Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Aviator/Arkib/2008

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa kawi

[sunting sumber]

Kamus Dewan memang tidak menggunakan huruf besar untuk subjek takrifannya, bukan kawi sahaja. Lihat melayu & inggeris sbg contoh. ...Aurora... 13:34, 31 Disember 2007 (UTC)[balas]

Bila saya cek versi bercetak, ternyata anda benar. Tapi kenapa ya? ...Aurora... 13:20, 7 Januari 2008 (UTC)[balas]
Kalau begitu saya simpulkan kes ini sebagai kesilapan menaip. ...Aurora... 14:23, 15 Januari 2008 (UTC)[balas]
Tak tahulah, mungkin boleh tunggu versi terbaru dan lihat. ...Aurora... 13:04, 16 Januari 2008 (UTC)[balas]

Kenapa saya ingin menjadi Steward

[sunting sumber]

Maafkan saya kerana tadi baru saya nampak anda tanya soalan ini. Itu kerana saya suka menolong orang lain di Projek-projek Wikimedia yg lain, terutamanya yg tiada birokrat. Selalu terdapat sesetengah permintaan pertolongan Steward yg tergantung lama. Tak apa saya kalah kali ini, saya akan cuba lagi (Steward 2008). --אדםוןד ואודס 07:27, 1 Januari 2008 (UTC)[balas]

Calon Pemeriksa Wikipedia bahasa Melayu 2008

[sunting sumber]

Selamat. Saudara dijemput mengundi ke laman pengundian saudara berhubung perlantikan sebagai pemeriksa → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Yosri sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Malekhanif sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Polar sebagai pemeriksa 1 Januari 2008, Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Che090572 sebagai pemeriksa 1 Januari 2008. Undian saudara cukup berharga untuk laman pengundian ini. Sekian. — Didie (bincang) 01:45, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Penterjemahan Penuh Perlembagaan Malaysia

[sunting sumber]

Tahniah! Saya rasa saya beri satu barnstar untuk anda kerana telah menterjemahkan keseluruhan Perlembagaan Malaysia di Wikisource..Pada pendapat saya anda layak mendapatnya kerana sesungguhnya menterjemah perlembagaan dengan penuh bermakna adalah amat sukar..Tahniah sekali lagi!!!!..Che 07:57, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]

Template

[sunting sumber]

Maaf ye, saya kembalikan Templat:Daftar bahasa pengaturcaraan, kerana saya memang berminat nak tambah bahasa yang tiada itu dalam masa terkini. Saya rehat dahulu kerana tak larat melihat istilah IT selepas menterjemah banyak bahasa pengaturcaraan dahulu. Yosri 00:52, 30 Januari 2008 (UTC)[balas]

Masaalahnya hilang di mata, hilang di fikiran. Saya cuba membuat terlalu banyak perkara, mana yang nampak di mata, saya buat. Kalau dibuang, Hummm... kena orang lain buatkan pula. Yosri 01:02, 30 Januari 2008 (UTC)[balas]


ALGOL adalah satu keluarga bahasa pengaturcaraan, sedangkan rencana asal hanya menyebut 1 dilek. Satu lagi ALGOL tidak meletakkan kategori bahasa pengaturcaraan, menyebabkan saya terlepas pandang ketika meninjau kategori. Yosri 04:49, 30 Januari 2008 (UTC)[balas]

Glosari pengaturcaraan

[sunting sumber]

Baru-baru ini saudara telah membuat sebuah rencana bertajuk glosari pengaturcaraan. Terdapat satu lagi tajuk dengan tujuan yang hampir sama iaitu daftar penterjemahan istilah pengaturcaraan. Kalau keduanya adalah sama isi, sama objektif, saya rasa baiknya rencana daftar penterjemahan istilah pengaturcaraan dipadam. Ini untuk menstandarkan semua istilah. Bergantung kepada anda untuk memadamnya. ~kurnia~ 07:24, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

*Sob sob sob* Tidak mengapa, demi keseragaman saya sanggup berkorban. Saya beri lampu hijau jika kewujudannya tidak perlu. Haha. ~kurnia~ 10:01, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Artikel Bumiputera

[sunting sumber]

Bapak Aviator, bisa tak gue tahu sebab suntingan artikel bumiputera gue dibatalkan? Salam. Pancaragam 09:57, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya telah pun meminta beberapa teman saya yang berbahasa Malaysia untuk menyemaknya, kata mereka OK. Mengikut polisi Wikipedia, setiap artikel adanya nilai tersendiri, walaupun bahasa tidak elok sangat. Tambahan pula, artikel saya difahami dan ditulis saya sendiri dan bukannya macam kata Bapak Yosri 'cut and paste'.

Saya rasa ia harus dipulihkan dan diperbaiki sekiranya pembaca rasa ada ruang untuk pembaikan (memang saya tidak dinafikan). Tapi ingin saya tegaskan bahawa artikel itu berlandaskan fakta. Cuba lihat di wiki en juga entri artikel itu. Kecuali anda ingin 'menapis' material yang ditunjukkan.

