Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Catherinegoodhope

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia: Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam!  — ...Aurora... 02:23, 28 April 2007 (UTC)

Rujukan

Sila berikan rujukan laman WEB yang berkenaan bagi rencana yang anda sumbangkan di masa hadapan. Yosri 12:51, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Hohoho.Btul tu.Jgn sewenang2 je kn.Jgn main randuk je kan...Tp tu la sy cume risau sbb pengaruh syiah ni dah mula bertapak kukuh kt malaysia.Anta ra pusat nye maahad ihya' ashariff Gunung Semanggul,perak.Dkt je dgn rumah sy.truk dn ==BAHAYA==.boleh jejas aqidah..Tima kasih sbb padam kn contengan sy tu.Dan semoga awk terlindung dr golongan munafik dn duri dlm daging umat islam ni....maibma...Harap awk bleh tolong umat islam malaysia dgn lebih berkesan bukan conteng2 mcm sy ni.

Hai Catherinegoodhope

Terima kasih kerana menyumbang. Kami di sini sentiasa mengalu-alukan sumbangan anda. Bagaimanapun, kami perlu mengesahkan sumbangan anda agar ia bukanlah rekaan semata-mata. Selain itu, laman yang berbentuk self vanity/Self-published sources adalah tidak dibenarkan di sini. Dengan itu, saya berharap anda dapat memberikan pautan sokongan kepada rencana yang anda sumbangkan, terutamanya sekiranya ia mengenai seseorang yang kurang dikenali. Sekiranya ianya tidak dapat disahkan, ia mungkin terpaksa kami keluarkan. Semoga anda dapat memberi kerjasama.

Untuk menyumbang, sila rujuk syarat-syarat yang berikut:-

Yosri 13:42, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Yes, it is understood. Terdapat juga entri 'seseorang yang kurang di kenali' dalam bahagian 'orang' jadi saya rasa rencana ini relevan sebagai arkib bangsa melayu. Terima Kasih.

Saudara Yosri, Saya tidak dapat menyunting gambar dalam rencana Nusrat dan Kavita yang merupakan 'Fair Use'. Bolehkah anda tolong semakkan dan tidak melihat muat naik saya berhasrat mencurigakan. Terima kasih.

Hai Catherinegoodhope, saya telah mengemaskinikan kedua-dua rencana di atas. Yang ditukarkan bukan salah (kecuali kesilapan yang disebabkan oleh kecuaian), tetapi cuma merupakan gaya saya sahaja. Walaupun demikian, kedua-dua rencana boleh diperbaik lagi kerana saya mungkin memburukkan beberapa ayat anda. Tukarlah apa-apa sahaja yang anda rasa tidak selesa.

Sebagai pengguna baru, anda memang akan membuat kesilapan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, suasana di sini tidak seteruk dengan Wikipedia bahasa Inggeris yang sesak dengan rogue admin.

Terdapat dua jenis karya, iaitu karya kreatif dan karya ilmiah. Jangan sekali-sekali mengelirukan kedua-dua jenis karya yang memerlukan gaya yang tersendiri. Jika anda lebih suka akan gaya kreatif, cubalah portal-portal yang lain seperti laman web Dewan Bahasa. Bagaimanapun, saya berharap bahawa anda boleh merupakan salah satu penulis utama di portal ini yang mengalami kemarau sumbangan karya. Sebenarnya, tatabahasa anda adalah amat baik, kecuali anda tidak menyemak semula selepas anda menulis. Oleh itu, terdapat sesetengah kesilapan yang berasal daripada ejaan dan penaipan.

Jika anda memerlukan bantuan, baik dari segi mencipta templat atau yang lain, anda boleh tanya saya atau mana-mana satu penyelia yang disenaraikan di laman Wikipedia:Penyelia. Oleh sebab saya mungkin akan kurang aktif kerana ingin mengembangkan penulisan saya dalam bahasa Inggeris, saya mungkin akan mengambil dua tiga hari untuk membalas. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:38, 2 Mei 2007 (UTC)[balas]


Hai Catherinegoodhope, mengapa tak nampak anda menyertai portal ini sejak beberapa hari. Harap ini disebabkan oleh anda sibuk dan bukannya kerana anda tidak seronok dengan portal ini.

Sebenarnya, satu portal masyarakat memang sebegini. Bagi saya, kira okeylah portal ini berbanding dengan portal-portal lain yang pernah saya sertai, walaupun masih terdapat banyak yang boleh diperbaik lagi. Memang setiap pengguna mempunyai pendapat tersendiri, baik betul mahupun salah. Maka dengan itu, setiap tentangan tidak semestinya bermaksud anda salah. Maka kembalilah menyumbangkan rencana bahasa Melayu anda demi perkembangan bahasa Melayu dalam talian. — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:27, 6 Mei 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih Syarikat Pemunggahan Rencana atas semakan dan bertanya khabar. (SDB atau Ltd. tu?)Jangan takut, saya ni muka tebal. Bukan menyepi sebab emosi tetapi 'out-station' di Copenhagen. Jadual pulang besok. Memang saya malas menyemak dan suka menterjemah sahaja. Tapi saya akan cuba menyemak juga ...tapi cuba aja tu....Okay, semoga berjumpa soon (DBP jem)

Terjemah atau Tukar Stail

[sunting sumber]

Hai Catherinegoodhope, apa yang anda nyatakan tentang stail memang betul. Banyak penulis yang memang peka tentang tulisan mereka kerana mereka terlalu mengaitkan diri kepada tulisan mereka. Maka dengan itu, kritikan terhadap sebarang tulisan mereka menjadi kritikan kepada mereka pada dirinya. Perkara ini pernah diulas di Wikipedia bahasa Inggeris: "Jangan tukarkan gaya orang lain."

