Perbincangan pengguna:Aghni
KAMPONG SENGKARAI, Tutong. Negara Brunei Darussalam
Pendahuluan
Kampong Sengkarai termasuk di dalam kawasan Mukim Pekan Tutong. Di kampung ini terdapat sebuah pantai yang diberi nama Pantai Seri Kenangan, terletak lebih kurang dua kilometer dari Pekan Tutong. Pantai ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu di sebelah kiri terletak Sungai Tutong dan di sebelah kanannya pula Laut China Selatan. Keramaian penduduknya lebih kurang 2,420 orang yang terdiri daripada Puak Tutong, Brunei dan lain-lain. Majoriti penduduk awal yang tinggal di kampung ini berasal dari Kampong Kandang yang terletak di Kampong Serambangun. Penduduk di kampung tersebut berpindah ke Kampong Sengkarai apabila penyakit taun melanda kampung berkenaan. Perkembangan di kampung tersebut bermula dalam tahun 1940an dan makin giat berkembang sehingga ke hari ini, yang mana di kampung tersebut terdapat 226 buah rumah persendirian, 30 buah rumah kerajaan, sebuah rumah persinggahan kerajaan, 28 buah flat, 3 buah rumah buruh, 3 buah rumah kedai, 3 buah kilang papan, 1 taman permainan, 1 taman rekreasi yang terdapat di Pantai Seri Kenangan, sebuah tamu, 2 buah blok bangunan, sebuah kedai koperasi dan 7 buah kedai makan. Penduduk kampung ini juga bergiat aktif dengan menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Melayu Sengkarai, Tutong.
Asal Usul Kampong Sengkarai
Menurut salah seorang penduduk Kampong Sengkarai, nama Kampong Sengkarai berasal dari sebuah perahu yang dinamakan 'Sang Garai' yang dibuat oleh penduduk kampung pada zaman dahulu. Kisahnya bermula di akhir tahun 1800, ketika serangan ayau melanda Kampong Sengkarai yang menyebabkan penduduk kampung tersebut terasa terancam. Dalam Usaha untuk melepaskan diri dari ancaman itu, penduduk kampung bermesyuarat dan mengambil kata sepakat untuk membuat sebuah perahu yang cukup besar kira-kira empat ke lima rantai panjangnya.
Semasa perahu tersebut dibuat, tiga batang pohon binjai telah ditanam bagi menandakan panjang perahu tersebut. Pohon-pohon binjai tersebut ditanam di kedua-dua penghujung perahu dan sepohon lagi di tanam di tengah-tengah perahu berkenaan. Setelah berbulan-bulan lamanya, perahu itu pun siap dan tiba masanya utnuk diturunkan ke sungai. Dengan tenaga lebih seratus orang penduduk kampung cuba untuk mengangkat dan menurunkan perahu tersebut tetapi hairannya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempat asalnya walaupun di cuba beberapa kali. Kebetulan ada seorang bomoh yang hadir pada masa itu dan beliau kemudiannya menjampi-jampi perahu tersebut. Setelah selesai dijampi-jampi, orang itu menyuruh penduduk kampung tadi mengangkat dan menurunkan perahu ke sungai, maka dengan mudah saja mereka dapat melakukannya. Akhirnya penduduk kampung menamakan perahu tersebut Sang Garai iaitu nama seekor binatang yang gagah dan sangat ditakuti oleh manusia pada ketika itu. Rupa bentuk Sang Garai itu mereka letakkan di hadapan perahu bagi menakutkan musuh dalam peperangan ayau yang sering berlaku pada waktu itu. Bagi memperingati nama perahu tersebut, penduduk kampung telah menamakan kampung berkenaan sebagai Kampong Sang Garai yang akhirnya kekal hingga sekarang dengan panggilan Sengkarai.
Ada juga berpendapat, pada masa dahulu ada sebatang sungai yang menjadi pengkalan bagi penduduk kampung turun naik membawa barang jualan dan tempat mereka mengadakan urus niaga. Tempat ini mereka namakan sebagai 'Garai'. Di garai ini ada seorang pennjual bernama 'Sang' yang terkenal dengan barang-barang jualannya. Dari hari kesehari penduduk kampung menyebut nama 'Sang' dengan di kaitkan nama 'Garai' sehingga kedua nama tersebut disatukan menjadi 'Sang Garai' bagi memudahkan mereka menyebutnya.
Menurut beberapa orang penduduk kampung lagi, nama 'Sang Garai' juga ada dikaitkan dengan nama seseorang yang tinggal berdekatan dengan sungai yang mana sekarang ini di kenali dengan nama sungai Sengkarai. Beliau hanya dikenali dengan nama 'Sang Garai' tetapi tidak diketahui tentang riwayat hidup dan asal usul beliau. (Di petik dari buku 'Puak Tutong Sejarah dan Perkembangan Awal Sosio-Budaya' - ©PUSAT SEJARAH BRUNEI, 2002)
Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.
[sunting sumber]PENDAHULUAN
Kampong Sengkarai Tutong, sudah pun mempunyai Balai Ibadat (Surau) sejak tahun 50an dahulu, semasa ketua kampong yang lama iaitu Pengiran Radin Bin Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, ketua kampong yang pertama pada waktu itu. Beliau telah membina Balai Ibadat itu dengan cara bergotong royong diatas tanahnya sendiri. Setelah beliau meninggal dunia, Balai Ibadat tersebut masih digunakan hingga beberapa tahun kemudian dan disinilah puncanya kesedaran beribadat yang tidak putus-putus hingga kehari ini.