Salam. Pancaragam 11:54, 11 Februari 2008 (UTC)

Ini double standard. Mengapa terdapat artikel yang dalam bahasa Inggris bulat-bulat tidak dibuang. Nyata itu cut and paste. Gue telah menggunakan banyak masa dan usaha untuk menulis artikel itu. Yang dapat difahami itu haruslah diperbaiki dan bukannya dibuang. Yang dalam bahasa asing itu barulah perlu dibuang! Salam. Pancaragam 13:17, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
Gue telahpun menyunting semula dengan Bahasa Melayu standar. Mengapa ia direvertkan sekali lagi. Salam. Pancaragam 11:28, 12 Februari 2008 (UTC)[balas]
Sebenarnya penyumbang ini bersifat patriotik keCinaan. Saya tak kata ia baik atau salah, cuma sumbangannya perlu dibetulkan kepada konteks yang betul. Saya terpaksa berhati-hati apabila cuba meneuteralkan sumbangannya nanti kerana, saya pasti walau apa pun yang saya letak, pasti kena kondem punya. Cuma saya tidak sempat meluangkan masa. Nanti akan saya sesuaikan. Yosri 08:32, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

Anda mungkin ingin menterjemah ini:- http://en.wikipedia.org/wiki/Melaka_honours_list Yosri 11:44, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih.—Aviator, 11:48, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Apakah caranya untuk menjadi seorang penyelia di sini? Salam. Pancaragam 11:56, 12 Februari 2008 (UTC)[balas]


Wilayah Persekutuan

[sunting sumber]

Boleh saya tanya kenapa anda buang "Wilayah Persekutuan Putrajaya ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya." Setiap Wilayah Persekutuan ditakbir oleh badan yang berlainan, walaupun masih di bawah pentakbiran kerajaan pusat. Saya pun kurang jelas, cuma maklumat itu saya susah payah dapat dari laman rasmi masing-masing, jadi kalau dibuang, nak tanya kenapa. Yosri 11:31, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

RE:Kegunaan wajar

[sunting sumber]

Tukar sebab saya tengok yang lain guna istilah kegunaan adil. Saya nak mengelakkan pautan tak wujud kat template2 lesen... saya tengok kegunaan adil ada rencana sendiri tapi kegunaan wajar takder. sebabkan kegunaan wajar lebey rasmi.. mari kite tuka .. izzudin 11:35, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

InterWiki standardization?

[sunting sumber]

Hai Aviator, saya dgn dukacitanya ingin mengatakan bahawa saya kurang setuju dgn perbuatan ini. Anda lihat InterWiki di Wikipedia Bahasa Inggeris, semua InterWiki disusun mengikut nama bahasa dlm bahasa tersebut, bukan mengikut kod bahasa. Misalnya Bahasa Finland, kod ialah "fi" tapi namanya "Suomi", jadi InterWiki Bahasa Finland ada bersama dgn "S" dan bukannya "F", Bahasa Ibrani mempunyai kod "he" tapi namanya "Ivrit", jadi berada pd "I" dan bukannya "H"... --אדםוןד ואודס 16:39, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

Hai Mr Aviator, berkenaan rencana Utbah ibn Ghazwan, dalam kandungan rencana ini mengatakan dia seorang tokoh gemilang. Boleh saya buat pertanyaan sedikit mengenai Utbah? Bukankah Utbah itu merupakan seorang musyrik yang telah terkorban dalam peperangan menentang tentera Islam? Kalau anda boleh berikan jawapan berkenaan ini, saya akan sukacita. — Imran Al-Sahih 06:19, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

R u there? — Imran Al-Sahih 13:01, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Susunan interwiki

[sunting sumber]

Patutlah tiada perubahan, terima kasih. Alang-alang anda bot anda susun interwiki tu, tambahlah sekali kalau boleh. ...Aurora... 13:46, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Idioma-bot

[sunting sumber]

Hi. Sorry, but I have no idea how I could manualy change my pywikipedia files to change interwiki order. I think, I'll wait when this patch will be added to pywikipedia software. Until then I could stop my bot here. bat-smg:User:Hugo.arg 15:10, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]

I'm sorry, but I cannot agree your way to do

[sunting sumber]

So you are threaten bot owners to block all bot accounts if operator doesn't agree your consensus?You might to make patch and require pywikipediabot's developer to update the codes, not block accounts.It's no matter for me, but I cannot agree your way to do.

