bila ada pemeriksa...boleh cerita lebih lanjut...Che 07:36, 26 Disember 2007 (UTC)[balas]

Hmmm... memang kini tiada pemeriksa di ms.wiki. Tetapi, sedang berada dalam pemilihan calon pemeriksa 2008 dan antara calon-calon itu ialah anda sendiri. Cuba lihat pautan yang saya berikan. — Didie (bincang) 07:39, 26 Disember 2007 (UTC)[balas]

ok...memang ada...boleh nanti saya turut serta..Che 08:21, 26 Disember 2007 (UTC)[balas]

Sememangnya dialu-alukan. — Didie (bincang) 08:46, 26 Disember 2007 (UTC)[balas]

Nak minta tolong

Saya nampak saudara Didie tengah online, jadi boleh lah saya tanya anda. Sebenarnya saya mahu menukar gaya tandatangan(tiru user dari smp). Saya tekan keutamaan saya dan saya letakkan seperti dibawah dan dia menyuruh saya mengesahkan HTML. Saya tak faham sebenarnya. Harap tolong saya.Putera LuqmanTunku Andre 02:06, 27 Disember 2007 (UTC)[balas]

PuteraLuqman Tunku Andre


Entahlah, saya pun tak tahu kenapa? Tapi, mungkin anda boleh mengajukan pertanyaan ini kepada pakar IT dalam ms.wiki ini. Maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan. Terima kasih. — Didie (bincang) 02:19, 27 Disember 2007 (UTC)[balas]

About our sleeping about one year Embassy... Zzz... Zzz...

Hai Didie, kenapa anda tambah DoraConan dan Revo sbg duta? Saya tak nampak Revo minta jadi duta, dan utk Doraconan pula, memang dia minat menjadi duta, tapi saya tak nampak dia minta sekali baru-baru ini... Saya macam nampak dulu Alistair yg uruskan embassy tu kan? Entah siapa yg boleh ambil alih skrg ni... --אדםוןד ואודס, King Edmund of The Woods 17:45, 27 Disember 2007 (UTC)[balas]

Entahlah, saya rasa mereka berdua mungkin mempunyai potensi besar menjadi duta. Sekiranya anda(Edmund) tidak berpuas hati dengan pemilihan duta ini. Apa kata, anda(Edmund) yang menjadi duta. Sebab, anda yang bertanya. Hehehe. Satu lagi, sebenarnya jawatan 'checkuser' dibuat adalah untuk menangani semua pengguna ms.wiki ini. Kan, banyak pembawa vandal yang berleluasa ketika ini, jadi pasti bantuan 'checkuser' diperlukan. Sekian...— Didie (bincang) 03:19, 28 Disember 2007 (UTC)[balas]

Jgn salah faham ye, saya bukannya tidak puas hati dgn kedua-dua org tu, cuma saya bimbang terdapat amalan cronism saja. Mungkin anda atau saya boleh mengambil alih kerja Alistair, tapi saya tak tau macam mana nak bertugas sbg duta, hehe... Dan tentang CheckUser pula, sini jarang ada vandalisme pengguna berdaftar - kebanyakan perosak adalah tanpa nama. Kalau lihat di Wikipedia Bahasa Inggeris dan Wikipedia Bahasa Cina, mereka melaksanakan pemeriksaan pengguna hanya pada pengguna yg ada masalah disiplin seperti perang suntingan, ugutan nyawa, ... --אדםוןד ואודס, King Edmund of The Woods 05:18, 28 Disember 2007 (UTC)[balas]

Pemeriksa juga boleh menjalankan tugas memeriksa identiti setiap pengundi dalam laman pengundian. — Didie (bincang) 05:42, 28 Disember 2007 (UTC)[balas]

Oh ya terlupa pula ini! Tapi biasanya kuasa Pemeriksa tidak digunakan pd perosak biasa, kecuali perosak yg memang luar biasa seperti yg dari Indonesia itu (ingat "Ganyang Malaysia", "Malingsia", ...) atau Willy on Wheels yg membuat vandalisme pemindahan laman seperti "(pagename) on Wheels"... --אדםוןד ואודס, King Edmund of The Woods 05:54, 28 Disember 2007 (UTC)[balas]

Pengundian

Assalamualaikum. Maafkan saya,

Pengundian selesai Saya rasa pengundian di laman pengundian Izzudin sebagai sysop 17/12/2007 telah selesai dan bolehlah ditutup.


Wassalam, aamuizz 01:41, 31 Disember 2007 (UTC)[balas]

Maaf

Oh.. Maaf.. -Yk Yk Yk 06:50, 31 Disember 2007 (UTC)[balas]