BALAI IBADAT YANG ADA SEKARANG
Bila Balai Ibadat yang lama ini sudah tidak sesuai lagi, kerana keadaannya yang begitu tidak mengizinkan (Bangunannya uzur, tidak boleh menampung ramai orang) maka Ketua Kampong yang baru, telah merancang membuat Balai Ibadat yang baru dan mengubah kedudukan yang lama kepada kedudukan yang baru. Bangunan baru ini dibina berdekatan dengan Balai Raya Kampong Sengkarai diatas Tanah Tol (Tanah Tumpang Sementara) hingga sekarang. Cadangan ini dipersetujui oleh pendudok Kampong Sengkarai dengan membentuk Jawatankuasa pembinaan dengan meminta kebenaran untuk menjalankan derma kepada orang ramai bagi mendapatkan kewangan.
Tahun 1980, derma telah dijalankan dan mendapat sambutan yang baik. Hampir satu tahun iaitu bulan Mac 1981, Balai Ibadat ini telah mula dibina dan selesai pembinaannya pada bulan Jun pada tahun yang sama, dan digunakan pada tahun itu juga. Perbelanjaan dianggarkan berjumlah sebanyak $28,000.00 dengan keluasan tanah seluas ¼ ekar. Tanah ini adalah digunakan secara Tanah Tumpang Sementara(TOL). Sekarang telah diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Keluasan Balai Ibadat ini pada asalnya ialah 40 kaki X 45 kaki.
Memandangkan para jemaah dari sehari ke sehari semakin bertambah dan keluasan yang ada sudah tidak boleh menampung jemaah terutamanya apabila Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, maka timbul pemikiran untuk menambah keluasannya bagi menampung ramai jemaah. Maka jawatankuasa ta'mir Balai Ibadat ini telah meminta kepada Jabatan Hal Ehwal Syariah (Sebelum Jabatan Hal Ehwal Masjid) untuk menambah besar seluas 40 kaki X 30 kaki. Akhirnya Jabatan Hal Ehwal Syariah meluluskan untuk membuat tambahan tersebut pada tahun 1987. Memandangkan juga masalah dapur untuk mengadakan majlis-majlis dan tandas, maka ahli-ahli jawatankuasa ta'mir memikirkan, perlunya ada bangunan dapor dan tandas yang baru. Maka Jabatan Hal Ehwal Syariah sekali lagi meluluskan perbelanjaan bagi pembinaan dapur dan tandas yang baru ini pada tahun 1991 dan sehingga hari ini ianya masih digunakan. Pada tahun 1992 atap yang lama telah diganti dengan atap yang baru yang mana perbelanjaannya juga diberi oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah.
Semenjak Balai Ibadat yang baru ini dibina, ia belum mempunyai Pegawai Masjid yang tetap. Pentadbiran dan sembahyang jemaah hanya diimami oleh Pemangku imam iaitu Cikgu Haji Mohd Hanifah Bin Haji Alus (Guru Ugama) sehinggalah pada tahun 1996, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah menetapkan seorang Pegawai Masjid (Awang Haji Sufian Bin Mohd Yassin), manakala jawatan bilal dipangku oleh Awang Haji Ibrahim Bin Badar.
Balai Ibadat ini juga kerap kali dan setiap tahun mengadakan malam bertedarus, khatam al-quraan, majlis doa aruah, penutup bertedarus, sambutan-sambutan keagamaan dan negara. Rancangan-rancangan ta'mir seperti halakah ilmu agama, ceramah-ceramah, forum, pertandingan-pertandingan, kursus-kursus dan sebagainya telah diadakan. Memandangkan rancangan ta'mir Balai Ibadat Kampong Sengkarai ini berjalan dengan baik dan tersusun, maka pada tahun 1996 dan 2000 Balai Ibadat ini telah di anugerahkan Masjid Ta'mir dalam kategori Balai-balai ibadat dan Surau-surau seluroh negara.
PERALATAN BALAI IBADAT
Semua peralatan didalam Balai Ibadat ini seperti kipas angin, aircondition, jam besar, meja imam, set kerusi tamu, dan sebagainya, adalah kebanyaknnya diwakafkan oleh orang ramai disamping diberi oleh Kerajaan.
Lain-lain peralatan seperti amplefire, pada awalnya telah disumbangkan oleh Syarikat Shell Brunei Berhad dan yang lain nya diberikan oleh Kerajaan.
PENUTUP
Al-hamdullilah, pada masa ini pendudok Kampong Sengkarai Tutong, tidak lagi bersusah payah untuk bersembahyang di Masjid yang lain, (sebelum adanya Balai Ibadat ini mengadakan sembahyang Jumaat dan fardhu berjemaah). Dan dengan adanya Balai Ibadat ini satu lagi syiar Islam telah dapat ditegakkan, dan InsyaAllah dalam sedikit masa lagi, penduduk-penduduk Kampong Sengkarai Tutong akan mempunyai satu lagi Masjid yang baru, yang mana akan lebih ramai lagi menampung jemaah-jemaah yang semakin hari semakin ber
Suntingan Bot
[sunting sumber]Maafkan saya kerana terlupa mengecualikan halaman untuk melakukan suntingan automatik oleh Bot sehingga tak sengaja menyuntiing laman pengguna anda. Kesulitan amat dikesali. CyberTPBOT (bincang) 11:39, 16 April 2020 (UTC)