My interwiki account is running in other server, I'll follow your update by SVN.--Alexsh 16:16, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]

Support. I do not own a bot here but saw the advice on the talkpages of the French bot owners.
The sorting order is a relatively minor issue : I do agree that bots here must follow the local guidelines, but the matter is not problematic enough to justify a massive block.
Sure, no answer was given to your patch request in 15 days, but you could have have simply issued a warning "please patch your client in two days or you will be blocked" !
Massively blocking bots is not the right way here, as a block, no matter what, is always perceived as an attack.
Your patch just got commited on the pywikipediabot SVN, but I really hope that this sort of things won't happen again.
en:User:NicDumZ 18:28, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]

Terjemah

[sunting sumber]

Eh, saya cuma ubah mesej menjadi pesanan sebab saya rasa lebih sesuai. Yg lain2 saya terjemah dari bahasa Inggeris lama dulu, sebelum bugzilla:11421. Mengenai nama2 bulan itu pula, saya rasa itu kesilapan Raimond Spekking. ...Aurora... 13:52, 13 Mac 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya tukar mesej kpd pesanan sbb sekarang saya selalu dengar istilah "khidmat pesanan ringkas" digunakan. Saya rasa konteksnya sama dengan pesanan di Wikipedia, tiada kaitan dengan nasihat atau permintaan barang. ...Aurora... 13:18, 17 Mac 2008 (UTC)[balas]

Sawi Cina

[sunting sumber]

Sawi putih dan Kubis Cina tak sama. Kubis Cina subspesies Sawi putih. Yosri 01:02, 14 Mac 2008 (UTC)[balas]

Ye ke? Cuba lihat:-

Saya tak tanam sayur, tak sure sangat. Yosri 01:18, 14 Mac 2008 (UTC)[balas]

Lama tak jumpa

[sunting sumber]

Hi Aviator! Saya nak tahu, apa itu Kod C dengan fail skrip Python. Adakah ianya berhubungan dengan penginsatallan abjad Arab? Sekian. 161.139.100.98 10:15, 22 Mac 2008 (UTC) |nak kritik, klik sInI[balas]

Nak tanya???

[sunting sumber]

Saya telah pun mendownload Python 2.5.2 Windows installer pasal saya mempunyai bot(tak brdaftar). Saya tak tahu nak guna macam mana. Adakah saya silap download atau dll. Please reply. A'afwan. PuteraLuqman Tunku Andre 11:55, 22 Mac 2008 (UTC)[balas]

Takder pun??? PuteraLuqman Tunku Andre 16:28, 22 Mac 2008 (UTC)[balas]

Saya punya 2.5! arr, c lap lah tuh tp idle ader la, nk gna canna elk??? PuteraLuqman Tunku Andre 11:36, 23 Mac 2008 (UTC)[balas]

Sumpah saya langsung tak faham apa dya tulis, brapa kerat jerk, sy igt sng bela robot nih, ahah,rupanya susah, takper nnt saya tanya bot dari wikiId.Syukran jazilan kerana tolong saya.Really appreciate it! PuteraLuqman Tunku Andre 15:14, 23 Mac 2008 (UTC)[balas]

Nak sunting

[sunting sumber]

Hai Aviator! Saya nak sunting Rafidah Aziz pasal pemecatannya sbg Menteri dalam kabinet. Tolong jawab di halaman perbincangan saya. Bye. 161.139.100.98 14:42, 22 Mac 2008 (UTC)[balas]

Pepijat templat

[sunting sumber]

Boleh tolong saya semak templat:Jadualbenar? Sebab ada sedikit pepijat untuk get TAK di dalam rencana Get logik. Saya tidak tahu di mana letaknya pepijat tersebut. Thanks in advance. :) — kurnia[binc|sumb] 19:19, 27 Mac 2008 (UTC)[balas]

A little late, but...

[sunting sumber]

thank you, --Erkan Yilmaz 11:54, 6 April 2008 (UTC)[balas]

Tunduk kepada Syarikat Pemunggahan Rencana?

[sunting sumber]

Hey you juga mangsa dia dulu! Dulu dia sekat you dalam Ensiklokamus bodoh itu! --Peminat Edmundwoods 04:57, 9 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods

[sunting sumber]

Salam. Saudara Edmundwoods telah melakukan satu kesalahan yang boleh menjejaskan reputasi pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu iaitu terlibat dalam kes penyalahgunaan akaun di Wikipedia bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebuah laman khusus untuk perbincangan, penghakiman, dan pengundian oleh para penyelia Wikipedia bahasa Melayu diwujudkan. Anda dijemput menyertainya → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods (Penyelia). Kerjasama anda amatlah saya hargai. — Didie (bincang) 17:17, 15 Julai 2008 (UTC)[balas]

Salam. Mengenai penghakiman anda pada kes Edmundwoods berkenaan. Anda sebenarnya merasakan ingin melucutkan atau tidak melucutkan jawatan Edmund? Sekadar bertanya. — Didie (bincang) 13:11, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Wikipediasister

[sunting sumber]

Hai Mr Aviator, tukarkan jugak pautan wikiquote kat templat:wikipediasister. Penting sangat, sebab kalau wikiquote dah bukak, nanti kang kena sunting balik templat tu, leceh pulak. — Imran Al-Sahih 04:21, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

OK, saya akan buat pautan ke Incubator. Tapi kalau wikiquote dah buka, kena tukar juga pautan itu sebab berpindah ke alamat baru.—Aviator, 04:29, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