Tetapi saya tidak dapat membuat begitu kerana saya tidak tahu yang mana perlu ditukarkan dan yang mana perlu dikekalkan. Namun dengan itu, saya membuat pertukaran secara sekaligus. Biasanya, saya jarang mengedit rencana penulis yang lain kerana saya masih dalam peringkat pembelajaran. Tetapi saya tidak akan teragak-agak menghapuskan sebarang stub yang ada jika saya menterjemahkan rencananya daripada rencana Wikipedia bahasa Inggeris. Jika terdapat sesiapa yang hendak memulihkan terjemahan saya, saya tidak akan ambil kisah kerana saya di sini memang menulis sebagai hobi. Selepas ditulis, saya tidak peduli apa yang terjadi kepada rencana itu, hehehe.

Sebenarnya, saya dah lama merancang meninggalkan portal ini untuk mengembangkan penulisan saya dalam bahasa Inggeris. Terdapat banyak laman web yang membayar penulis untuk karya bahasa Inggeris. Penulisan saya dalam bahasa Inggeris pernah dihargai oleh banyak orang, khususnya para profesor, majikan, pengurus bank, kementerian Malaysia, serta juga Malaysiakini. Lima pucuk surat pertama saya telah ditonjolkan sebagai Letter of the Day pada tahun 2004 oleh Malaysiakini secara berturut-turut, dengan pengarah urusannya kemudian memberikan saya nombor telefon bimbitnya serta mengajak saya ke pejabatnya ketika saya ke Kuala Lumpur (kerana saya memberikan sedikit pendapat tentang bagaimana memperbaik portalnya). Di sini bila memberi pendapat, kena hentam saje, hehehe.

Entah mengapa saya masih di sini. Bahasa Melayu memang merupakan sebuah bahasa yang begitu aneh. Kalau nak kata senang, tak boleh katakan senang, kalau nak kata susah, tak boleh katakan susah pula. Tetapi nak menguasainya memang bukan senang, hehehe. Inilah yang buat saya ketagih.

Tentang gaya penterjemahan, terdapat beberapa aliran fikiran tentang adakah seseorang harus menepati gaya penulis yang asal. Bagi saya, saya memang suka akan ulasan Ainon Muhammad. Antara banyak yang saya belajar daripada bukunya ialah penjelasan istilah yang kabur. Umpamanya, para penduduk Amerika Syarikat tahu apakah Mississippi itu tetapi pembaca di luar negara itu mungkin tidak tahu. Sebenarnya saya salah anggap bahawa Mississippi ialah sebatang sungai sehingga saya mencapai rencana itu di Wikipedia bahasa Inggeris dan mendapati bahawa Mississippi sebenarnya adalah sebuah negeri. Maka dengan itu, walaupun penulis asal menulis perkataan "Mississippi" sahaja, kita harus menulisnya sebagai "negeri Mississippi". Serupa juga jika seorang penulis menulis Surabaya, kita harus tulis "Kota Surabaya" atau "Kabupaten Surabaya", bergantung kepada konteks yang tersirat.

Bagi rencana Mudéjar, seperti yang pernah saya beritahu anda, tukarlah apa-apa sahaja yang anda tidak selesa. Anda juga boleh memulihkan rencana anda yang asal dan menulis semula (capai versi lama melalui butang sejarah di bahagian atas rencana tersebut). Sebagaimana yang saya kata, saya tidak akan berasa apa-apa. Sumbangan saya di portal ini berjumlah beribu-ribu, maka saya seolah-olah dah kebas tentang tulisan sendiri, hehehe.

(P/S: Sebagai kelaziman, setiap pesanan harus diakhiri dengan tandatangan yang dapat dimasukkan melalui empat tanda yang namanya saya terlupa, iaitu ~~~~. Ketika anda simpan (save) pesanan anda, simbol itu akan tukar secara automatik menjadi nama anda dan waktu pesanan. Kan ajaib wiki ini?) — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:28, 8 Mei 2007 (UTC)[balas]

Anda boleh merujuk kepada pautan Inggerisnya. Yosri 10:43, 10 Mei 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya ikut masing-masing. Tapi saya masukkan kerana kepentingan salah guna boleh membusuk barang itu. Gambarnya tak penting kerana dah ada pautan, siapa minat lebih boleh klik sendiri. Tidak ada sensor, cuma bagi pilihan siapa yang klik atau tak nak klik. Yosri 11:10, 10 Mei 2007 (UTC)[balas]
) Untuk mengalih laman, klik pada butang "Alih" di bahagian atas kanan laman. Untuk menambah kategori pula, letakkan [[Kategori:Penjelajah]] di akhir rencana. Saya biarkan anda cuba dahulu. ...Aurora... 14:27, 10 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pengenalan kerelatifan am

[sunting sumber]

Hai Catherinegoodhope, sememangnya terdapat rencana yang lebih mudah diterjemahkan dan yang lebih susah. Jika otak saya cergas, saya terjemahkan yang susah kerana boleh belajar lebih banyak, tetapi jika lembap, saya cari yang senang. Oleh itu, saya selalu menulis, baik otak cergas mahupun lembap, hehehe.

