Perbincangan pengguna:ChongWeiXiang
WikiProjek Taiwan
[sunting sumber]Berharap pengguna Wikipedia Bahasa Melayu yang tahu tentang Taiwan dapat menubuhkan projek WikiProjek Taiwan dengan mencipta rencana berkaitan Taiwan dan menambah infomasi pada rencana sedia ada.
Saya mendapati ada rencana sedia ada dalam Wikipedia Bahasa Melayu terlalu pendek berbanding bahasa lain (contoh: Wikipedia Bahasa Inggeris, Wikipedia Bahasa Cina, dll). Saya juga mendapati ada rencana yang belum wujud lagi dalam Wikipedia Bahasa Melayu (contoh: bahasa Paiwan, Taichung, Universiti Kebangsaan Taiwan).
Selain itu, kandungan dalam rencana Taipei, Taipei Baru, Kaohsiung, Taoyuan (Pentadbiran bandaraya bawah kerajaan Republik China, sama seperti Wilayah Persekutuan di Malaysia) juga tidak teratur. Pengaturan kandungan yang lengkap bagi kota di Taiwan adalah dari Pengenalan, Sejarah, Geografi, Demografi, Politik, Pembahagian Pentadbiran, Ekonomi, Pengangkutan, Pendidikan, Pengromanan, Seni dan Budaya, Sukan, Hubungan Antarabangsa, Cataran (jika ada), Rujukan, Bibiografi dan Pautan luar. ChongWeiXiang (bincang) 04:26, 16 Februari 2022 (UTC)
Jemputan 100hariwiki
[sunting sumber][PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia
[sunting sumber]Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:
- Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
- Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
- Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
- Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
- Pengguna:Aurora (laman pengundian)
- Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
- Pengguna:Yosri (laman pengundian)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.