GUI = graphical user interface. GUI = antara muka grafik penggunaクルニア[binc|sumb] 15:31, 1 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Bukan, kedua-duanya digunakan. Faham-fahamlah, DBP. Mereka ada juga buat singkatan, AGP tapi tidak popular. — クルニア[binc|sumb] 20:15, 1 Ogos 2008 (UTC)[balas]

RE: Najib

[sunting sumber]

Bukanke "Mohd" singkatan untuk "Mohamed", "Mohamad", "Mohammed", atau "Mohammad"? Dah understood lah. Lagipun saya pernah nampak nama penuhnya kat TV. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:13, 2 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Tapi kita mungkin tiada peluang lihat IC Najib lah... Yang saya lihat dlm TV tu "lengkapan" untuk "Mohd", tapi saya tak ingat itu "Mohamed", "Mohamad" atau apa. Sebenarnya disebabkan "Mohd" ada banyak kemungkinan, terdapat juga banyak versi "lengkapan", misalnya nama penuh Mahathir Mohamed, terdapat juga banyak ejaan untuk nama bapanya. Jadi, kalau nak ikut apa you cakap - ikut IC, hampir mustahil. Takkan kita nak pergi jumpa Najib dan mintanya tunjuk IC? Kalau nak ikut laman web Suruhanjaya Pilihanraya pun mungkin tak tepat, sebab nama-nama calon di dalam tidak semestinya ikut IC - mungkin ada singkatan, gelaran... Btw pada pendapat saya, orang seperti itu yang anda kenal itu, mereka hanya tahu menghormati tulisan Rumi dan tidak tahu menghormati tulisan Arab/Jawi. Alangkah baik kalau Romanisation nama-nama Arab diselaraskan? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:21, 3 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Anda yakin laman web Parlimen memang ikut nama IC ke? Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya pun kurang tepat, macam mana anda dapat menjamin bahawa Parlimen punya tepat? Jangan lupa ada MP punya nama ada alias tau... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 12:58, 4 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Tapi... takkan nak buat <ref> bagi tajuk!? Tak mungkin. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 05:29, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Saya menggunakan kamera automatik Canon A400 3.2 megapixel, 3 X zoom. Lesen itu tak serasi dengan Common yang mengkehendaki penggunaan perdagangan digunakan. Saya menggunakan non-commercial. Sekiranya anda berminat fotografi, anda boleh bermula dengan kamera digital automatik. Ini kerana anda boleh menala sebanyak mana yang dikehendaki dan padam kemudian. Tetapi untuk hasil terbaik masih menggunakan filem. Latihan kamera digital hanya bagi berlatih komposisi gambar, keseimbangan gambar di ambil, biasan cahaya, gelap/cerah, ruang (spatial), dsb. Selamat mengambil gambar... Yosri (bincang) 12:13, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Calon Rencana Pilihan September

[sunting sumber]

Salam perkenalan. Seperti anda juga, saya telah membantah rencana Islam sebagai RP untuk September. Saya sedang mencari rencana lain untuk dicalonkan. Setakat ini belum berjaya. Jika anda ada cadangan silalah calonkan. Orang kata daripada membantah sahaja, lebih molek kalau kita turut mencadang. Jika rencana yang anda ingin calonkan perlu diperbaiki lagi, saya boleh luangkan masa membantu anda. Saya benar-benar mahu mengelak tragedi bulan Ogos daripada berulang. --Tikar aurum (bincang) 17:24, 11 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Sila lihat

[sunting sumber]

Mr Aviator, sila lihat Cadangan untuk satu perubahan sistem. — Imran Al-Sahih 10:53, 25 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Pesalah laku

[sunting sumber]

Di masa depan anda boleh menyekat vandal berulang secara kekal. Ini kerana dia masih melakukannya walaupun telah ditegur. Saya tidak rasa IP tersebut mampu menyumbang apa-apa yang berguna sekalipun. Yosri (bincang) 16:31, 26 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Deo Volente

[sunting sumber]

Selamat Datang di id.wiki! Mikhailov Kusserow (bincang) 03:25, 29 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih!—Aviator, 03:40, 29 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Ulasan rencana RMK2

[sunting sumber]

Salam Ramadan al-Mubarak! Saya baru menterjemah rencana Rancangan Malaysia Kedua daripada en.wiki. Jika saudara punya kelapangan masa, pohon pertolongan untuk mengulas rencana ini. Ulasan saudara saya minta ditinggalkan di laman perbincangannya. Jika tiada apa-apa masalah bolehlah dicalonkan untuk rencana pilihan bulan Oktober. Budi dan jasa saudara saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. --Tikar aurum (bincang) 12:24, 1 September 2008 (UTC)[balas]

pengenalan kedai kopi

[sunting sumber]

boleh tak tolong tukar warna bahagian atas di pengenalan kedai kopi dari kelabu kepada warna yang sinonim dengan background?--Adikhebat (bincang) 00:10, 7 September 2008 (UTC)[balas]

Anda boleh minta jasa baik Kurnia.—Aviator, 03:33, 7 September 2008 (UTC)[balas]