Untuk memudahkan penulisan rencana kerelatifan am anda, anda boleh merujuk kepada rencana Kerelatifan am dan Kerelatifan khas yang diterjemahkan oleh penyelia Polar, bakal Sarjana Muda Sains dalam Fizik serta juga pakar fizik dalam portal ini. Anda boleh mendapat istilah-istilah yang tepat daripada kedua-dua rencana itu.

Bagi judul rencana anda, saya dahulu pun biasa menterjemahkan dalam bentuk "Pengenalan kepada Kerelatifan Am" dan sebagainya. Namun selepas membaca buku Ainon Muhammad, saya kini menulis bentuk "Pengenalan Kerelatifan Am" kerana beliau merungut bahawa gaya pertama berbau keinggerisan. Bagaimanapun, saya tidak berani mengikut sungutan Awang Sariyan yang sama tetapi yang mengatakan bahawa kerana tiadanya is dan a dalam bahasa Melayu, kita harus menulis:

Albert Einstein (14 Mac 187918 April, 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20.

Ini berdasarkan ayat inti, "Dia guru." Bagaimanapun, "ialah seorang" kini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan di sekolah.

Selain daripada itu, anda mengatakan dalam perutusan bertarikh 8 Mei bahawa:

tahap kefahaman bahasa inggeris sekarang begitu rendah sekali hinggakan ianya amat mengerunkan.

Sebenarnya, saya tidak berasa sedemikian kerana tersirat dalam bahasa Melayu ialah melebihi 50% bahasa Inggeris, hehehe. Kenyataan ini berdasarkan pensampelan Kamus Ringkas Oxford-Fajar Bakti, apa lagi kalau saya menggunakan kamus istilah sains. Tambahan pula, mata pelajaran sains dan matematik kini menggunakan bahasa Inggeris dan dengan itu, anda tidak lagi perlu berasa risau. Malaysia memang bertuah kerana mempunyai perdana-perdana menteri yang berpandangan jauh walaupun rabun dekat, hehehe. Setakat ini, kita masih belum mendapat pelakon menjadi perdana menteri, seperti di Filipina dan Amerika Syarikat.

(P/S : Saya běrasa hairan měngapa anda maseh měnggunakan "ianya" yang kini telah "diharamkan", sěrta juga měngeja Pěrancis sebagai "Peranchis". Yang tidak anda gunakan ialah měnchari itek, běrsama² dan kě-dalam, hehehe.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 10:01, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pertikaian

[sunting sumber]

Pertikaian tidak pernah hanya terhad kepada Ya / Tidak. Cuma saya cenderung kepada pertikaian kerana kontroversi adalah perkataan serapan daripada bahasa Inggeris. Bagaimanapun, anda bebas mengubahnya. Yosri 12:10, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

"Nya" merupakan bentuk singkat bagi kata ganti diri ketiga tunggal, sebagaimana juga "ku" untuk bentuk singkat kata ganti diri pertama "aku" dan "mu" untuk "kamu". Sekiranya "ianya" boleh digunakan, secara perbandingan bolehlah pula "akuku" dan "kamumu" digunakan sebagai bentuk kata ganti diri. Tetapi tatabahasa Melayu tidaklah mempunyai ketetapan sedemikian dan orang pun tidak pernah menggunakan bentuk tersebut. — Petikan daripada Kunci Bahasa Malaysia, Awang Sariyan, 1985.

Maka anda bukan orang, maksudnya, hehehe. Sila tengok tahun terbitan. Hmmm, sekarang dah tahun 2007, namun anda kelihatan ketinggalan 22 tahun, hehehe. Ainon Muhammad juga menegaskan perkara yang sama sejak dekad 1990-an.

Tentang controversy, Dewan Bahasa menterjemahkannya sebagai:

controversy
n kontroversi, tengkarah: the plan to dump radioactive waste in the area has aroused a great deal of ~, rancangan utk membuang buangan radioaktif telah menimbulkan banyak kontroversi; press ~, kontroversi akhbar; beyond ~, tdk dapat dipertikaikan lagi.

Namun tidak tertimbullah sebarang kontroversi ketika anda menggunakan kontroversi, hehehe. Nampaknya "kontroversi" diutamakan berbanding "tengkarah" juga. Biasanya, perkataan yang diutamakan ditempatkan lebih dahulu.

Anda berkata:

Saya nak cuba terjemah rencana dari senarai yg sedia adapun tak bersemangat sebab banyak tajuk, BORING (jangan marah, pendapat peribadi).