Templat:Dts

[sunting sumber]

Salam! Sepanjang pemerhatian saya, anda cukup berpengalaman dengan templat, bukan? Saya ada masalah dengan Templat:Dts yang dicipta (disalin daripada wiki-en) oleh Edmund. Saya cuba gunakannya di Ahli Kesatuan Eropah tetapi ada masalah dalam persembahan akhir. Terutamanya pada lajur Tarikh Masuk, bulan tidak kelihatan. Saya cuba menukar sintaks di Templat tetapi tidak berjaya (lebih kepada kurang faham sebenarnya, LOL). Kerjasama anda saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. ;) --Tikar aurum (bincang) 13:48, 13 September 2008 (UTC)[balas]

Ada beberapa templat lagi yang tak disalin seperti {{0expr}} dan {{MONTH}}. Saya nasihatkan anda masukkan tarikh seperti biasa sahaja, tak payah pakai templat.—Aviator, 14:20, 13 September 2008 (UTC)[balas]
Template:Dts tak perlukan {{0expr}} dan {{MONTH}} pun. izzudin 14:32, 13 September 2008 (UTC)[balas]
Tengok kod sumber betul-betul.—Aviator, 14:36, 13 September 2008 (UTC)[balas]
Oh. Dah jadi dah pun Izzudin buat. Tapi templat-templat yang tertinggal itu perlu disalin juga. Bila saya tekan butang susun, tertibnya tak teratur.—Aviator, 14:42, 13 September 2008 (UTC)[balas]
Sebab itu saya perlukan Dts. Kononnya dapat membantu menyusun tarikh mengikut tahun. Jika cara biasa, yang disusun adalah hari. --Tikar aurum (bincang) 15:02, 13 September 2008 (UTC)[balas]
Nampaknya anda kena siapkan kerja Edmund. Lihat kod sumber dts di WpEn, di sebelah bawah ada senarai templat yang diperlukan. Semak setiap templat, kalau tiada di sini, anda salin saja.

Manuskrip

[sunting sumber]

Saya hanya ada beberapa gambar yang masih belum disisih dan belum dikenal pasti. Teksnya hanya cetakan semula oleh DBP (berhakcipta) dengan itu tidak serasi dengan GNU. Yosri (bincang) 18:09, 16 September 2008 (UTC)[balas]

Editttols

[sunting sumber]

MediaWiki tidak pelik, cuma orang-orangnya gila pengaturcaraan. Saya belum pernah gunakan WordPress, jadi saya tidak tahu apa yang anda maksudkan. haha.. (^.^;) kurniasan 17:07, 14 September 2008 (UTC)

Saya kurang tahu mengenai networking, mungkin satu hari nanti saya akan cuba pelajarinya. Saya pernah cuba memasang MW ke komputer saya, malangnya saya tidak tahu langsung apa yang perlu saya buat. Arahan-arahan MediaWiki pun saya tidak fahami.. haha.. Saya cuba buka laman contoh yang disediakan, yang saya lihat hanyalah kod-kod php. Saya klik config.php, lembar yang keluar adalah hodoh. Rasa-rasanya lama lagi baru saya hendak belajar menggunakan MediaWiki. kurniasan 18:51, 14 September 2008 (UTC)
Terima kasih banyak-banyak. ^.~ kurkur 03:34, 25 September 2008 (UTC)[balas]

We at mswiki have agreed to use the "revised sorting order" on interwiki links. See m:Interwiki sorting order for more info. We have submitted a patch for pywikipediabot, but has not been applied yet by the developers. As the bug is affecting interwiki.py, we intended to block all running bots, your bot included, until their owners apply a manual patch. Your cooperation on the issue is appreciated. Please let me know if you have applied the patch or if you have further suggestions. 41.233.113.241 12:18, 8. Mäz 2008 (CET) (Aviator)

Topik ini telah ditutup.Aviator, 11:30, 29 September 2008 (UTC)[balas]

Barpanduarah hanyut

[sunting sumber]

Saya suka2 buat, haha. Kalau tidak suka, saya boleh kembalikan seperti yang dulu. Bagaimana pula dengan arkibnya? Sesuai? kurkur 02:02, 30 September 2008 (UTC)[balas]

Ya, ada yang tertindih. Nanti saya betulkan yang tertindih, tapi ia akan diletakkan di belakang. Tidak pasti yang sekarang lebih sesuai atau yang dulu. Isi kandungan sengaja saya letakkan di kanan. Nanti saya betulkan balik. haha. kurkur 03:07, 30 September 2008 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya

[sunting sumber]

Selamat Hari Raya Aidilftri 1429 Hijrah!. ...Muhraz... (bincang) 09:05, 1 Oktober 2008 (UTC)[balas]

كل عام طيبينAviator, 11:10, 2 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Re: Reanimation

[sunting sumber]

Dalam Reanimation, anda kata yang Korn dan Staind membantu dalam pembikinan album itu. Ada sumber rujukan tak?—Aviator, 13:02, 4 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Ada, sumbar utama ialah pada buku kecil album Reanimation itu sendiri. - Hezery99 (bincang) 13:49, 4 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Pindah kategori

[sunting sumber]

Saya tahu, tapi saya sengaja cuba dan paling penting, saya tidak tahu nama templat tersebut. Saya sudah padamkan laman kategori tersebut. Nanti saya usahakan pembetulan pautan ke kategori tersebut. kurkur 13:21, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Haha, terima kasih. Saya ada muat turun bot juga, tapi tidak pasti cara menggunakannya, kecuali bot welcome. u_u kurkur 13:26, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Senarai pokok

[sunting sumber]

Sila elakkan membuat laman terlalu besar kerana bukan semua orang menggunakan jalur lebar. Ia melambatkan paparan di talian dail-up. Selain itu menyusahkan suntingan kerana ada pelayar yang mempunyai masalah menyimpan laman yang besar. Yosri (bincang) 16:19, 9 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Hai Aviator ,
Saya bukan menuduh, tetapi membuat peringatan agar mengelak membuat laman terlalu besar. Ini kerana saya ada menggunakan dail-up dan memuatkan laman besar mengambil masa. Selain itu masih ramai pengguna lain di Malaysia yang masih menggunakan dail-up. Perkataan Sila elakkan itu merupakan sebagai peringatan. Yosri (bincang) 00:14, 10 Oktober 2008 (UTC)[balas]
PS. Selain itu terdapat firewall talian di pejabat yang menghalang menyimpan laman yang besar. Ia menghalang penghantaran data besar keluar. Ini menghalang penyuntingan fail besar, dan menyebabkan penyuntingan perlu dilakukan secara berperingkat. Sebahagian demi sebahagian. Yosri (bincang) 00:19, 10 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Itu adalah benar, tetapi sekurang-kurangnya suntingan dapat dilakukan dan disimpan. Yosri (bincang) 00:29, 10 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Suntingan bahagian tak boleh disimpan ke? I'm not seeing your point.—Aviator, 03:28, 10 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Suntingan pada bahagian awal rencana, tidak boleh simpan. Mungkin jika lebih banyak menyunting anda lebih peka kepada masaalah sebegini. Yosri (bincang) 16:22, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Kan ada butang ▲? Kenapa tak boleh simpan? Adakah butang Simpan rosak?—Aviator, 16:27, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]


Baca di atas 2 dan 3. Tak perlu saya mengulang. Yosri (bincang) 16:43, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Saudara Yosri, saya memang betul-betul tak faham apa masalah anda. Saya pun tak perlu mengulang. Kan saya dah cakap laman itu tak melebihi had pun. Banyak lagi laman yang jauh lebih panjang daripada laman Senarai pokok, malah melebihi had 32 KB, kenapa anda tak suarakan? Saya lihat arkib-arkib perbincangan anda pun ada yang melebihi 32 KB, macam mana anda boleh simpan laman arkib itu sedangkan di laman Senarai pokok anda menghadapi masalah pula? Laman Halang penyalinan yang anda usahakan pun melebihi 32 KB, saya nampak anda dapat sunting dengan baik saja, tak merungut pun.
Dan, seperti yang saya kata, butang 'sunting bahagian' dan butang ▲ sudah ada untuk memudahkan pengguna menyunting secara berperingkat. Kalau pecahkan laman Senarai pokok mengikut huruf pun sama juga. Kena sunting satu-satu juga. Saya gabungkan kerana ada ada laman-laman pecahannya terlalu pendek, bahkan ada yang kosong.—Aviator, 16:58, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Anda perlu faham bukan semua rakyat Malaysia ada jalur lebar, ada yang memakai dail-up. Selain itu, firewall di sesetengah office menyekat penghantaran data yang besar. Lihat sejarah Laman Halang penyalinan ia ditampal perenggan demi perenggan bagi mengelak masaalah di atas. Jangan syok sendiri dengan jalur lebar yang anda guna. Faham-faham kan sikit masaalah pengguna lain. Saya hanya sunting laman besar di cybercafe. Yosri (bincang) 17:11, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Betulkah? Anda boleh memuat naik gambar lagi. Bukan sikit, banyak pula tu gambar-gambar yang anda hasilkan: lebih daripada 2000 keping. Tambahan pula, anda adalah pengguna dengan suntingan terbanyak: 7% daripada jumlah suntingan di Wikipedia. So, don't tell me you have *real* difficulty editing this particular page. Kalau betul, anda seharusnya menumpukan kepada kerja, bukan menyalahgunakan Internet di pejabat :P.
Saya percaya anda tidak menghadapi masalah dengan penyuntingan sedikit demi sedikit. Kalau rencana Senarai pokok dipecah-pecahkan, kena sunting secara berperingkat juga, bukan? 2 x 5 = 5 x 2.
Di belah saya, saya telah pun mematuhi segala piawaian Wikipedia dan memastikan bahawa laman itu tidak melebihi had 32 KB untuk keselesaan sejagat. Kalau ada pengguna yang masih menghadapi masalah dengan had ini, itu adalah di luar tanggungan saya atau tanggungan siapa-siapa. Anda sepatutnya menyalahkan sambungan Internet anda, bukan menuding jari kepada orang lain.—Aviator, 19:47, 17 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Saya ulang, suntingan sukar dilakukan bagi laman yang besar, bukan masaalah bagi menyunting beribu laman kecil, lambat sedikit bagi upload gambar. Syok sendirilah kalau mengukur piwaian capaian pengguna Internet Amerika berbandin ukuran capaian Internet dailup Malaysia. Bacaan adalah untuk semua pengguna, bukan dihadkan bagi mereka dengan jalur lebar, yang syok sendiri. Anda sepatutnya menyalahkan sambungan Internet .. Isu baru pula:- Polisi pejabat adalah melarang capaian kepada laman lucah dan waktu pejabat. Saya membuat suntingan di luar waktu pejabat + masa makan. Waktu lain hanya memantau, memadam vandal. ANyway, non of you business. Yosri (bincang) 01:03, 18 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Saya sudah terangkan yang:
  1. Sambungan dialup 28.8 kbit/s boleh memuat laman itu dalam masa 5 saat sahaja.
  2. Saya tidak melanggar mana-mana peraturan atau dasar Wikipedia (baru 60% daripada had yang ditetapkan, tapi mungkin saya melanggar peraturan *anda* atau *pejabat anda*).
  3. Pautan sunting di sebelah kanan setiap bahagian telah disediakan dan pautan sunting pengenalan (▲) telah disediakan.
Apapun, saya tak faham masalah sebenar anda. Kalau anda nak bertegas lagi, anda boleh undurkan saja suntingan-suntingan saya. Saya mahu menunjukkan teladan yang baik, mungkin saya tersilap langkah, kalau anda rasa perbuatan saya membebankan tugas-tugas anda, buatlah apa-apa yang anda rasa patut, OK?—Aviator, 01:51, 18 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Laman sesawang