Boring? Mengapa tak boring? Yang sedap punya, saya dah makan semua pada suatu ketika sebelum saya menubuhkan syarikat saya, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 12:40, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Terdapat 607,000 hasil carian Google. Ianya sukar dipercayai, tetapi saya yakin antaranya ada saya punya. Yosri 13:29, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Iman dan Rumi

[sunting sumber]

Saya telah kemaskini Jalal al-Din Muhammad Rumi dan akan mengemaskini rencana Iman. Saya juga telah membuat halaman nyahkekaburan di Rumi. — Master2841 17:28, 13 Mei 2007 (UTC)[balas]

Rencana yang memerlukan terjemahan

[sunting sumber]

Saya kini sedang ngap di dusun Rencana yang memerlukan terjemahan. Kalau anda nak ngap buah-buah rencana yang banyak airnya, datang dengan serta merta. Kalau terlambat, nanti hanya tinggal rencana boring. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:18, 14 Mei 2007 (UTC)[balas]

Kategori

[sunting sumber]

Anda boleh meletakkan lebih daripada 1 kategori untuk menambah serabut. Dengan itu pengguna yang serabut boleh memilih mana-mana pilihan agar lebih berserabut. Hee.. hee....hee...... Yosri 11:03, 15 Mei 2007 (UTC)[balas]

Piramid Qamari

[sunting sumber]

Sebenarnya anda betul! "Qamari" hanya boleh digunakan sebagai kata adjektif. Saya terpengaruh oleh gerhana qamari, hehehe. Saya salah anggap bahawa "qamari" boleh digunakan juga sebagai kata nama dan oleh itu, tidak hendak menggunakan "Piramid Bulan" kerana boleh disalah tafsir sebagai Month Pyramid, hehehe. Bagaimanapun, saya telah tukarkan kesilapan itu selepas membaca pesanan anda.

Ingat anda kata rencana Sejarah Mexico itu boring! Nampaknya ada minat juga, hehehe. Sebenarnya rencana itu banyak sedap dimakan. Slurpppppphhhh.... Oleh itu, saya dah menghabiskan banyak masa di situ. Struktur rencana asal tak seimbang, maka saya telah banyak mengubah rencana itu. Ada protes? Sila tekan 1 untuk ya, 2 untuk "tidak", dan 3 kalau anda tak pasti. Gunakan papan kekunci anda kerana saya tak pernah nampak butang "bantah" di mana-mana pun. Okeylaaaa, saya tak sabar nak teruskan rencana Sejarah Mexico. Masih tinggal satu pertiga. Streamyx dua tiga hari ini selalu buat hal. Baik buat cepat-cepat bila ada line sebelum tergendala lagi, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:56, 16 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pulau Krismas

[sunting sumber]

Saya mungkin boleh siapkan rencana Sejarah Mexico sebelum ayam jantan berkokok nanti. Adakah anda nak makan Pulau Krismas atau tidak. Kalau tidak, saya akan ngap juga, hehehe. Saya nie macam ikan duri. Tahi pun makan, hehehe. Mengapa apabila saya taip Thailand, apa yang sering kali terpapar pada skrin saya ialah Tahiland? Adakah kaitan? Sila tekan 1 untuk 'ya', 2 untuk 'tak ya', 3 untuk 'tak pasti'. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:16, 16 Mei 2007 (UTC)[balas]


Awwwww!!! Terlalu kenyang.... tak larat nak makan Pulau Krismas pulak! Besok baru makan. Ayam jantan dah berkokok. Dah melewati garis mati, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 20:54, 16 Mei 2007 (UTC)[balas]

Sejarah Mexico

[sunting sumber]

Hai Catherinegoodhope, saya tidak dapat mengesan kesilapan sendiri. Bolehkah anda bantu, bukan sahaja untuk rencana ini tetapi untuk semua rencana saya lain. Tukarlah apa yang anda rasa tak betul kerana saya dapat belajar. Sebenarnya sehingga hari ini, tiada banyak pengguna yang pernah membetulkan rencana-rencana saya. Oleh itu, saya tidak dapat belajar dan sering mengulangi kesilapan saya.

Kini, saya sedang mengukuhkan keterangan gambar untuk memberikan sejarah bergambar kepada mereka yang tak larat nak membaca melebihi 4,000 perkataan. Lepas itu, saya nak lari dari rencana ini kerana dah nak muntah, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:16, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Cabut lalang

[sunting sumber]

Hai Catherinegoodhope, apabila anda dah cabut lalang, walaupun satu perkataan sahaja, tolong berikan pesanan ringkas, umpamanya "Rencana XXXX telah dibetulkan" supaya saya boleh melihat kesilapan saya. Walaupun Polar pernah membantu saya, pembetulannya kekadang terlepas perhatian saya.

Tentang "bandar bertumbuh", amat hairan bahawa "pertumbuhan bandar" telah digunakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPN), Universiti Sains Malaysia, dan sebilangan laman web yang berwibawa, tetapi manusia tidak pernah menggunakan "bandar bertumbuh" tersebut. Saya jadi pelopor, boleh? Kena hak ciptakan istilah itu, hehehe.

Memandangkan bahawa pil hapus bosan anda belum sampai kerana anda masih belum bayar, maka tak perlulah anda baca seluruh rencana. Seperenggan dua dah cukup, jika bosan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:13, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Sejarah Mexico

[sunting sumber]

Tuliskan ayat-ayat yang kabur dan saya akan menulis semula dalam bahasa Inggeris. Rencana Inggeris tidak diikuti kerana rencana itu telah dilabel "This article or section may need a complete rewrite." — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:57, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Hai Catherinegoodhope, mungkin anda biarkan Sejarah Mexico sahaja kerana terlalu panjang atau anda cuma cuba menyemak seperenggan dua. Tetapi rencana Clayton Snyder yang baru saya terjemahkan ini, boleh tolong semak? Tukarkanlah gaya penulisan sehingga sedap-sedap supaya saya dapat belajar, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:43, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Clayton Snyder

[sunting sumber]

Mengapa saya masukkan rencana Synder

[sunting sumber]

Pertama sekali, saya tidak memulakan rencana ini. Rencana ini saya dapat dari dusun Rencana yang memerlukan terjemahan yang sedang saya lepak beberapa hari ini.

Jika anda lihat dari sejarah rencana itu, rencana Clayton Snyder dimasukkan oleh Fantastic4boy pada 3 November 2006, iaitu melebihi 6 bulan dahulu. Walaupun hanya merupakan stub, dia cuma menterjemahkan satu ayat sahaja. Inilah tabiatnya. Penyelia Polar dan mungkin juga Penyelia Master2841, penyelia yang cukup tegas, tekal, dan cemerlang, telah memberikannya banyak amaran.

Saya cukup bertuah mendapat bantuan anda. Dari awal lagi sejak menyertai portal ini pada November 2005, saya telah mengharap-harapkan bantuan sebegini supaya dapat memperbaik penguasaan bahasa Melayu saya. Nampaknya, kena kekal di sini buat sementara lagi, hehehe. Sebenarnya, saya dah merancang meninggalkan portal ini selepas siap makan buah-buah yang sedap di Rencana yang memerlukan terjemahan kerana nak jumpa dengan Agung... bukan Agung kini tetapi Agung pertama..... di sebelah permukaan wang kertas Malaysia, hehehe.

Tentang peristilahan

[sunting sumber]

Hot and cold

[sunting sumber]

Istilah yang lebih baik untuk 'hot and cold' relationship? Hubungan air suam, boleh? hehehe. Tapi entah dari mana semalam, saya baca terjemahannya sebagai 'naik turun'. Sekarang tak dapat pula dari Kamus Dewan Bahasa. Hubungan gila-gila, hubungan separuh masak, hubungan separa, hubungan tak ten tak tu, hubungan yang tidak boleh diharap...

Main dan bermain

[sunting sumber]

Kamus Dewan Bahasa mentakrifkan "bermain" sebagai "berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak)". Oleh itu, saya tidak berani menulis "Snyder kini bermain polo air di Universiti Pepperdine" kerana dia bukan bermain untuk menyukakan atau menyenangkan hati sahaja. Tetapi saya tidak perasan "main" pun mempunyai makna yang sama, iaitu "sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak)".

Memberi dan memberikan

[sunting sumber]

Satu perkataan yang paling pening ialah "memberi" dan "memberikan". Pada suatu ketika, saya pernah baca bahawa "memberi" digunakan untuk perkara abstrak, umpamanya "memberi nasihat", "memberi amaran", "memberi sokongan", dan sebagainya, manakala untuk barang fizikal, kita "memberikan buku", "memberikan makanan", dan sebagainya. Dewan Bahasa berkata dalam buku "Tatabahasa Dewan" bahawa "memberi" sebenarnya adalah sepadan dengan me + i yang serupa dengan penggunaan "menasihati", "menganugerahi", dan sebagainya. Oleh sebab bahasa Melayu tidak mempunyai vokal berganda, maka perkataan "memberii" ditulis sebagai "memberi". Namun selepas memberikan sebuah ulasan yang panjang dan lebar, pengarang buku itu kemudian mencabuli peraturan yang diajarnya, hehehe. Yang mengelirukan penggunaan perkataan "memberi" ialah penggunaan "kan" untuk "untuk". Maka "Saya membeli buku ini untuk Ali" menjadi "Saya membelikan Ali buku ini" tetapi mengikut peraturan tadi, rumusannya ialah "Saya membeli buku ini untuk Ali".

Dewan Bahasa juga mengatakan bahawa kita tidak boleh menulis "Saya menasihatkan Ali." Mengikut buku itu, istilah yang betul ialah "Saya menasihati Ali", dengan perkataan "menasihati" ini kini digunakan dalam buku teks walaupun pada suatu seketika, "menasihatkan" memang biasa digunakan. Menurutnya, kita memberi nasihat kepada Ali, bukan untuk Ali, namun "menasihatkan" memang salah. Tetapi kan nasihat itu memang untuk Ali? hehehe.

It dan ia

[sunting sumber]

Lagi satu perkara ialah ketiadaan "it" dalam bahasa Melayu. Dunia ahli bahasa Melayu dipecah belah menjadi dua. Ada yang berkata bahasa Melayu memang tidak mempunyai "it", serupa dengan bahasa Inggeris memang tidak mempunyai "dia". Ada yang berkata "ia" harus dipergunakan sebagai "it" kerana tidak perlu mempunyai dua perkataan yang mempunyai maksud yang sama, iaitu "dia" dan "ia". Saya bersetuju dengan pendapat ini. Selain itu, saya juga menggunakan "nya" sebagai ganti nama jamak untuk benda, tetapi "mereka" untuk manusia.

Bagi pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan golongan ahli bahasa yang pertama kerana banyaknya perkataan bahasa Melayu yang tidak ada, umpamanya, komputer, satelit, teknologi, dan sebagainya. Kalau mengikut pendapat mereka, bahasa Melayu memang tidak mempunyai perkataan-perkataan itu, maka kita tidak bolehlah memasukkannya ke dalam bahasa Melayu. Untuk merujuk kepada komputer, kita mungkin kena mengatakan "otak buatan", dan untuk "satelit", "cakerawala buatan" dan sebagainya, hehehe. Ooophs, bukan hehehe.... kena kekekeke. Itulah bunyi ketawa bahasa Melayu yang piawai. Yang pertama itu banyak keinggerisan, hehehe.