[sunting sumber]
Mesti ada sebab banyak kali saya jumpa laman sesawang...samada di dalam Kamus Dewan atau Dewan Kosmik...tapi tak apa ..jika ada apa-apa perubahan saya beritahu..Che (bincang) 07:37, 29 September 2008 (UTC)[balas]
Cuba lihat apa yang saya ambil dari DBP bila saya buat satu larian mengenai sesawang...

Komen??Che (bincang) 07:49, 29 September 2008 (UTC)[balas]
ok...sebenarnya saya ada nampak kat Dewan Kosmik dulu....juga dewan bahasa...nanti saya periksa..Che (bincang) 09:51, 29 September 2008 (UTC)[balas]
Maaf kerana menyampuk, rupanya bukan saya sahaja yang perasan rupanya, saya telah menghubungi pihak DBP dan mereka memberitahu bahawa laman web, laman sesawang dan pautan luar ialah diterima. Tetapi mereka turut me'nasihat'i saya supaya menggunakan laman sesawang agar tampak lebih ke'Melayu'an. PuteraLuqman Tunku Andre 15:54, 29 September 2008 (UTC)[balas]
Saya tak menafikan terjemahan itu. Kepelbagaian istilah adalah perkara biasa. Cuma saya mahu menegur kesalahan rujukan Kamus Dewan itu, kerana dalam Kamus Dewan tidak wujud istilah ini. Lihat Laman web.—Aviator, 16:06, 29 September 2008 (UTC)[balas]
Saya faham Aviator...kalau saya jadi anda saya akan berbuat begitu juga..kalau anda baca akhbar dulu...DBP ada penyakit 'kemandulan istilah' bermaksud mereka terima aje apa yang ada daripada bahasa inggeris tanpa melihat istilah bermaksud sama beridentitikan Melayu atau Malaysia atau nusantara..Che (bincang) 17:02, 29 September 2008 (UTC)[balas]
Kalau anda dengar radio berita 24 di 93.9 , mereka selalu gunakan laman sesawang...komen? Che (bincang) 06:33, 18 Oktober 2008 (UTC)[balas]
No comment...—Aviator, 06:31, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Helpmeeeeeee...... It's toooooo biiiiiiggggg...... Boleh tolong tak, saya langsung tak faham kenapa rupa templat ini boleh jadi terrrrrrlaaaaaaaluuuuuuu beeeeeeessssssssaaaaaaarrrrrrrrr di sini. Saya ambil dari Wikipedia Bahasa Inggeris (en:Template:KTM Komuter Line). Terima kasih. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:30, 23 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Yang awak salin buta tu apasal? Lain kali, buat templat sendiri, yang main tiru saja.—Aviator, 19:10, 23 Oktober 2008 (UTC)[balas]

...
Selama ni kami memang main tiru saja. Lagipun berbanding dengan templat lain, templat ini memang high tech punya... :-P --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:56, 24 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Buat ringkas-ringkas saja cukup. Lagipun, usah pentingkan templat/infobox/dsb. Pentingkan penulisan rencana.—Aviator, 16:11, 24 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih atas nasihat anda. Namun kini saya sudah berjaya mengesan kesilapan saya ketika itu, dan nampaknya kini sudah tiada masalah begitu walaupun masih tidak dapat sama dengan Wikipedia Bahasa Inggeris. :-) --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:15, 24 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Wiki.png