Saya telah asingkan "disamping", "diluar", dan "disitu" kerana anda kelihatan tak suka menggunakan batang ruang, iaitu spacebar, hehehe. Malangnya apabila saya nak simpan rencana itu, penapis spam tidak membenarkan saya menyimpan pautan yang memang sudah ada sejak dari awal-awal lagi. Maka saya menyorokkannya buat sementara sehingga penapis gila itu mengubah pendapatnya.

(P/S: Saya nak membincangkan penggunaan istilah "Bandaraya Mexico" tetapi pesanan ini kelihatan seolah-olah rencana. Maka perbincangan itu ditangguhkan.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 09:35, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Respons punya respons

[sunting sumber]
  1. Kalau vitae kurikulum murid Fantasia pun boleh masuk ke Wikipedia bahasa Melayu, apa lagi yang tak boleh masuk?
  2. Hot and cold relationship: Hubungan bak menghidap demam malaria, boleh? Hubungan bak di bilik penyaman udara rosak, boleh? Hubungan bak makan aiskrim goreng, boleh?
  3. Ayat 'redundant' atau perkataan 'redundant'. Sebenarnya, itu idiosinkrasi saya. Ia memberikan tanggapan terpelajar kepada mereka yang tak baca rencana saya, hehehe. Rencana tengok panjang, tetapi sebenarnya pendek. Tetapi yang sebenarnya adalah bahawa saya masih belum menguasai bahasa Melayu dan penuh keinggerisan. Selain itu, saya juga terpengaruh oleh nasihat Ainon Muhammad yang mencadangkan bahawa perkataan asing diterangkan. Umpamanya, walaupun orang barat tulis "Nile", kita harus tulis "Sungai Nile" supaya jelas. Kalau tidak, pembaca akan keliru tentang apa benda Nile itu. Namun mengikut rumusan Ainon, kita harus tulis Bandaraya Mexico walaupun orang Mexico merujuk kepadanya sebagai Mexico. Serupa juga dengan KL. Orang bukan Malaysia akan merujuknya kepada Muddy Estuary walaupun mereka tak sedar, bukannya KL.
  4. Mengapa perlu permit khas untuk mencantas? Kan ini portal masyarakat? Semua pengguna memiliki lesen GNU yang bebas untuk mencantas. Bagi saya, saya tak cantas, saya cuma menebang, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:20, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Cakap tentang redundant. Mengapa anda suka menandatangani pesanan anda secara redundant seperti yang berikut?

Catherinegoodhope 14:12, 18 Mei 2007 (UTC)catherinegoodhopeCatherinegoodhope 14:12, 18 Mei 2007 (UTC)?[balas]

Rupanya, anda tak yakin akan perisian wiki ini. Oleh itu, anda tulis ~~~~catherinegoodhope~~~~. Sebenarnya, anda hanya perlu tulis ~~~~ sahaja kerana perisian wiki tahu akan lu siapa. Tak perlu tulis "catherinegoodhope":


Tanda Maksudnya Hasilnya
~~~ nama sahaja Catherinegoodhope
~~~~ nama dan masa Catherinegoodhope 4:12, 18 Mei 2007 (UTC)
~~~~~ masa sahaja 4:12, 18 Mei 2007 (UTC)

Kan mudah? Pelik ke?
Syarikat Pemunggahan Rencana 16:49, 18 Mei 2007 (UTC) Syarikat Pemunggahan Rencana Syarikat Pemunggahan Rencana 16:49, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Memecah belah

[sunting sumber]

Sememangnya pecah biasanya membawa pengertian belah. Tetapi pecah kekadang tak belah. Untuk menegaskan ia pecah dan belah, maka "pecah belah" digunakan. Tambahan pula, apabila pecah, tak selalunya menjadi dua. Kekadang menjadi tiga, empat, lima, dan sebagainya. Maka "pecah belah menjadi" dua diterangkan.

Tetapi saya faham akan apa yang anda maksudkan, keep it short and simple (KISS). Ini memang standard tertinggi.

Jangan takut akan golongan penyelia Wikipedia bahasa Melayu. Mereka tak serupa penyelia Wikipedia bahasa Inggeris. Bagi mereka di sana, mendapat jawatan penyelia bak dianugerahkan gelaran Tun. Maka mereka berlagak sebagai orang berkuasa. Tapi di sini, semua rendah hati. Banyak bersikap toleransi, asalkan anda tak kencing di atas kepala mereka. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:07, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Berkenaan perkataan "Tuan Lama"

[sunting sumber]

Jika saya salah, maaf ye. Anda boleh alihkan laman tersebut semula pada nama asalnya. Terima kasih. — Aeon 18:37, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Beracah-acah

[sunting sumber]

Sindiran atau apa? hehehe. Sebenarnya, "patung" diutamakan, tetapi saya selalu tulis "arca" dalam rencana yang saya terjemahkan. Dewan Bahasa memanggil Statue of Liberty sebagai "Patung Liberty", bukannya ""Patung Kebebasan"" atau ""Statue Liberty"". Pelikkan?

Saya terjemahkan rencana Arca kerana ayat anda di Kedai Kopi:

Pengarca? Pemuisi? (di Michelangelo) I'm dying to know apa itu arca? Extremely canggih. Please please someone buat rencana 'arca'. Pemuisi???!!!

Selain itu, saya juga selalu menggunakan pemuisi, hehehe. Pemuisi diutamakan oleh Dewan Bahasa, berbanding dengan "pensyair", dan "penyajak". — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:04, 18 Mei 2007 (UTC)[balas]

Where r u from?

[sunting sumber]

Catherinegoodhope, r u from America but raise and became a Malaysian citizen?

Untuk si dia yang bertanya: catherine goodhope warga dunia. Jangan marah ye.Catherinegoodhope 08:48, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]

Your comment on Kedai kopi

[sunting sumber]

About you recent comment at kedai kopi, try to be civil when giving an opinion, it is considered a trollish comment, also in any wikipedia try to assume good faith, otherwise you will be block from editing by any administrator here. Thank you. — Aeon 08:15, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]


Look Catherinegoodhope, please do not change topics, I had enough of your LAME comment, like Jay said, do whatever you want. Also, why suddenly you blame me for your article Tokoh Lama which I edit and move its page? I do it for good intention, then you say I changed it too hastily, that is so WRONG. In fact I m just trying to give you an advise. Try look at this page now. And Syarikat Pemunggahan Rencana is just trying to be patient by being nice to you with so that you won't get angry with him. After that why don't you read most of the Wikipedia's policy at Wikipedia english for further proof. Try also see this for further proof. — Aeon 09:00, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]

Ainon Muhammad

[sunting sumber]

Ooooeeeeiiiiii!!! Anda terlupa? Syarikat saya cuma mengkhususkan dalam pemunggahan rencana, BUKAN menciptanya, hehehehe. Maklumat tak cukup laaaa.

Sejauh yang saya ingat, Ainon lulus dari Universiti Malaya pada sekitar tahun 1985. Dia kemudian berkahwin dengan Abdullah Hassan (kenapa tak nak kahwin dengan I, saya masih tertanya-tanya), lagi seorang ahli bahasa yang terkenal. Kedua-dua mereka telah menerbitkan banyak buku, khususnya berkenaan dengan terjemahan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ainon juga mengesan perkembangan bahasa Melayu dan rasa kesal tentang kehilangan daya cipta ahli bahasa Melayu yang cuma mengambil perkataan Inggeris secara bulat-bulat. Umpamanya pada suatu ketika, uji kaji dilakukan untuk menggunakan akronim frasa-frasa panjang seperti:

  • pawagam untuk panggung wayang gambar
  • cereka untuk cerita rekaan
  • cerpen untuk cerita pendek

dan sebagainya. Mengapa mereka tidak menggunakan "pirayu" untuk pilihan raya umum, sedangkan bahasa Indonesia memang dah lama menggunakan "pemilu" untuk pemilihan umum mereka. Diharapkan Pak Lah akan cepat-cepat mengadakan pirayunya tidak lama lagi.

Buku-buku Ainon memang best. Tak bosan, tak terlalu teknikal, tak susah untuk memahami. Sebenarnya, rencana Teori terjemahan di portal ini berdasarkan bukunya, Panduan Menterjemah, yang dipinjam daripada Perpustakaan Awam yang bebas daripada sebarang keperluan untuk memasukkan tangan ke dalam kocek untuk mengikankan (fish out) wang untuk membelinya, iaitu dalam perkataan mudah, "percuma".

(P/S: Tentang Old Master, nanti dulu. Syarikat saya akan cuba tengok mana boleh punggah.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:14, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]

Old Master

[sunting sumber]

Hai Catherine, nampaknya perkataan "Old Master" tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa, kecuali mungkin dalam bahasa-bahasa Eropah sahaja. Mengapa saya berkata begitu? Kerana "Old Master" mempunyai maksud yang amat khusus, iaitu:

  1. ia hanya merujuk kepada seorang pelukis Eropah yang mahir, bukan kepada pelukis-pelukis di luar Eropah yang mungkin lagi mahir;
  2. ia hanya merujuk kepada pelukis Eropah yang melukis sebelum 1800-1850 Masihi, bukan selepas. Namun Pablo Picasso (18811973), pelukis Itali yang terkenal, tidak boleh dirujuk sebagai "Old Master" walaupun beliau mungkin lebih masyhur daripada kebanyakan Old Masters.
  3. istilah "Old Master" bukan sahaja merujuk kepada pelukis Eropah sebelum sekitar 1850 Masihi, tetapi juga kepada karyanya. Maka dengan hanya alasan ini sahaja, ia memang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu memang membezakan antara pembuat dan hasilnya dengan nyata.