[sunting sumber]

Logo wiki.png yang anda improvekan tuh kenapa tulisan Ensiklopedia Bebas dia nampak bengot-bengot? niduzzi 14:17, 26 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Bengot-bengot? Memang font dia macam tu pun. Tak percaya, tengok wiki lain.—Aviator, 14:18, 26 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Errr... ntahlah... wikipedia lain takde plak saye nampak bengot-bengot.. maybe mata dah rabun? huhuu niduzzi 14:25, 26 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Saya guna monitor LCD, jadi mungkin tak ketara sangat pada pandangan saya. Saya guna font lain sebenarnya. Saya tak ada font yang asal. Nanti saya minta bantuan Nohat untuk menghasilkan logo baru.—Aviator, 14:40, 26 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Pendapat anda

[sunting sumber]

Macamana kalau kita wajibkan semua pengguna urus akaun global? (jangan salahkan saya, engkau tengok wikipedia Sepanyol ke Turki ke, mesti ade name aku) Muhraz (bincang) 06:42, 1 November 2008 (UTC)[balas]

Kenapa perlu diwajibkan?—Aviator, 09:24, 1 November 2008 (UTC)[balas]

Pendapat saya tentang perdebatan di Khalifah

[sunting sumber]

Merujuk kita akan doa sebelum solat Jumaat. Tengok sini.

Semoga Allah meredhai khalifah khalifah Rasulilahisalahualihiwassalam

(Khutbah Jumaat, Masjid Sultan Ismail, UTM. Jumaat minggu lepas)

Muhraz (bincang) 14:49, 4 November 2008 (UTC)[balas]

Tukar parameter

[sunting sumber]

Boleh tak tolong gunakan ArrazzazBot tukarkan parameter "name" dan "laman web" kepada "nama" dan "laman_web" dalam semua rencana kalau ada, yang menggunakan kotak info {{Filem}} ? niduzzi 17:14, 2 November 2008 (UTC)[balas]

Nanti siap saya beritahu.—Aviator, 23:47, 2 November 2008 (UTC)[balas]

Oh lagi satu, saya juga tukar output dari parameter "filemkita" dari {{{filemkita}}} menjadi [{{{filemkita}}} Rujukan Filemkita]. Jadi boleh tak tolong gunakan bot singkirkan benda lain yang telah diletak dalam parameter "filemkita" di mana-mana rencana supaya yang tinggal hanya URLnya sahaja. Sebelum ini orang perlu pautkan sendiri ([http://filemkita.com/blabla Rujukan Filemkita]), tetapi sekarang hanya perlu letakkan URLnya sahaja. niduzzi 15:09, 4 November 2008 (UTC)[balas]

Confirm? Terdapat juga laman yang menggunakan templat selain {{filem}}, tetapi templat itu adalah lencongan kepada Templat:Filem, seperti Templat:Infobox Film. Anda mahu tukar juga parameter-paramater dalam laman-laman ini?—Aviator, 12:29, 7 November 2008 (UTC)[balas]
Ya.. niduzzi 12:40, 7 November 2008 (UTC)[balas]

Siap. ±400 laman telah dibetulkan.—Aviator, 16:33, 7 November 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak.. ^_^ niduzzi 17:16, 7 November 2008 (UTC)[balas]

Saya harap bot dapat memantau dan membetulkan secara berterusan. Ini kerana pengguna kebanyakkannya menggunakan parameter-parameter dari infobox yang disalin dari Bahasa Inggeris. Parameter "name" yang disalin harus ditukar kepada "nama". Terima kasih. ^.^ niduzzi 09:19, 8 November 2008 (UTC)[balas]

Arazzazbot

[sunting sumber]

Aviator, kenapa Arazzazbot tak berfungsi mengirim pesan selamat datang pada perbualan pengguna yang disahkan secara akaun global? Terpaksa saya mengerjakan tugas ini dengan templat saya.

{{sd/Muhraz}}

Muhraz (bincang) 04:14, 10 November 2008 (UTC) (Yang prihatin)[balas]

Lihat kiriman oleh TheFearow di: [1]. Ucapan selamat datang kepada pengguna akaun global boleh mengganggu mereka kerana pandaftaran akaun itu adalah secara automatik. Sebab itu saya mengehadkan operasi bot saya kepada pengguna yang mendaftar di sini sahaja.—Aviator, 04:38, 10 November 2008 (UTC)[balas]

Pentakbiran ke pentadbiran?

[sunting sumber]

Kata asal - takbir -> Mentakbir. Tak pernah dengar kata asas tadbir. Tetapi saya tidak ada kamus DBP di sini. Sesiapa ada kamus dewan? Yosri (bincang) 11:50, 20 November 2008 (UTC)[balas]