Terdapat banyak gelaran luar negeri yang tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Umpamanya, walaupun First Lady telah diterjemahkan sebagai "Wanita Pertama" (walaupun bagi saya, Wanita Pertama ialah Eve), Lady Johnson tidak diterjemahkan sebagai Wanita Johnson kerana perkataan "Wanita" tidak pernah digunakan sebagai gelaran dalam masyarakat Melayu dan maksudnya perkataan itu telahpun mantap dan tidak mempunyai maksud yang lain. Antara gelaran-gelaran yang tidak diterjemahkan ialah Duke, Archduke (walaupun boleh diterjemahkan sebagai "Ketua Duke"), Marquis, Lord, dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, saya berasa bahawa judul rencana "Old Master" harus dikekalkan kerana istilah ini bukannya dua perkataan tetapi sebenarnya satu perkataan kembar. Apabila Old dan Master dipisahkan, maksudnya sudah menjadi lain. Dalam kes sedemikian, saya mengesyorkan ayat pertama rencana itu ditulis sebagai berikut:

  • An Old Master is a term for a European painter of skill who worked before about 1800, or a painting by such a painter.

Bagi saya, terjemahan "Pelukis Agung" tidak begitu tepat. Sebenarnya, saya tadi juga hendak memberikan anda terjemahan tersebut berdasarkan pendapat saya (bukan berdasarkan Kamus Dewan Bahasa yang saya rujuk tetapi tidak dapat sebarang maklumat, dan sebelum membaca rencana "Old Master" dalam Wikipedia Inggeris) tetapi penggunaan "Pelukis Agung" tidak masuk akal apabila digunakan pada lukisan. Selain itu, "Pelukis Agung" tidak mempunyai konotasi seperti Old Master yang melalui penggunaan lama di dunia barat, telah memperoleh maksud tersendiri, iaitu ia hanya digunakan pada pelukis Eropah yang unggul sebelum sekitar 1800 Masihi. Bolehkah perkataan "Pelukis Agung" memberikan tanggapan itu?

Kes ini adalah amat berbeza dengan "Manga" yang sebenarnya bukan apa istilah teknikal Jepun tetapi perkataan Jepun yang biasa yang bermaksud "komik". Sebenarnya askara Jepun itu berasal daripada bahasa Cina yang juga bermaksud komik. Maka "Komik Jepun" adalah istilah sah untuk "Manga". Walaupun demikian, penggunaan istilah "manga" telah mencapai suatu kepopularan pada dirinya dan oleh itu, apa yang salah boleh menjadi betul dan dianggap betul oleh kebanyakan orang, manakala yang betul dianggap salah pula.

Dalam sejarah, Sony mencipta dua jenis pita kaset video, iaitu format Betamax dan format VHS. Oleh sebab tidak perlu dua, maka Sony menyimpan Betamax yang jauh lebih unggul untuk diri sendiri, dan menjual VHS kepada sesiapa yang hendak membelinya. Oleh itu, VHS membanjiri dunia, maka Betamax tidak laku walaupun lebih baik, dan kemudian pupus. Daripada peristiwa ini, kita boleh belajar sedikit sebanyak tentang kelakuan manusia yang biasanya tidak berlogik.

Kembali kepada pucuk pesanan, sebenarnya semua rencana Malaysia dan Indonesia dalam Googles mengekalkan istilah "Old Master" tanpa mencuba menterjemahkannya for very good reasons.Syarikat Pemunggahan Rencana 15:32, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]

Nampaknya dah ada dalam kamus. Jadi saya kira selesai. ...Aurora... 13:10, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Yang paling aneh tentang perkataan "master" dalam bahasa Inggeris adalah bahawa ia tidak merujuk sahaja kepada manusia tetapi juga kepada benda, umpamanya satu carian dalam kamus One Look Dictionary memberikan penjelasan seperti berikut:

  • orang:
  1. noun: an artist of consummate skill (Example: "A master of the violin")
  2. noun: an authority qualified to teach apprentices
  3. noun: one directs the work of other
  4. noun: someone who holds a master's degree from academic institution
  5. noun: an officer who is licensed to command a merchant ship
  6. noun: a person who has general authority over others
  7. noun: a combatant who is able to defeat rivals
  8. noun: presiding officer of a school
  • benda:
  1. noun: an original creation (i.e., an audio recording) from which copies can be made
  2. noun: key that secures entrance everywhere

Ini tidak bermaksud bahawa bahasa Inggeris lebih unggul daripada bahasa Melayu. Umpamanya, bahasa Melayu mempunyai "dia" yang boleh merujuk kepada kedua-dua jantina tetapi bahasa Inggeris tidak ada; maka terpaksa menulis "he/she" atau "one" apabila hendak merujuk kepada mana-mana seorang. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:30, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pesanan "Syabas"

[sunting sumber]

Hai Catherinegoodhope, anda bertulis pada 17 Mei 2007:

Syabas....tapi, agaknya anda perlu bersihkan sedikit lalang-lalang seperti 'kota Teotihuacan telah bertumbuh' ('very translated', he he he) dikebun Sejarah Mexico. Jangan marah ye. Bunga2nya cantik mekar mempersona. Uuuihhh, best! Bila dah kemas boleh lah bajak pulau krismas pula kot.

Kamus Dewan Bahasa menulis:

  • Perkara 24 bagi perkataan spring: Pasar mini telah tumbuh dengan cepat di seluruh negara itu;
  • Perkara 25 bagi perkataan spring: Persahabatan yg mesra tumbuh dgn cepat antara mereka.

Bunga2nya cantik mekar mempersona dalam pasar mini dan persahabatan yang mesra. Uuuihhh, best! Bila dah kemas bolehlah bajak pasar mini dan persahabatan yang mesra pula kot, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:30, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Fail tanpa lesen sah

[sunting sumber]

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:TamanSanghay.jpg

--MGA73bot (bincang) 22:17, 11 Julai 2011 (UTC)[balas]

Freely licensed file(s)

[sunting sumber]

Hi! You have uploaded one or more files with a free license. I have added an information template to the file(s) if there were none. You can see all free files in Kategori:Unidentified subjects in Malaysia and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if all the information is there and in the right place. If not please add or move the information.

If information is not there and if it is not possible to add it then nominate for deletion.

Once all the information is there the file can probably be moved to Commons. You can do so if you know how. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 14:05, 21 Februari 2021 (UTC)[balas]